Pages

Tuesday, April 19, 2011

Tinggal sudah tidak seberapa cuma!!

Salam mahabbah
Agak  lama kiranya saya tidak menjengah blog ini. Sudah lama jari-jari ini tidak menari menulis kata-kata pada laman maya ini. Owh cikgu amat sibuk dengan pelbagai tugasan di sekolah. Sebagai pelatih, tugas yang diberikan adalah satu tanggungjawab yang wajib dipikul, suka atau tidak kita terima dengan seadanya. Ikhlas dalam setiap tingkah dan laku. Ketika sedang menaip ini juga pun saya agak kekok, entah kenapa. Agaknya blog ini sudah merajuk tatkala begitu lama berpuasa daripada berblog. Sungguh tidak disangka lagi, tempoh berpraktikum sudah tidak lama lagi akan sampai pada penamatnya. Penyeliaan dari cikgu dan Pensyarah penyelia pun menunjukkan nilai positif walaupun adakalanya melakukan kesilapan kecil, bagi saya manusia tidak sempurna. Segala teguran dijadikan teladan.

Makanya sudah tidak lama lagi “istiadat” itu baka berlangsung. Sudah tidak keuan lagi ingin memakai jubah biru tua bertudungkan bonnet  dan digelar mahasi-tua! Opss mahasiswa. Nanti ada pula yang melatah. Selepas ini, mengejar impian kedua pula. Sudah lama dinanti-nantikan. Sudah lama dirancang, mohon ianya menjadi kenyataan dan diberikan kekuatan untuk saya hadapi ini dengan tabah. Impian untuk memandaikan diri, memajukan akal agar tidak Nampak seperti orang yang tidak berakal. Saya akan berusaha untuk menjadi orang yang bijak pandai. Kagum dengan para sarjana (ahli akademik) yang bilamana setiap tuturnya juga merupakan cerminan ilmu yang ada pada nya. Saya sudah tidak sabar lagi, ingin meneruskan lagi pengajian ini ke tahap yang lebih tinggi agar ilmu yang bakal diperoleh mendapat menafaat sebaiknya.  Segalanya memerlukan pengorbanan. Pengorbanan yang pada akhirnya akan saya terjah jua! Tidak kira apa orang mahu kata, makanya saya ingin jua meneruskannya. Pengajian di peringkat master impian yang saya tunggu-tunggu. Saya berasa amat teruja apabila bekas penyelia tesis Sarjana muda saya ingin sudi memberikan pertolongan dan memberikan semangat agar terus maju jaya dalam akademik. Jika tiada aral yang melintang, makanya DIA lah pula yang akan menjadi penyelia TESIS kedua saya. Dengan izin tuhan. Amin. Saya hanya mampu berkata sahaja. ALLAh jualah yang akan memberikan pertolongan. Moga-moga rahmat dari NYA akan dapat memberikan kekuatan kepada saya untuk menunaikan matalamat hidup saya ini. Tiada apa yang dapat saya katakana “ saya bukanlah orang yang pandai, bijaksana seperti tuan. Akan tetapi saya ingin menjadi insan yang pandai, agar ilmu yang bakal saya perolehi ini akan dapat saya kongsikan bersama. Mohon restu dari rakan-rakan agar saya teguh segala pendirian. Amin!!

P/S : agak lambat saya tidur malam ini. Mengomel sejenak di blog yang sudah lama ku tinggalkan ini. Agar segala coretan disini akan dapat saya abadikan dalam setiap langkahan kajayaan yang bakal di peroleh. Menulis apa yang saya rasa. Menulis  untuk diri sendiri.  Agar ini akan menjadi azimat kelak!!



Amar Bakhtiar
Tapah, perak.
20/4/2011