Pages

Thursday, June 23, 2011

Bila Pak Menteri Datang! Semuanya Mahu Sempurna!

Ceeettt..cirit punya worang!

Inilah yang dikatakan sebagai diperkudakan retorik politik. Poli+TIKUS!!!. Bila mana datang pak menteri, makanya semua mahu kelihatan sempurna dan hebat. Hebat segala-galanya, baik dari segi makanannya, pengurusan protokolnya dan segala macam kerja harus sempurna! Ya,  semua di kerah! Macam zaman kolonial, kerahan tenaga! Baik dari sekecil-kecil manusia hingga lah ke yang sebesar-besar manusia. Semua turun, bersewang di lapangan! Alhamdulillah, semuanya selesai. Tiada lagi kekalutan yang harus di kejar. Mereka itu orang yang besar-besar, pandailah mereka nilaikan. Program di pos bersih selamat DIKUBURKAN hehe. Apa pun, saya menolong mana yang patut sahaja. Menolong pun keletihan juga!! Tapi bukan ini yang ingin dipolitikkan. Cukup sekadar menolong adik-adik. Lagi pun,  urursetia ramai. Patutnya semua boleh cepat dan pantas. Kalau semua tidak bertindak sebagai “pemerhati”, kerja akan jadi cepat. Perihalnya, ramai yang bertindak sebagai pemerhati bebas!! Sila ubah sikap anda! Semoga ini menjadi pengalaman yang bermakna buat mereka yang baharu sahaja berkalutan dalam program yang berimpak besar sebegini.  Permisi dulu ya!


P/s: Owh ya, sempat juga mandi sungai di belakang sekolah. Airnya sejuk! Nyaman sekali. Jarang-jarang mandi sungai. Saya budak kampong. Maka sungai sajalah tempat untuk bersuka ria.  J selepas ini juga boleh fokus untuk menulis kajian pula!! (semoga mencapai matlamat! Ameeen)