Tanggal 19.11.2011 (sabtu)
Agak lama jari jemari ini tidak memetik aksara-aksara yang ada di laptop ini. Sungguh lama! Sungguh lama tidak menulis. Alhamdulillah. Pada malam ini saya diberi kesempatan untuk sedikit mencoret. Sebetulnya, saya sedikit sibuk dengan tugasan LKPS yang mewajibkan saya menghantar laporan kemajuan pengajian sarjana kepada IPS dan fakulti. Ada beberapa bahagian yang saya perlu siapkan! Saya harus kejar tarikh sebelum 2.12.2011 kelak!. Ini adalah bukti sebagai pengajian saya di sini. Saya bukan bersenang lenang. Alhamdulillah, saya tinggal lagi untuk menyiapkan beberapa sub topik, membina soal selidik dan edit bibliografi bagi bab dua yang panjangnya saya target dalam 40 helai. Saya merasakan, kepentingan kajian lepas ini adalah suatu perkara yang sangat penting kerana bagi memandu pelajar dan pengkaji untuk membina soal selidik dan sebagai gambaran sebenar kajian yang telah di jalankan oleh pengkaji lepas! Maka diselang kesibukan saya menulis kadang-kadang juga di ganggu oleh kesihatan dan diganggu oleh masalah kebuntuan idea. Serasa tidak ada apa yang boleh ditulis! Bingung saya memikirkannya. Sudahnya, saya melakukan tugas-tugas yang menghiburkan hati. Misalnya berborak dan berFB! Oh. Ini suatu pembaziran masa yang secara sengaja! Apa pun, saya wajar dan bertekad untuk memantapkan bab satu, dua dan tiga sebelum masuk ke sekolah. saya hanya punyai masa untuk menganalisis data sahaja lagi. Ini target. Apa pun boleh berubah. Dalam senggang masa yang masih berbaki ini lah saya akan manfaatkan secukupnya masa, tenaga, idea dan sebagainya bagi menyiapkan sebuah tesis sarjana! Doa saya agar selalu dipermudahkan! Amen!
P/S: Isnin depan (21.nov.2011) saya ada pembentangan proposal kepada penilai yang akan menilai kajian yang bakal saya laksanakan! Sungguh! Saya agak gentar. Tetapi sehingga ke saat ini saya masih lagi tidak menyiapkan lagi ‘slide’ pembentangan! Hehe berharap untuk buat pada hari-hari cuti, sabtu dan ahad. Saya Cuma ingin mendapatkan pandangan dan kritikan hadirin yang hadir agar mutu kajian yang dilakukan lebih bernas dan mantap! Hehe saya juga menolong junior-junior yang sedang menyiapkan kajian sarjana muda! Sungguh mereka seperti tidak tahu apa-apa tantang kajian yang ditulis. Tidak mengapalah. Saya beri sedikit tunjuk dan ajar agar mereka faham dan tahu apa yang ditulis. Semoga Allah jua yang dapat membalas jasa yang telah saya curahkan pada mereka. Tiada inginkan duit atau harta, cuma berharap keikhlasan saya menolong dan membantu mereka agar Allah per mudahkan jalan bagi saya untuk harungi segala aral yang bakal melanda. Sungguh! Tolong-menolong, Allah per mudahkan masalah kita! Amen!
Amar
Teratak damai. Ketoyong!