Pages

Tuesday, October 18, 2011

Cukup-Cukuplah!

Tanggal 18.10.2011 (Selasa)

Hari ini penyelia saya agak ‘kesibukan’ menyediakan geran penyelidikan yang baru dan beberapa urusan birokrasi yang lain. Biasalah. Itu perkara normal kepada penjawat awam yang telah bekerja. Hari ini saya ditanya ‘ untuk geran yang baru ini macam mana amar, mahu dibayar gaji bulan atau mengikut hari’ ujar beliau. Beliau menjelaskan lagi, kalau untuk gaji bulan, Cuma dapat bertahan sepanjang 3 bulan sahaja. Kalau untuk gaji hari, mungkin boleh bertahan sehingga lebih daripada 3 bulan. Saya diberikan masa untuk berfikir dan membuat keputusan. Semasa saya memandu motosikal menuju ke sebuah pekan buku UM yang tidak jauh daripada kampus, saya memikirkan masa depan saya. Memikirkan borang penempatan perguruan yang masih lagi belum dibuka dan tidak tahu bila tarikh posting nya, maka saya memikirkan peluang dan jangkaan masa panjang.  Biarlah saya dibayar gaji hari, walaupun tidak banyak (bezanya dalam RM 500), tapi melalui cara ini mungkin saya dapat bekerja di sini dengan lebih panjang lagi. Memikirkan untuk mencari kerja lain adalah sesuatu yang mustahil bagi saya. Biarlah saya di sini. Lebih selesa bekerja dengan orang yang sudah kita kenal.  Harapan agar ini akan dapat membantu saya untuk menyiapkan tesis sarjana yang lagi berbaki ini. Saya kira dengan wang hidup RM 800 sudah cukup  untuk menyara kehidupan saya di sini. Berjimat cermat. Saya mungkin sudah terbiasa sebegini. Insya-Allah. Semoga ada keberkatan. Amen. 


P/s:  Saya memikirkan, ‘cukup-cukup’ lah saya di sini dengan apa yang saya ada. Berbanding dengan orang lain yang tiada punya apa-apa dalam senggang waktu yang ada ini. Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan ini. Moga ini akan dapat terus memandu saya supaya menjadi insan yang senantiasa bersyukur pada rahmat MU.

Terima kasih Dr Mazdi. Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan budi tuan. InsyaAllah.


Amar
Pejabat
Anjung Ilmu. Tanjung Malim.