Pages

Monday, November 28, 2011

TERATAK DAMAI!: RINDU IKAN PUYU ET AL (2011).


Tanggal 29.11.2011. Selasa!

Hujan mencurah. Terus mengingatkan saya pada teratak damai nun di kampung halaman. Rindu suasana kampung halaman tatkala hujan mencurah. Dan pastinya bila hujan maka saya agak gemar mencari ikan puyu sebagai santapan semasa hari hujan. Saya tidak pandai menjala  dan menangkap ikan! Saya hanya akan pergi meraih simpati rakan-rakan yang ‘pandai’ menjala dan meminta ‘ikan’ yang dijala oleh mereka untuk saya beli! Hehe kadang-kadang tak beli pun, saya ambil sahaja! Mereka juga pemurah!  Dan akhirnya..Ikan puyu tersebut  di goreng! Sungguh mengingatkan saya pada lauk santapan diraja ini. Berkira-kira juga untuk balik ke kampung halaman menikmati ikan puyu. Teringat juga pada ubi kayu yang akan saya selalu santap! Mudah sahaja untuk mendapatkannya. Saya punyai ‘mek’ yang berada di kampung. Beliau sangat gemar kepada aktiviti penanaman ‘ubi’ yang saya kira agak besar juga skala penanamannya. Ubi yang ditanam meliputi sekeliling rumah atuk di kampung. Tatkala hujan mencurah lebat, dan bila orang sudah mula-mula bercakap tentang banjir dan sebagainya, maka saya akan balik ke kampung untuk  mendapatkan bekalan ubi!! Mek pemurah!!. Di baginya seguni! Mahu muntah makan ubi! J segala mengingatkan saya tentang kampung…ikan puyu..ubi dan budu…

P/S: Merindui ikan puyu daripada segala-galanya! :P

Perutusan Tahun baru Hijrah buat Kekanda amar Al-Bakhtiar


Tanggal 28.Nov. 2011. Isnin 

Alhamdulillah. Syukur pada yang maha rabbul izzati kerana dengan lapang dan izinnya, saya masih lagi diberikan ruang dan peluang pda tahu baharu hijrah ini meneruskan kelangsungan kehidupan yang berbaki. Saban tahun berganti tahun, hari silih berganti dan masa yang ligat berputar, apakah sebenarnya yang telah kita capai dalam hidup ini. Dalam pada ketetapan tahun baharu ini maka saya garapkan beberapa harapan baharu yang bakal saya capai buat tahun ini agar perjalanan kehidupan ini lebih terarah dan berfokus:
Apa yang ingin saya capai :

1-Meluangkan masa dan ruang yang lebih panjang untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Serasa saya agak lalai dalam memikul amanah dan tanggung jawab yang telah diamanahkan. Allah. Saya bukan sesempuna mana pun. 

2-Medoakan agar ibu bapa, adik-adik dan saya diberikan nikmat sihat yang berpanjangan.

3-Menyiapkan kajian sarjana yang sedang saya  ikuti ini agar tidak terbabas dan tersadai di tepian jalan.  Ini adalah impian saya. P.hD matlamat utama!. Bulan 8 harus hantar draf akhir untuk viva!

4-Menjadi guru dan mualim yang cemerlang buat anak-anak didik saya. InsyaAllah. Jika penempatan guru tahun hadapan 2012.

5-Mengumpul sebanyak mana wang untuk  pembelian komputer riba yang baharu (penulisan akademik), membantu adik-adik yang masih lagi belajar dan InsyaAllah, jika mampu, kereta juga akan saya cuba dapatkan bagi memudahkan akses dan pergerakan.  (jika penempatan guru berlaku pada awal tahun miladiah 2012)

6-Berusaha menurunkan berat badan. Saya sudah obesiti!

Enam tuntutan yang InsyaAllah saya akan cuba penuhi untuk tahun baharu. Tiada apa yang istimewa. Cuma ingin membangunkan diri  supaya lebih cemerlang dan sukses. Teringat pesanan bonda di kampung ‘orang lelaki harus kuat, belajar perlu kuat, untuk kesenangan di masa hadapan’. Ini azimat yang saya pegang! insya-Allah.

Kebelakangan ini saya sedikit sibuk dengan tugasan-tugasan harian sebagai pekerja kontrak dan pelajar sepenuh masa. Menyiapkan laporan dan tesis sarjana yang saya kira sudah boleh dihantar bagi LKPS (Laporan Kemajuan Pelajar Siswazah). Alhamdulillah. Saya telah siapkan bab satu dan dua berserta soal selidik dan temu bual. Akan saya dapatkan cap pengesahan dan isi borang pada esok hari (29.11.2011) untuk saya hantar LKPS pada IPS UPSI. Misi seterusnya adalah menyiapkan bab tiga! 
P/S:

Bila saya baca balik hasil nukilan blog saya ini, semuanya berkenaan dengan hal-hal akademik! Berkisar berkenaan perjalanan saya sebagai seorang pelajar sarjana. Ini merupakan suatu stigma yang baharu sahaja saya ketahui. Bak kata seorang teman, ‘kitaran penulisan kita adalah apa yang ada dalam benak kita pada suatu-suatu masa’.Tepat! Benar sekali!! J