Pages

Tuesday, May 24, 2011

BERDAFTAR SEBAGAI MT 102




Ya, sudah pasti! Ini lah yang saya tunggu-tunggu. Apa yang pernah terpacul dari mulut saya dahulu akan saya kotakan. Bukan lagi omongan kosong!!. Berpagi-pagi lagi berwisata ke Pengkalan Chepa, menemui adinda puspa renda kesuma sakti (saya agak obsess degan segala ayat-ayat sastera!!) pergi makan dan kemudian ke Bank Simpanan Nasional. Ya, melangkah memasuki bank! (sudah menjadi kalaziman apabila kita ke bank sudah pastinya atas urusan keewangan, samaada ini mengambil duit, membayar pinjaman dan sebagainya). Akan tetapi klai ini saya melangkah ke BSN dengan tujuan yang lain. Berbekalkan wang  berjumlah RM 26.00 saya menghulurkan wang kepada juru kaunter di kaunter. Kemudian mengisi beberapa dokumen berkaitan. Juru wang itu bertanya “ ermm…bagi program apa ya? SArjana ke Doktor Falsafah?” tatkala itu, ada beberapa orang yang juga sedang berurusan dengan pegawai di kaunter yang sama tetapi disebelah menyebelah. Tercengang barangkail mendengar  apa yang di sebutkan oleh juru kaunter tersebut (jika di Negara-negara maju, pemilikan ijazah iktisas Sarjana dan kedoktoran falsafah adalah suatu yang biasa dan bukanlah suatu perkara yang pelik. Di Malaysia, masyarakat academianya baru sahaja membangun, maka tidak hairanlah jika hanya sekadar menyebut sahaja sudah tercengang, barangkali kalau memiliki agaknya sujud di kaki agaknya!!) . Maka saya dengan hanya sekadar menjawab persoalan dari juru kaunter itu dengan berkata “ SArjana kak, ada kan?”. Juru kaunter itu membalas “ oh..ok..ok. ada. Tunggu sebentar ya!!” saya menunggu sehingga nombor pin kemasukan Program sarjana dan doktor falsafah bagi ambilan 2011/2012. Saya menerima slip daripada juru kaunter. Agaknya pelik ya barangkali. Saya di tenung oleh pakcik-pakcik dan makcik yang ada di sekitar. Hati saya mengomel “ biarkan, tiada apa yang hebat mana pun, langkah bijak mengusir syaitan dari terus menguasai diri agar mendabik dada”. Apa yang kita usahakan ini hanyalah pinjaman dari Allah sahaja!! Manusia, kamu jangan terlalu angkuh!! Jika kekufuran menerjah diri,alamat tidak lama lah segala nikmat yang diberikan itu akan ditarik balik!!” sekadar ingatan.  Saya meneruskan perjalanan ke padang kala, berwisata bagi mengambil barang-barang yang telah saya kirimkan kepada sahabat saya. Sampai di sana mengambil pelbagai bungkusan dan bersalaman dengan ibu rakan saya (rakan saya pada waktu itu tiada di rumah). Berlalu pergi kemudian ke Pasir MAs, Kampung Tendong, Mukim Teliar, rumah rakan saya mengambil barang yang telah saya kirimkan sedikit.  Ucapan berterima kasih saya hulurkan. Saya meneruskan perjalanan untuk mencari pusat internet ( walaupun sudah memiliki rangkaian Broadband, namun capaian masih kurang memuaskan!!). saya ke pusat internet, mendaftar atas talian. Saya mengalami masalah apabila untuk mengisi  borang yang ada maklumat transkrip. Transkrip akan dikeluarkan apabila senat bersidang pada bulan jun nanti. Dengan adanya transkrip pihak
IPS akan dapat memproses segala borang yang telah diisi. saya menelefon mengkhabarkan berita in kepada Dr MAzdi, selaku bakal penyelia saya. Memaklumkan agar beliau maklum dengan status saya sekarang. Berikut adalah maklumat yang ada pada borang yang saya cetak:

NO RUJUKAN PERMOHONAN : 11052325XXX (juga di merahkan!!)
NAMA: AMAR AL-BAKHTIAR BIN ABDUL RAHMAN
NO.KP: 870907035471
PERINGKAT PENGAJIAN : Sarjana
NAMA PROGRAM : MT 102-GEOGRAFI
MOD PENGAJIAN : Penyelidikan/ Disertasi (MOD A)
FAKULTI : Fakulti sains Kemanusiaan (FSK)
JENIS PENGAJIAN : Sepenuh Masa
STATUS: APPLY (pada borang, aksara ini dimerahkan!!)




P/s: semasa menelefon juga, saya diingatkan supaya melampirkan sekali CAdangan penyelidikan (proposal) bagi kajian yang ingin dijalankan. Huhuh…kembali bersekolah. Teringat kata-kata Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan (dipetik dari Buku Muka nya) berkata “ kalau di amarika, istilah konvokesyen tidak di guna pakai. Bahkan istilah COMMENCEMENT di gunapakai menandakan pengajian baru sahaja bermula. Konvokesyen bermaksud tamat pengajian. Elok kiranya kita gunakan istilah ini sepanjang masa agar pembudayaan ilmu itu segar sepanjang masa!! Sekadar  memulakan langkah.




Amar
Rantau Panjang, desa tercinta!
25/5/2011

Berkongsi Rasa!!

Salam mahabbah. Video dibawah ini dengan secara sengaja sahaja di muat naik untuk tatapan diri sendiri. Video ini dirakam semasa majlis pelancaran Hari Bumi, selaku pengacara majlis (Master Of Ceremony) pada 22 april 2011. Sedikit ceramah dan info berkenaan dengan hari bumi telah di sajikan.





Video ini telah dirakam oleh Cikgu Kadir, SMK SRI TAPAH semasa hari pelancaran berlangsung. Semoga ini menjadi kenangan yang terindah!!



P/S : saya suka sebarang acara yang melibatkan orator (seni pengucapan awam). Lantaran, saya diberikan kepercayaan untuk mengendalikan sebarang ceramah yang dijalankan semasa di SEMESTA.  Sungguh ia amat terpalit, bak kata pepatah “ bagaikan orang yang mengantuk disorongkan bantal !!”. Ada sorang guru mengatakan “ wah, berapi-api berkata-kata , awak ada tokoh politik!!”. Kenyataan ini saya dengar dan senyum sahaja!!



Amar
25/5/2011
Desa tercinta,
Rantau Panjang,