Pages

Monday, June 20, 2011

Keletihan Dan Sedikit Kesibukan.

Agak sibuk dua tiga menjak ini. Ulang alik daripada Pos Bersih, Ulu Slim, Slim river  atas kapasiti tolong menolong warga-warga staf FSK program baktisiswa khidmat masyarakat orang asli. Sekali lagi bergelumang dengan orang asli. Cukup menginngatkan saya kepada anak-anak murid di SEMESTA. Kaum dan sukunya juga sama. Sama adat, tutur juga sama. Pakaian juga sama. Pastinya, saya sedekahkan segala pengalaman dan ilmu yang saya dapat semasa mengajar orang asli ini kepada kalian. Ramai yang bertanya, saya sekadar menjawab atas kapasiti  ilmu yang saya ada. Bukalah hebat manapun. Sekadar berkongsi rasa dan pengalaman yang tercoret indah di SEMESTA. Hingga kini mengingatkan saya tentang segala nya memori di Tapah, SEMESTA. Program yang berlansung hanyalah melibatkan staf dan warga FSK sahaja. Ya, semuanya bertandang ke perkampungan orang asli. Harapan saya agar semua akan dapat merasai menguruskan pelajar asli yang saya  fikir segalanya tandus. Mereka perlukan perhatian dan kini progam yang mendapat sokongan padu daripada menteri KPT ini telah membawakan satu sinar baru dalam kehidupan masyarakat orang asli. Akan berulang alik lagi ke Pos Bersih sehingga progam citra siswa rakyat ini pada 24 jun nanti. Saya bersama penyelia saya ke pos bersih. Saya terlibat dalam pengajaran kelas bimbingan orang asli pada 21 jun (selasa). Minggu ini akan sedikit kesibukan. Yang pastinya minggu depan akan sedikit lega dan santai. Harapan tiada apa yang menghalang lagi. Penulisan kajian  kampus lestari dan tesis master harus bermula. InsyaAllah. Moga-moga saya diberikan kekuatan. Saya juga lemah. Mohon kekuatan daripadaNYA jualah! Ameen. Ingin berehat seketika. Salam permisi.


P/s: ada seorang abang menasihatkan saya tentang solat, katanya “awak kena buat solat dhuha” ujar beliau. Beliau menyatakan lagi “ rezeki bukan sahaja masuk dalam bentuk duit, permudahkan urusan juga itu rezeki”  momel beliau lagi. Saya mengangguk dan penuh rasa hormat. Ya, sudah lama saya tinggalkan solat ini. Lama sangat. Moga ingatan ini akan terus memasukkan iman saya supaya gagah untuk saya laksanakannya. Solat dhuha! Jom kita sama-sama amalkannya! Moga saya diberikan kekuatan! Ameen J