Berpagi-pagi lagi tatkala dinihari berwisata ke Trolak. Pertandingan Forum Remaja peringkat daerah. Saya selaku JU ( Jurulatih Utama) dalam melatih skuad SEMESTA dalam membawa kejuaraan kembali. Semalam yang sangt penat. Penat sehingga tertidur di kedai tatkala menungggu hujan reda. Kelatihan dan kesebukan ini membuatkan saya begitu yakin dan pasti pabila ke sekolah kelak, saya boleh buat kerja-kerja pengkeranian yang banyak. Ini lah latihan semasa praktikum. Latihan yang betul-betul mengajar erti organisasi. Dan pada pagi ini, saya ke Trolak. Ambil gambar jer. RAsanya agak lama sudah saya tidak menyentuh DSLR saya. Kesibukan yang tiada kesudahannya. Lagi berbaki dua minggu saya berpraktikum. Makanya tidak lama lagi akan berakhir. Rasasedih jua tatkala melihat wajah BONDA (Pengetua). Apa pun apa boleh buat kan, itulah suratan takdir. Pertemuan dan perpisahan itu adalah pasti!! Makanya redhalah dengan segala ketentuanNYA. Rasanya tiada apalah yang saya ingin coretkan, setakadar ini sahaja buat pagi ini. Sekian.
P/S : pada jam 6.30 pagi (4 MEI 2011) bersiap-siap ke sekolah dan kemudian ke Trolak!!
AMAR
TAPAH, PERAK
KUARTES GURU