Pages

Monday, December 19, 2011

Adam Adli. Namu diseru-seru!


Tanggal 19.12.2011 (Isnin)

Tanggal 17.12. 2011 yang lalu, bendera pemimpin nombor satu negara telah diturunkan. Bendera PM telah diturunkan. Pecah tradisi budak-budak nih! Hehe pada mulanya mereka bertindak berarak ke PWTC membantah AUKU. Menteri pengajian tinggi juga berucap pada waktu itu. Datuk Saifuddin Abdullah (BN-Raub-kalau tidak silap lah!). Semasa berucap, hamba Allah yang bernama Adam Adli ini telah bertindak menurunkan bendera DS Najib (PM) dengan menggantikannya dengan bendera kebebasan akademik. Suatu yang hebat. Ramai juga yang mengecam dan menyelar perbuatan beliau. 

Dan pada hari ini, UMNO Tanjong Malim datang ke perkarangan kampus UPSI untuk melakukan bantahan terhadap sikap Adam Adli yang disifatkan biadap. Saya berada di tempat kejadian. Hari ini saya melakukan tugas-tugas penyelidikan. Kebetulan, segala-galanya telah selesai. Saya sempat berada di tempat kejadian. Ramai yang turun. UMNO Tg Malim di ketuai oleh Adun Tg Malim, Dato Khusairy (kalau tidak silap lah) dan kemudian melaung-laungkan protes terhadap adam adli. Kata beliau:

‘Hari ini kita berkumpul di perkarangan masuk upsi bagi menyatakan bantahan terhadap sikap biadap yang ditunjukkan oleh seorang pelajar daripada UPSI bernama adam adli yang telah pun menurunkan bendera di mana tertera gambar yang amat berhormat perdana menteri kita di PWTC pada 17 hari bulan yang lalu. Sikap biadab seumpama ini tidak sewajarnya ada dalam  diri  seorang pelajar tambahan lagi pelajar ini belajar di upsi yang bakal melahirkan tenaga pendidik dan sudah tentulah tenaga pendidik yang hendak dilahirkan perlu bermaruah, perlu beradab, tidak kurang ajar . hari ini kita telah memberikan memorandum kepada naib canselor untuk mengambil tindakan yang tegas iaitu penyingkiran adam adli daripada belajar daripada UPSI ini. Itu merupakan pendirian kita. Kita telah pun memberikan tempoh selama dua minggu untuk upsi membuat keputusan bermesyuarat dan memberikan keputusan kepada kita. Kita tidak lagi mahu melihat adam adli belajar di upsi ini. Itu adalah pendirian kita…’

Ini merupakan ucapan yang telah beliau lafazkan. Saya mendengar dan merakam sepenuhnya segala ucapan yang telah disampaikan.  Ada juga gambar yang sempat saya ambi. Mereka datang menerjah ke pintu utama UPSI yang di tutup rapat oleh pengawal keselamatan. Ditutup rapat! Golongan ini menceri adam adli. Mungkin disangkanakn adam adli berada di dalam kampus.  Namanya di seru-seru. ‘mana adam adli si bacul’ ‘kalau anak jantan kluar la’ ‘mana si biadap’ dan lain-lain lagi. Saya memerhatikan gelagat orang-orang ini. Ada juga yang melaungkan teriakan ‘pelajar patutnya belajar, mak bapak hantar kome ke sini untuk belajar, bukan pegi buat demo’. Ada juga yang mengatakan ‘ kami tak panggil adam adli datang ke tanjung malim, anak-anak kami lebih layak lagi jadi cikgu berbanding ngko adam’. Banyak tohmahan yang saya dengar. Namun saya hanya memerhatikan sahaja orang-orang ini melepaskan emosinya. Semuanya menuntut adam adli supaya disingkirkan daripada pengajian di UPSI. Dan setelah memorandum di serahkan, kebanyakan mereka ini bersurai.

RTM juga datang buat liputan. Dato NC dan khalayak daripada UMNO Tanjong malim juga diberi peluang untuk bercakap. Masing-masing bercakap. Wakil pelajar juga ada yang bercakap (PRO-A). Juga menyelar tindakan adam adli menurunkan bendera. Saya bersama camera DSLR juga di sangka kan wartawan oleh pengawal keselamatan UPSI ketika saya melangkah masuk ke dalam kampus UPSI, namun setelah saya menunjukkan kad sementara pembantu penyelidik, saya dilepaskan. Saya melangkah masuk dan menghala ke arah motosikal lalu pulang ke teratak.

P/s: apa yang dapat saya katakan, adam sungguh berani. Berani melakukan perkara yang pada saya tidak siapa berani dan boleh terfikir untuk menurunkan bendera PM dengan menggantikan bendera kebebasan akademik. Dia anak muda yang berani. Ini tanggapan saya. Saya doakan agar beliau baik-baik sahaja. Walaupun ini dianggap melampau, namun dia hanyalah anak muda yang baharu sahaja belajar dan mungkin tidak mengerti apa-apa. Doa saya agar beliau baik-baik sahaja. Kalau beliau bersalah sekalipun,  Lets the evidence speak!!!. Ini yang akan menentukan ke mana arah tuju adam selepas ini. 

Nak berdoa, biarlah yang baik-baik. Saya harapkan beliau tidak ada apa-apa dan sedar akan kesilapan beliau. Di bawah ini ada saya potret kan rakaman seputar gambar-gambar sekitar demo di pintu utama UPSI. Buat kenang-kenangan semasa menjadi mahasiswa!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Pemuda UMNO: BN PRU 13? Tak lama dah kot? petanda awal bro.. patutlah kecoh suruh daftar mengundi...'ujar salah seorang kawan saya yang tegar berpolitik di kampung...katanya..'amar, daftarlah mengundi!' saya jawab, sudah daftar. Sedang berkira-kira untuk memilih pemimpin mac nanti! dan  beliau gelak sahaja..

Menjulang sepanduk! Tanda protes.Anak-anak muda ini kasar suaranya. Suaranya memenuhi khalayak. Sekali berteriak, yang lain juga menyambung. Pekik nya kuat!

Prof Dr Zakaria Kasa (NC UPSI) tenang semasa berjumpa khalayak. 
Berbaju biru, ketua pemuda UMNO Tanjung Malim.

Dato Khusairi sedang melahar!

Tegas dengan pendirian! (kata beliau.....)

Sepanduk  dijulang! Tanda protes!

NC UPSI , Prof Dr Zakaria Kasa dan dibelakang, Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPS) Prof Madya Dr Suhaily Yusry (juga mahaguru saya, pensyarah di jabatan geografi dan alam sekitar)
Kelihatan tenang menerima desakan daripada pemuda UMNO yang menuntut agar adam di singkirkan.

Pintu Utama UPSI. Jam 11 pagi. (lebih kurang)


Seputar kenagan semasa berada di kampus saya rakamkan disni. buat tatapan pada hari muka....