Tanggal 30.11.2011. Rabu
Berkali-kali saya memikirkan sama ada mahu mohon atau tidak. Yang pastinya saya masih lagi kebimbangan untuk membuat permohonan biasiswa KPT (my master), setelah mendapat nasihat daripada rakan-rakan maka saya mengubah fikiran untuk membuat permohonan. Dapat atau tidak bergantung kepada rezeki. Dahulu pun semasa belajar saya ditaja oleh kementerian pelajaran Malaysia (KPM) bagi tempoh 3 tahun. Dan kali ini saya cuba lagi memohon peruntukan biasiswa yang dibuka oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Dapat atau tidak lain kira .Apa yang penting mohon dahulu. Saya dah buat permohonan. Kalau ada rezeki maka dapatlah. Tujuan saya memohon bantuan biasiswa untuk pengajian master ini bertujuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung. Saya hanya pembantu penyelidik sahaja. Gaji pun biasa-biasa sahaja. Kalau ada bantuan ini maka saya fikir bolehlah membantu sekurang-kurangnya untuk bayar yuran sahaja. Ada 3 semester sahaja lagi. Setiap semester kadar yurannya adalah sebanyak RM1195.00. lebih kurang saya memerlukan dalam RM 3600.00 lagi untuk menyelesaikan pengajian master saya di UPSI ini. Sangat berharap agar permohonan saya di pertimbangkan sewajarnya. Mungkin ramai yang memohon. Insya-Allah. Ada rezeki tidak ke mana. Kalau tiada sekalipun rezeki mungkin di PhD. Amen.
Peruntukan my master ditaja selama setahun iaitu dua semester (RM 10,000.00) banyak tu! . Yuran adalah sebanyak rm3600.00 bagi dua tahun! Hehehe banyak yang lebih! Hutan PTPTN pun boleh langsai kot! Hehehehe
Berjimat cermatlah!
0 comments:
Post a Comment