Sesekali berada di rumah sungguh menyeronokkan. Amat sukar bagi saya mendefinasikan erti seronok dan gumbira pada massa. Ah..bila mana ditanya, “ bakpo lamo ado rumoh nih? Habis doh ko blaja awing?’. Jiran-jiran seakan pelik. Pelik apabila Amar berada lama dirumah!! Bunyinya premis ini agak sedikit ganjil. Saya menjawab, ‘owh, tunggu nak g praktikum je lagi. Sekarang cuti. Praktikum bulan dua nanti’. Membalas dengan lirikan senyuman sinis. Stimulus ini sering sahaja dihujahkan, apakah saya berada lama dirumah itu merupakan suatu perkara yang pelik?? Sungguh saya tidak mengerti dengan pandangan massa yang agak sedikit kolot (orang kampong, biasalah!). Bak kata seorang pensyarah saya You ni kampong la!!. Ahh bentak saya sendirian dalam hati. Saya bercuti agak lama. Sebelum ini, balik sekejap-sekejap sahaja. Sibuk dengan pelbagai tanggungjawab sebagai salah seorang pembantu penyelidik. Biasalah, bila dibayar, semua kerja mesti beres dan sempurna!!
Masa? tiada menunggu mereka yang lalai dan leka! Masa itu adil.Tiada sesaat pun dapat dilewatinya! |
Jajaran kelana seorang anak muda. Masa muda mencari ilmu. Menatar ilmu dan mencari pengalaman di tempat orang. Cuti yang berbaki tidak seberapa sahaja lagi!! Saya rindu dengan suasana rumah. Walaupun kaum kerabat yang tidak ramai, namun peluang bersama keluarga sangat dinantikan. Semasa berada di tanjung malim, bilamana melihat calendar akademik yang terpampang dipapan notis, terfikir jua apalah yang akan saya buat selama cuti dua bulan ini. Cuti yang sanagt lama. Pulang kerumah bertemu dengan ayahanda dan bonda tercinta. Terpahat kegirangan yang jelas pada raut wajah meraka. Sejuk dan tenang melihat wajah bonda. Sudah tua. Tahun ini (2011) genap umur bonda 53 tahun. Wajah ini lah yang senantiasa memberikan semangat. Kuat berkerja. Siang dan malam. Oncall dan sebagainya. Gigih!! Tidak cukup dengan itu, buat bisness kecil-kecilan. Sungguh saya terharu cara bonda mencari wang.
Kadang-kadang menitis jua air mata melihat bonda yang berkerja. Ayahanda sudah 62 tahun. Kuderat sudah dimamah usia. Tidak mampu lagi berkerja. Setelah bersara awal dari guru sekolah yayasan islam Kelantan, dirumahlah ayahanda berteduh. Tidak sihat akibat serangan jantung dan kencing manis. Redup mata mereka membuatkan saya berfikir kejerihan mencari sesuap nasi!! Bilamana dirumah, inilah yang menjadi topic diminda, mencerna setiap apa yang berlaku sehari-harian dirumah. Ada seorang teman berkata, ‘itu tanggungjawab mereka cari duit. Jangan lah sedih’. Ayat ini dijadikan falasi. Tidak mengapalah, mereka orang senang. Saya Orang miskin. Miskin harta. Miskin ilmu. Miskin segala-galanya!!
Tidak lama lagi, saya akan berangkat ke tapah. Owh, masa sangat adil. Tiada dilewat sedikitpun waktu itu!! Pabila sampai waktunya, saya harus pergi. Meninggalkan desa permai, berkelana mencari pengalaman hidup. Sayu hati rasa tidak terhingga walaupun pergi sekejap sahaja. Kali ini, saya ke Kuartes Institusi Pendidikan (KIP) untuk menyelesaikan pendahuluan eletrik dan air. Ini menuntut saya bersama rakan untuk ke tapah hanya untuk menghantar borang permohonan!! Kadang terfikir jua, mebazir sahaja!! Pergi sekadar menghantar borang dan menunggu eletrik dan air dimasukkan. Apapun jua, saya terpaksa pergi. Selangkah meninggalkan desa tercinta. Tinggallah ayahanda dan bonda sendirian!!.
P/S: Sekadar mengungkap rasa. Rasa yang kian lama terbuku! Saya rindu! Rindu!!!!!