Segalanya rapi. Mental dan fizikal! Saya memberitahu kepada sahabat saya, Rabu kita ke UKM dan UM. Inilah matlamat kita duhai aduka. Luqman mengomel “ ya, jom!”. Berwisata ke UKM dengan menggunakan kenderaan bertrek. KOMUTER! Selamat dan selesa (jika tiada orang yang bersesak!). sampai di UKM. Terus ke PTSL. Bila mana saya menyebut PTSL kepada pemandu kereta sewa itu maka terpinga-pinga ia mendengar! Owh saya terlupa, itu bahsa orang buku! Saya kembali menyebut “ Perpustakaan UKM” pakcik. Makanya terus di respon dan mengajak saya menaiki kenderaanya dengan penuh semangat! Ya wisata saya ke UKM. Lama sudah tidak datang ke gedung ilmu ini. Mencari, godek! Semua jurnal yang dikehendaki saya temukan! Ini adlah berkat dan asuhan Penyelia sarjana muda saya dahulu, Dr Mazdi. Dan kini beliau juga adalah penyelia bagi projek sarjana saya! Berkat tunjuk ajarnya bukan kepalang! Alhmdulillah!
Perputaakaan ini akan ditutup pada jam 7 Malam. Begitulah bunyi pengumuman yang dilakukan oleh ahli pustakawan yang berada di PTSL. Cukup cekap! Ya saya dan sahabat saya membuat keputusan untuk beredar pada jam 6. Ya, pada masa yang sama saya menerima SMS daripada rakan saya semasa sekolah dahulu. Kini sebagai pelajar pra siswazah di UKM, jurusan Perakaunan! Beliau hebat! Maka ada saya meminta darinya nombor telefon prebet untuk saya naiki bagi mempercepatkan perjalanan saya dari PTSL UKM ke Terminal komuter yang berada tidak jauh dari UKM. Makanya diberilah nombor telefon itu kepada saya. Kemudian, saya memanfaatkan nombor yang diberikan apabila tiba waktunya. Petang tersebut saya SMS ke nombor tersebut! Ya, saya menggunakan kata nama diri saudara! Makanya apabila SMS tersebut sampai pada orang yang saya SMS-kan. Lantas orang tersebut itu menjawab “ eh, bukanlah. Saya saudari yer. Errmm pukul berapa eak”? wah! Rupanya perempuan! Dalam hati saya berkata “ cilanat nyer saing!” hahah tergelak sendirian. Masih lagi mengenakan saya. Dari sekolah dulu hinggalah kini. Masih begitu perangainya! Maka saya berkata, Ya, saya dah berada di didepan PTSL. Beliau mengingatkan saya supaya alert pada plat pendaftaran kereta kancil berwarna silver. (nombor platnya sudah saya lupa!). kemudian tibalah belati besi itu! Ya ada dua orang anak gadis. Seorang ayu lagaknya, bertudung. Maka seorang lagi tidak beralas rambutnya (Free Hair). Ya saya memberi salam. Salam perkanalan! Mana tidaknya, tidak saya kenal tuan empunya kereta yang saya naiki! Sambil bersahaja sahaja saya bertanya belajar dimana dan tahun berapa. Sebenarnya saya sudah tidak tahu apa yang mahu dituturkan!! Malu! Ya sahabat saya diam seribu bahasa! Hahah dalam hati saya bekata ‘ cilanat sungguh Eg nih’. Sesampai saya ke terminal train, saya membuka dompet. Saya tanyakan ‘ Berapa ya?’ maka pada kali pertamalah saya melihat pemandunya yang tidak bertudung itu! Agak lawa juga! Saya sentap melihat! Luqman diluar kereta. Saya mengucapkan jutaan terima kasih SAuDARI! Berlalulah ia dengan meninggalkan saya dan luqman dengan kuntuman senyuman yang memukau! Haish! Tergugat iman!
Mengambil tiket komuter ke Bandar Tasik Selatan! Bersesak sesak! Ya sampai disana, saya menceritakan pengalaman kepada saudara Suraizi, apa yang belaku di UKM. Sungguh saya geram! Haha kadang tergelak jua di dalam kereta semasa beliau menjemput saya di BTS. Bermalam di rumah saudara Radhie di ceras. Keluar berjumpa dengan rakan dan sahabat taulan di KL yang sudah 6 tahun terputus hubungan. Lama juga bersembang di kedai. Dek rasa keletihan, saya akur! Saya mahu tidur! Esok wisata lagi ke UKM. Ya, bangun disebelah paginya, ke UKM lagi. Ya, kali ini dengan dibawa oleh kereta. Sampai di UKM, menjalankan tanggungjawab mencari bahan! Ya, bahan yang dicari adalah jurnal bagi penulisan cadangan penyelidikan sarjana! Banyak jurnal yang ditemui! Suka dan gumbira! Kata penyelia saya, kalau sudah ada bahan yang cukup, maka tesis awak sudah lengkap!’ sangat mengujakan saya! Inilah semangat! Semangat dan pengorbanan demi sesuap ilmu!
2 hari di PTSL UKM. Sangat mengujakan! Ya hari ketiga, ke UM. Bersemangat di UM. Banyak buku yang saya temukan. Gembira dan sangat suka dengan keadaan ini! Semasa darmawisata pulang pada sebelah petang, kami menaiki Komuter. Ya, Ke bandar KL. Hari keempat, kami ke UM lagi. Tapi kali ini ke PPZ UM ( perpustakaan peringatan Zaba, UM). Disini banyak ditempatkan kertas projek yang ditulis oleh pelajar. ya buku yang banyak juga. Tapi di PPZ ini agak ketat! Peminjamannya adalah kena mengisi borang dan pada satu-satu masa hanya satu buku atau prosiding atau tesis sahaj yang boleh dirujuk, bagi rujukan buku lain kena isi borang yang lain!! Ahhh. Leceh! Ketat dan menyusahkan. Tidak mesra pelanggan seperti UKM. Saya senang di UKM. Budaya.ilmu hebat! Ya, dari satu aspek bagus kerana menjaga koleksi agar terpelihara dan tidak hilang. Ya, UM memang hebat! Benar dari apa yang kita dengar. Hebat! Universiti lama! Ulung dan penyelidikannya terbaik! Saya? InsyaAllah, juga ingin ke arah itu. Doakn saya!
Tengahari menjelma. Ya, ingin balik ke TM. Saya menggukan pengangkutan bertrek lagi. Kali ini bagaimana untuk ke KL sentral dari UM?? Saya dan luqman kepeningan. Saya mula blurr! Haiish.. kami cuba. Untuk membeli tiket, terpaksa beratur panjang! Makanya terpaksalah beli di mesin. Ya ini kali pertama membeli tiket di mesin. Arahannya, masukkan duit kemudian tekan dan tekan. Ya saya tekan. Dan tidak semena mena, tiket itu keluar meluncur laju mengikut arah celah kangkang saya! Ramai melihat! Inilah buta mesin! Kali pertama membeli! Tergelak sakan saya dan sahabat! Ya terus ke terminal Bas pudu. Pilihan kami adalah BAS SKS. Bas ini akan terus menuju ke teratak kami! Ya sesamai saya di pudu, agak kepeningan lagi. Dimana mahu beli tiket!! Terminal bas pudu yang dahulunya using kini bertukar wajah! Sangat hebat. Pengalaman pertama berada di terminal bas seperti berada di Terminal kapal terbang! Hebat! Semuanya komputer! Masa berlepas dan segala macam! Segalanya berubah! Kami menaiki bas ke TM dan tidur selenanya di dalam bas. Sangat lena! Letih mencari bahan! Hingga lah sampai ke TM. 4 hari meninggalkan TM. Balik ke KUO dan meneruskan aktiviti yang sedia ada! Mengemas dan membasuh baju yang berkurun lama saya tinggalkan di ceruk almari! Wah, sungguh saya tidak sempat! Kesibukan yang nyata! Ke rumah Dr Mazdi sebentar sambil mencari barang di Bilion. Ada sedikit ole2 saya bawa kan kepada beliau! Pada sebelah malam pula, bersiap-siap untuk hari esok. Berjumpa dengan penyelia, Dr Mazdi bagi arahan seterusnya!
P/S: pengalaman! Tiada siapa yang boleh beli dari saya. Cukup bernilai!