Pages

Friday, May 6, 2011

Kebizian dan Kealpaan. Saya mohon maaf!!

Ya, bilamana busy makanya akan ada yang terlepas pandang. Terlepas bukan dengan niat yang kita ciptakan. Betul  manusia itu tidak sesempurna mana pun. Dan saya akui, kesilapan manusia itu adalah fitrah. Fitrah dijadikan manusia itu melakukan kesilapan agar mudah belajar di kemudian hari kelak. Saya menerima segalanya dengan redha. Kerana apa? Kerana  Saya sudah pun terbiasa dengan keadaan tersebut. Daripada dulu hingga kini saya akan tetap redha kerana saya tahu saya bukanlah annas yang kamil. Kesilapan mengatur langkah menyebabkan kita akan menerima natijah yang kita sendiri tidak mahu. Apa pun, kita kena berbalik kepada basic yakni “ kelupaan itu merupakan sesuatu yang tidak penting pada waktu itu” dan bagi menjadikan ia penting makanya kenalah senantiasa ingat dan menjadikan ia sebagai priority yang utama.

p/s: Tidak ada kata-kata keramat yang dapat saya ungkapkan melainkan slaam kemaafan. Saya akui saya saya silap. Kesilapan yang pasti bukan suatu kesengajaan. J

Sekadar mengungkap rasa…Seuntai kata yang pastinya untuk dirasa
Amar
Tapah, 7/5/2011

Cermin mata ku patah lagi!! Gggrrrrr…

Ya?? Seperti post diatas, itulah sahaja yang dapat saya katakan. Ia patah lagi. Dan ini memaksa saya untuk  menempak cermin mata yang baru. Saya cukup angin dengan apa yang terjadi. dalam keadaan saya yang sedikit sengkek dan pokai ini, mulalah  segala masalah yang berkaitan dengan wang timbul. saya redha dengan ketentuan yang telah di tentukan rabbul izzati. Yelah..nk buat macam mana kan, dah patah kena la buat yang baru. Minggu ini saya menggunakan cerimn mata yang lama. Sangat sakit mata kerana power yang ada pada cermin mata yang lama  ini tidak sama dengan power yang baru. Lain!! Saya agak kepeningan dan selalu sakit kepala. Keadaan ini tidak dapat saya halang. Mahau atau tidak terpaksa jua saya menggunakan wang yang berbaki Cuma seciput rasa!!

Sekadar mengungkap rasa…kegeraman pada dir sendiri. Cermin mata patah angkara sendiri!!

p/s Moral : Jangan tidur bersama cermin mata anda walau serajin mana anda membaca buku!!

AMAR
KUARTES GURU, TAPAH

TERKEDU; DAN TATKALA ITU RASA yang SANGAT GUMBIRA!!


Sebermulanya kisah... :)
Berpagi-pagi lagi berwisata ke Sekolah, walaupun bertugas pada sebelah petang, namun datang juga sebelah pagi. Pagi ini perasmian penutup Bulan EXPLORASI GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR (ExGegAS 2011).  Selama sebulan berulang alik ke sekolah secara dua alam, pagi dan petang. Keletihan yang tiada kesudahannya. Program yang dicetuskan hasil dari idea sendiri, menabur bakti di sekolah!! Makanya berpagi-pagi lagi, bekas penyelia tesis, Dr Mazdi  menelefon. Menelefon mengkhabarkan berita yang amat menggumbirakan (bagi saya la kot). Kertas kerja yang dibentangkan di Institut Sosial Malaysia ( ISM) pada oktober tahun lepas 2010 telah terpilih untuk di kompilasikan dalam jurnal ISM. Terkedu lidah saya tak dapat nak brrkata apa-apa lagi. Sungguh saya tidak sangka. Artikel yang dinukilkan adalah hanya sekadar ringkasan dapatan tesis sarjana muda. Tiadalah apa-apa pun yang istimewa. Cuma karya saya dipilih untuk dikompilasikan, makanya hati saya terdetik, layak kah saya?? Semasa membentangkan hasil kertas kerja penyelidikan, ramai lagi para sarjana-sarjana dan ahli akademia yang lain. Apalah sangat yang ada pada nukilan saya. Cuma sekadar apa yang saya tulis hasil dari kajian yang telah dijalankan. Kajian pun hanyalah pada level sarjana muda sahaja (lagipun saya bukanlah pelajar yang pandai, biasa-biasa sahaja!!). Apa pun Hati melonjak gumbira. Sangat gembira. Tak dapat saya ungkap dengan kata-kata. Sekadar mengungkap rasa di blog ini. Berceritea apa yang saya rasa. Semoga ini merupakan langkah pertama ke arah penerbitan dan berkarya. Jutaan yang tidak terhingga kepada bekas penyelia tesis, Dr mazdi marzuki (Bakal penyelia Tesis sarjana saya kelak, kot???) hehe doakan lah yer. Semangat untuk bersarjana!! Insan ini lah yang sangat banyak membantu saya. Sangat amat banyak jasanya pada saya.  Sebelum ini, saya juga memenangi EKSPIN yang telah dianjurkan di UPSI, tapi hanyalah gangsa sahaja. Cukup mengajar saya erti kehidupan. Terima Kasih Dr. Jasa insan ini akan saya kenang hingga ke akhirnya.  Allah sahaja yang mampu membalasnya. Sekian, sekadar mengungkap rasa!!
p/s ; Hari ahad ini akan ke UKM bersama DR Mazdi, mencari bahan di PTSL. Bermulalah ceritera, ceritera sang penyelidik!!
AMAR
TAPAH PERAK
2011