Nikmat.
Segala yang dihasrat,
Tapi tak dapat,
Adalah nikmat,
yang paling padat.
Tongkat Waran.
Antologi Benih Harapan
Mensyukuri sedalam-dalamnya rezeki kurniaan Allah. Tiada apa yang boleh saya gambarkan hanya dengan ungkapan syukur dan merafakk setinggi-tinggi pada rezeki pemberiannya apabila saya lulus dalam temuduga pelantinkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan berjaya di tempatkan di negeri Johor di mana tempat saya berkhidmat.
Dengan adanya pintu rezeki yang di bukan seluas-luasnya oleh yang maha pencipta akan dapat mendekatkan diri kepada Allah dan tidak sesekali bongkak dengan rezeki yang dikurniakan. Yakin dan percayalah bahawa rezeki yang di berikan ini adalah merupakan hasil usaha yang tidak pernah jemu.
Sekadar memetik ungkapan dariapda Andrea Hirata dalam "Laskar Pelangi".
"Hiduplah bagi memberi sebanyak-banyaknya, tidak bagi menerima sebanyak-banyaknya".
"Hiduplah bagi memberi sebanyak-banyaknya, tidak bagi menerima sebanyak-banyaknya".
Alhamdulillah!
Lulus temuduga pelantikan oleh SPP. Kini DG 41! Alhamdulillah!
Alhamdulillah. Berjaya di tempatkan di negeri JOHOR!
KU redha dan penuh syukur atas pemberiannya! amen
"Ya Allah ya tuhanku, jadikanlah hambamu ini hamba yang senantiasa bersyukur dengan segala nikmat dan limpah ruah rezeki yang engkau berikan, dan janganlah sesekali engkau peseongkan hati ku melainkan sujud sembah ku hanya pada MU ya Allah". Amen.
Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
SMK. Methodist (ACS) Seremban.
17052012. Rabu
0 comments:
Post a Comment