Setiap bulan, mana-mana penjawat
awam akan dapat gaji. Gaji? Siapa yang tak nak kan. Gaji seperti upah kita
bekerja. Sebagai panjawat awam, gaji dan berhenti kerja adalah hak kita. Kita berhak
keatas dua perkara ini. Setiap bulan juga kita akan berkira-kira apakah yang
ingin kita lakukan dengan gaji yang kita dapat. Belanjawan mestilah memadai dan
tahu apa itu erti berjmat cermat. Alhamdulillah sepanjang gaji yang telah saya
terima ini, saya cukup dengan apa yang saya dapat. Walaupun hampir 60% saya
gunakan wang gaji saya untuk menolong emak di kampong, saya masih lagi boleh
makan, pakai, minum, bayar rumah sewa, internet dan segala bagai. Alhamdulllah.
Semoga keberkatan ini berpanjangan. Baharu sahaja saya lihat slip gaji tadi di
ANM. Berbunga hati. insyaAllah, jika tiada aral tahun ini akan habislah segala
hutang piutang. Akan memikirkan pula apa yang bakal saya belanjakan pada tahun
depan. Matlamat mesti ada.
**saya sedang mengimpikan sebuah ‘belati
besi’ untuk saya bergerak balik ke kampong dan untuk urusan rasmi sebagai seorang guru. Moga-moga ada
rezeki untuk saya kelak! Aamiin J