Pages

Friday, July 1, 2011

Kuda Besi. Seperti Bas Lagaknya!

Hehe mungkin entri  ini agak mengarut. Tiada falsafah daripadanya. Ini sekadar perkongsian. Dulu, emak kita selalu pesan, belajar tinggi-tingi boleh beli kereta besar, rumah besar..dan bini pun besar!! Hehe sekadar melawak!  Bila sudah belajar tingi-tingi makanya boleh  bersenang  lenang. Ya ini adalah contoh, bermula dengan kehidupan yang biasa-biasa dan kini bila Allah kurniakan rezeki atas keikhlasan dan amanah berkerja, maka inilah ganjaran yang Allah bagi. Allah itu adil. Beri rezeki bila kita berkerja. Tapi jika malas?? Fikirkan.


Dibawah ini nanti akan nada foto-foto ‘Bas Mini’ kepunyaan Tuan  Dr Mazdi. Hehe foto ini saya snap dengan keizinan dari Tuan empunya Bas mini ini. Mahal harganya, setimpal dengan Gajinya juga lah kan!! Hehe DS 52. Saya juga bercita-cita sebegini. Apa pun, haniskan sarjana dulu! Baru berangan ya! 

P/S : Inilah bas mini yang saya maksudkan sepertimana entri saya sebelum ini. (entri pada 28 jun 2011).

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 Syukur Dr. Allah bagi rezeki lagi. saya Doakan rezeki makin dilipatgandakan.senyuman kepuasan. Ini untuk anak-anak katanya. keselesaan.  Quality of Life.

















Hehe kereta yang besar adalah PERLU bagi keluarga yang sedang berkembang. Kini, Dr Mazdi bakal menimang anak lagi. Rezekinya bertambah. Tambah sorang lagi, akan ada 5 HERO! hebat askar-askarnya!Wajar 'Bas Mini' ini dibeli. Katanya " Untuk anak-anak jer'. Ini juga FALSAFAH!  hehe



Hehehehe ini kereta Penyelia saya. hebat kan??

dan saya? masih lagi dengan kuda besi DAM 9402. heheh seperti dalam foto di bawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hehe setakat ini sahaja lah yang saya mampu tika ini. Inilah harta saya. Banyak jasanya.Ada rezeki, mengajar nanti, bolehlah pakai kereta agaknya. Biasa-biasa sudah. Saya cikgu jer (InsyaAllah).


P/s: Bersyukur dengan pemberianNYA. Setiap apa yang diberikan itu ada maknya. Bersederhanalah dalam setiap hal. Beli bila PERLU sahaja. 


Amar
Tanjong Malim.

Berdaftar!!


Alhamdulillah. Saya kini sah sebagai Pembantu Penyelidik! Hari ini juga agak huru hara. Semalam, saya (30/7/2011, khamis). Saya ke RMC (Research Management Centre) UPSI untuk saya dapatkan kad punch yang baru. Ya lah, sebermulanya bulan baru kena lah ambil kad punch yang baru! Tatkala itulah saya dimaklumkan Julai ini bermula nya penggunaan Kad Pintar! Wah, bunyi nya seperti sofistikated! Dan pagi ini saya berpagi-pagi lagi berwisata ke RMC untuk dapatkan kad pintar. Saya bersama sahabat saya, saudara Luqman. Alhmdulillah, walaupun terdapat sedikit kekalutan, saya dapat juga Kad Pintar tersebut. Sebelumnya Luqman dapat dahulu daripada saya kerana beliau mendaftar  awal sebagai pembantu penyelidik.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ 

Semasa menggunakan kad Punch dahulu, memang bermasalah! Hari yang saya punch kadang-kadang di awalkan 3 hari daripada tarikh saya punch atau bertindan atas tarikh yang sebelumnya. Sangat sakit hati. Dan kini adanya kad Pintar yang baru ini, hanya perlu ‘swap’ sahaja. Mudah. Hanya perhatikan nombor matrik pekerja yang tertera (nombor pekerja saya ialah PPP 340) dan perhatikan In (masuk) dan Out (keluar) waktu kerja. Senang. Semua rekod masuk dan keluar di rekodkan secara berkomputer. Telus dan adil!

P/s: Tepatilah waktu kerja dengan seamanah yang mungkin. Rezeki yang kita terima adalah dibayar pada setiap waktu yang kita kerja. Amanahlah. Dengan duit ini kita berikan pada adik-adik dan keluarga kita. dan dengan duit inilah kita belanja. Biarlah ada keberkatan! J


Ini kad pintar saya. Sekadar perkongsian!

 Kad sementara. masih kontrak!!






Sekadar itu daripada saya. Salam permisi.

Amar
Tanjong Malim, Perak.