Pages

Wednesday, May 18, 2011

Hari Guru SEMESTA 2011


Baru tahun ini saya merasakan menyambut hari guru dengan penuh rasa nikmat dan syukur. Ya, mana tidaknya, hari guru tahun ini merupakan hari guru yang pertama pernah say sambut selaku guru praktikum. Tanggal 16 MEI saban tahun kita akan menyambut hari guru. Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua guru. Sambutan yang cukup meriah. Saya dan sahabat, luqman selaku Jawatankuasa sukaneka bertindak mencadangkan beberapa jenis sukaneka antara guru. permainan bermula pada jam 11 pagi. Disebelah pagi pembacaan perutusan oleh tuan Pengetua. Ini sudah menjadi adat. Apa yang rasa sedikit terharu apabila saya telah menjadi wakil kepada pihak pengetua membacakan sajak  usman awang; Guru Oh Guru. tuan pengetua meminta saya membacanya. Saya mengagguk sahaja atas arahan yang dikelurkan tanpa sebarang bicara. Untuk membaca sajak, pemahaman dan penghayatan setipa bait sajak haruslah diteliti dan dihayati dengan baik. Apabila diminta membacakan sajak, makanya saya naik ke pentas membacakan sajak. Pada mulanya penuh bersahaja, akan tetapi pabila setiap bait sajak itu saya alami dan rasai sendiri, sedikit sebak dan kemudian mjla menjatuhkan air mata semasa membaca. Hadirin terkaku melihat keadaan tersebut. Saya tidak dapat berbuat apa-apa. Itulah perasaan yang tidak dapat ditahan lagi. Saya melihat para hadiri. Semua mendengar dan teliti tiap bait. Sungguh satu pengalaman yang tidak dapat saya gambarkan. Memang. Membaca sajak memerlukan penelitian dan persembahan yang baik agar tiap baitnya kita fahami dengan sebaik yang mungkin.
ADA SAYA SISIPKAN SELEMBAR GAMBAR SEMASA HARI GURU PERINGKAT SEMESTA 2011

Bacaan sajak. Saya suka gaya Prof Madya Dr Lim Swee Tim; Gayanya semasa mendeklamtorkan sajak!!

Inilah Barisan warga pendidik SEMESTA (sesi pagi dan petang) 
Guru praktikum pun diajak seklai bergambar


Ini pula barisan Guru-guru praktikum sidang 2011. 
Semuanya 11 orang, tidak termasuk yang baru sahaja mendaftar.
Kenangan bersama Tuan Pengetua, BONDA!!

Semasa Mendeklamasikan sajak. Ada pula yang snap. Lagaknya melankolik!!


Hehe dan seperti biasa. Apa-apa Event disekolah, saya akan menjadi jurufotoya. 
Gambar ini diambil oleh pelajar saya. cukup Nostalgik!!

Gambar ini dipetik ketika saya dipadang sekolah. Ini juga kerja pelajar saya. 
Snap shoot jer!!. tidak tahu masa bila pula ni dimabil gambar ini.!

Saya dengan sahabat baik, saudara Luqman. Ketika di balapan. sangat panas.Kekalutan menguruskan "Pelajar Tua" di padang. heheh


P/S.: sekadar mengungkap rasa. ini sahajlah yang dapat saya coretkan. Sekadar melakar rindu dikejauhan. lagi berbaki 2 hari. selepas ini bakal ditamatkan perkhidmatan di SEMESTA sebagai guru pelatih. Semoga ini menjadi kenangan yang abadi. Saya rindu saat ini!!




Amar
Tapah, Perak.
SEMESTA 2011