Pages

Monday, July 11, 2011

Kuras itu!

Alhamdulillah, pagi ini seperti biasa. Seperti mana hari-hari yang dilalui sebelumnya. Tuasan orang berkerja. Sungguh teratur. Bangkit dari lena yang panjang, kelur untuk mencari rezeki. Pagi ini tanggal 12 JULAI 2011, hari untuk saya mabil jubah konvokesyen. Alhamdulillah. Bergraduat. $ tahu menelah di sini banyak pengalaman yang di timba,baik pengalaman berilmu atau picisan. Saya ke pejat tepat samapi jam 7.5o pagi kad pintar di swap. Keluar angka PPP340 IN. ini tandanya saya mula masuk untuk mencari rezeki . Jam 8.15, saya keluar bersama sahabat, sebelumnya telah berjanji untuk sama-sama ke kaunter jubah untuk mengambil jubah bagi istiadat 27 julai nanti. Lagi sedikit masa. Juba itu akan rasmi. Kenalan-kanalan lama muncul satu persatu. Pelbagai memori indah di ungkap. Kenalan yang datang daripada seluruh pelusuk. Baik  yang pernah mendjadi rakan satu kursus ataupun kenalan handai yang ramah bertegur. Banyak yang di kongsikan. Saya meluru ke kaunter. Ramai!! Saya ada menolong rakan-rakan yang jauh untuk ambilkan jubah bagi pihak mereka. Tolong-tolong sekadar yang mampu. Ya, ada empat beg berisi jubah. Salah satunya adalah beg saya. Jubah yang dipilih saiz S. sesuai dengan latitude saya! Hehe..lama bersembang dengan rakan-rakan. Bertanya khabar. Ramai yang sudah kahwin.dan abakl menimang anak. Subur! Saya istilahkan mereka sebagai desperate! Hehe sesetngah tarik muka masam. Mana tidaknya. Saya mengata. Hehe. Saya menghantar khidmat pesanan ringkas kepada penyelia saya, Dr Mazdi. Bertanyakan tentang kunci. Katanya ada di tinggalkan kepada Cik Ila di pejabat Am. Say ake sana. Dan kunci tersebut ada. Kemudian bilamana memasuki rauang bilik (merangkap pejabat), saya ada terlihat ada kuras kecil di atas meja tempat saya berkerja. Pada mulanya kuras yang saya anggap kertas arahan kerja daripada penyelia saya. Tapi setelah diamati intipatinya, ia sebuah kuras yang berisi nasihat. Saya membacanya. Mungkin penyelia saya ada membaca blog saya kelmarin. (entri di bawah ini). Intipatiya bernas. Alhamdulillah, berkat apa yang tertulis daripada kuras kecil ini juga reda rasa seidh dan hiba. Semalaman saya membincangkan dengan sahabat saya tentang penempatan. Diaman hendak cari makan lagi.Tidak mengapalah. Rezeki ada di mana-mana. Saya terharu membaca nasihat yang di tulis. Saya anggap ini adalah nasihat daripada seorang abang. Saya meneliti setiap hujahnya. Setiap isi di berikan hujah. Saya akur dan faham apa yang tertulis. Terima Kasih Dr atas nasihat.  Nasihat ini tidak ada di padang datar! Menasihati sesame islam.Alhamdulillah. masih ada yang sudi memberikan teguran. Kuras ini akan saya simpan buat pedoman. Intipatinya,  Ada hikmah di sebalik semua kejadian! Ameeen. Semoga masa yang panjang ini akan dapat saya guna untuk siapkan penyelidikan sarjana saya! InsyaAllah. Amen.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

P/S: Kelmarin saya agak sugul. Tidak tahu mengapa. Mungkin barang kali terpanah surat yang say abaca dari JPA. Tidak mengapalah. Rezeki ada di mana-mana. Apa yang paling penting,penyelidikan sarjana mesti siap sementara  senggang waktu yang masih ada. InsyaAllah. Tabahkanlah hati hambamu ini. Buat adik-adik, bersabarlah. InsyaAllah abang balik bawa rezeki pada kamu nanti.  J ameeen

Amar
Tanjong Malim.
12 Julai 2011.

++++++++++ 

Mungkin itu LAGI bukan rezeki saya. Saya redha. Sabarlah! ada hikmahnya!

Petang ini, saya berasa sangat sedih. Seperti biasa saya menghubungi pihak Tajaan KPM untuk memastikan surat tamat pengajian saya yang telah saya kurierkan sampai atau tidak, maka kepastian telah dibuat. Ianya sampai. Dan saya meminta Cik ZAriah yang bercakap di talian untuk sambung kan kepada Bahagian sumber Manusia (BSM)KPM untuk saya bertanya kan berkenaan status online E-GST. Saya menelefon dan bercakap degan seorang pegawai. Ya, saya bercakap degan seorang pegawai. Perempuan. Lantas saya bertanyakan  berkenaan tarikh online. Beliau menjawab, permohonan untuk perjawatan baru di bekukan. Di bekukan hingga  Ogos. Terdetak juga di hati saya ‘ kalau macam ni lambat lagi lah penempatan’. Saya mengucapkan terima kasih kepada puan yang bercakap. Ikhlas, saya sedih. Mungkin ada hikmahnya.


Berikut adalah pekeliling yang di keluarkan oleh JPA : klik lah, anda akan dapat butirannya.

P/S:  Saya agak mengharap juga. posting awal dan dapat penempatan. Tidak mengapalah, jika September ini bukan lagi rezeki saya. Saya redha.  L. Perjuangan mesti di teruskan!! Lambat lagi  posting saya belajar dulu, siapkan tesis master! SAbar!