Tajuk diatas saya petik daripada status Muka Buku saya. Kala menjemah petang, saya teringat kisah-kisah silam. Kisah-kisah yang say alewati semsati hidup ini. Kembali saya membuka cakera keras dan menatap tugasan-tugasan yang diberikan semasa belajar dahulu. Membuka external Hardisk, melihat coretan gambar-gambar lalu. Sungguh saya terpaku. Lama juga saya termenung. Termenung akan kisah silam yang bermacam-macam variasi. Tersenyum dan tergelak seorang diri mengenangkan kisah dalam ruang minda. Seputar ruang memori indah ini menerjah ke fikiran. Suatu ketika mengayam indah segala kenangan bersama kawan-kawan, sahabat dan teman. Sedang mengingati kisah lampau yang mungkin tidak ada pada orang lain. Sunnguh saya terpana. Ya, ini mungkin sudah melalut. Saya masik di pejabat tatkala jam 8.02 malam (8/7/2011). Saya mahu pulang, rehatkan minda dan meneruskan perjuangan. Masih banyak perkara yang perlu saya selesaikan. Kata pak samad ‘dari abjad renda kata’. Cukup indah!
P/s: melalut di malam hari. Biasalah. Bila otak sudah tepu! Heheh
Amar
Tanjong Malim,
Pejabat.
J