Pages

Tuesday, September 13, 2011

Secangkir coretan untuk di rasa. Seputar memoir di kelompangan masa!

Tanggal 14 september 2011. Rabu.

Hari ini baharu sahaja saya dapat mencoret di laman ini.  Tarikh dan hari sepertimana yang tercatit di atas!. Rasa sudah lama tidak menulis. Mungkin disebabkan beberapa hambatan yang terpaksa saya hadapi, Fitrah berkerja, menyelesaikan beberapa tugasan yang lebih aula dan seumpamanya. Itulah seputar kehidupan seorang manusia. Saya kembali daripada berhari raya di kampong halaman. Raya tahun ini agak ‘sempoi’ disebabkan sepupu yang berkahwin, maka saya juga ‘dipaksa’ untuk menyibukkan diri menolong apa yang patut. Majlis berjalan lancar. Mungkin ini berkat orang yang berkahwin. Maka cuti hari daya saya habis di kampong menguruskan majlis perkahwinan sahaja. Biarlah, saya memudahkan urusan mereka. Moga-moga saya juga akan mendapat rukhsah seperti apa yang mereka dapat. Ghairah berwalimatul urus, berjumpa dengan sahabat dan rakan taulan yang lama sudah tidak berjumpa, dan sebagainya sebelah malam saya terpaksa menyental beberapa biji ‘kawah’ dan berpuluh periuk belanga! Ahh. Demam saya di buatnya. Dan sampai kini batuk masih lagi kedengaran. Saya terpaksa ‘berpuasa’ daripada ais! Mungkin ada kebaikannya juga. Aidil fitri tahun ini juga kekalutan, juga menguruskan  adik yang bakal masuk ke UMS. Menguruskan adik yang bakal ke negeri orang. Jauh. Juga ada passport. Cukup terasa jauh! Apa pun saya harapkan agar beliau ke sana dan balik membawa segulung ijazah. Bukan azizah!  Cukup saya berpesan. Berpesan agar tidak main-main di sana! Jalan jauh, jauh daripada keluarga memerlukan ingatan agar terus belajar.  Bukan senang untuk mendapat tempat di  Universiti. Gunakan peluang dan ruang untuk belajar sebaik mungkin. Mencari ilmu hingga ke liang lahad. Sebelumnya saya juga mendapat tahu bahawa kemasukan ke program pasca siswazah akan dilakukan pada 12 September 2011. Keperluanya juga mendesak! Bayar yuran sebanyak RM 1655.00 dan beberapa dokumen penting yang lain. Sungguh tidak sempat untuk saya sediakan beberapa keperluan dan butiran yang diperlukan kerana saya juga sampai lewat di Tanjong Malim. Alhamdulilah, semua berjalan dengan baik dan lancar. Di hari pendaftaran pasca siswazah juga ramai yang mendaftar. Kira-kira 700 orang pelajar (+-) yang mendaftar pada hari tersebut termasuk pelajar sarjana dan P.hD. saya kini mendapat kad matrik berlatar belakang kuning! Kekalutan menyediakan keperluan dokumentasi di saat akhir. Alhamdulillah, Cuma salinan pemeriksaan perubatan sahaja yang belum saya serahkan kepada pihak pusat kesihatan. Masalah kekangan duit yang ketidakcukupan (akibat kerosakan teruk laptop tua yang telah meranapkan duit saya sebanyak RM 250!) argh! Saya monyok seketika. Tidka mengapalah, mungkin ini bukan rezeki saya. Dan beberapa hari yang lalu saya menerima rezeki daripada seorang pensyarah. Beliau meminta bantuan saya untuk ‘kod’ data SPSS sebanyak 300 soal selidik. Beliau berjanji untuk membayar upah ‘kod’ soal selidik sebanyak RM1.50 bagi satu helai. Mungkin ini sudah memadai sebagai duit sampingan sebelum gaji masuk. Gaji sedikit lewat akibat gara-gara menerima nasihat daripada orang yang salah! Saya pada mulanya bengang, akan tetapi saya positifkan kembali. Mungkin ada hikmahnya. Tidak mengapalah kalau bukan rezeki saya diawal bulan! Mungkin ada rezeki lain untuk saya. Kini kembali pening dan berkalutan dengan kajian peringkat sarjana. Semoga dipermudahkan! Amen.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

P/S: Masa untuk saya menulis ini telah semakin kurang. Sehari umpaman seminit sahaja. Sangat sekejap. Oh masa, cepat sangat ia berlalu. Berikanlah kekuatan pada diri ini agar sempat menyiapkan perjuangan yang baharu sahaja ditempuhi ini. Amen.

Amar
Pejabat. Tanjong Malim.

Aidil fitri versus walimatul urus. Oh seronoknya mereka!

Tanggal : 8 /9/2011 Khamis.

Hari ini merupakan hari kedua saya di pejabat. Masih lagi dalam keadaan demam dan selsesa. Mood raya di pejabat juga masih kedengaran. Ramai yang berjumpa sesame kawan dan sahabat handai bertemu dan berjabat salam antara satu sama lain. Juga menyatakan salam kemaafan! Saya juga begitu. Berjumpa dengan pensyarah-pensyarah dan berjabat tangan mengucapkan selamat hari raya dan memohon kemaafan. Tanggal pada 3 dan 5 september saya menghadiri walimah. Walimah sepupu dekat!  Alhamdulillah. Mereka selamat diijabkabulkan. Mereka juga guru! Saya doakan agar mereka berbahagia dan selamat melayari bahtera kehidupan berumah tangga. Seronok bilamana melihat saudara sedarah sedanging yang dulunya membesar bersama dengan saya sewaktu di kampong. Saya melihat terpancar wajah kegirangan dan gembira. Walaupun keletihan semasa sesi fotografi. Saya menolong apa-apa yang patut dan melicinkan perjalanan majlis. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Sepupu sulung, seorang ustaz. Lulusan Al-Azhar. Sarjana muda syariah. Manakala pasangannya, Syuhada lulusan Ar-RAniry.  Manakal sepupu saya yang kedua perempuan, juga ustazah yang kini bertugas di Sri Aman, Sarawak. Jauh merantau mendidik nusa! Dan akhirnya juga di ijabkabulkan dengan pasangan lelaki daripada kota bharu. Owh mereka semuanya pandai-pandai belaka! Tinggi tatatingkat belajarnya. Saya doakan agar mereka berbahagia! Amen.

P/s: saya baharu sahaja dapat menulis. Kebelakangan ini sangatlah sibuk dan agak terkurang masa untuk mengemaskini blog.

Amar
Tanjong Malim.
Pejabat.