Pages

Wednesday, December 21, 2011

Oh Kopi Cap Kapal Api, Seisi Malam Tidurku Tidak Lena!


Tanggal 22.12.2011 (Khamis)

Meneguk secawan kopi sahaja membuatkan mata saya agak keras. Keras segala-galanya! Haha.. Saya tidak dapat tidur disebabkan penangan kopi yang saya minum semasa online semalam. Sepuasnya saya mencuba untuk tidur, jam biologi ini langsung tidak mendengar arahan saya agar tidur kerana pada hari ini merupakan hari bekerja. Berpagi lagi saya bangun dek penangan tidak dapat ketiduran. Sungguh pada waktu saya menulis entri ini keadaan otak yang kewangan. Tidak mampu lagi untuk saya menipu dengan keadaan yang amat mengantuk ini. Huh! Tidak selesa.

P/S: Serius. Saya mengantuk. Tiada apa-apa yang boleh saya ungkapkan. Nk menulis dan buat kerja pun susah. Susah bila mengantuk. Oh. Kopi cap kapal api. Sungguh kaw! Hari ini juga ada piket aman di pintu utama. Oh cam mane la nk ‘tembak’ orang ni..mengantuk!!…

Teratak Ilmu
Bumi Murabbi!