Pages

Wednesday, January 26, 2011

Antara saya, Tanjung Malim dan Tidur!! :)




              Tarikh keramat 18/1/2011 saya sekali lagi ke tanjung malim. Puas memikirkan tarikh yang sesuai. Ke tanjung malim dan seterusnya ke tapah. Melunaskan segala kerja-kerja house keeping tinggal seberapa. Segala dokumen telah saya sediakan sejak daripada rumah lagi. Fikiran mula menerjah disetiap genap ruang lingkup yang ada. Ruang lingkup yang akan memulakan perang terbesar dalam hidup ini. Praktikum. Banyak yang perlu difikirkan. Kuartes, eletrik, air dan segala macam. Ahh…buat buntu saja. Difikir tanpa usaha untuk mendapatkannya adalah sia-sia. Setelah bersyura dengan segala  kaum kerabat dan menteri-menteri geografi yang lain, maka diputuskan 18/1/2011 saya dan kawan karib, Faiz (atau lebih selesa dipanggil zust).
Berpagi-pagi lagi ke Kota Bharu, membeli tiket untuk berangkat ke Tanjung Malim pada sebelah malamnya. Pengalaman menaiki bas yang boleh dikatakan alah bisa tegal biasa!! 8 jam pejalanan sangat memenatkan. Sampai di Tanjung Malim jam 5 pagi. Sesampai di KHAR (Kolej Kediaman Harun Aminurrashid). Bermalam di rumah saudara Abu. Junior saya semester 6. PISMP Bimbingan dan Kaunseling. Pada pagi yang sama, saya ke tapah untuk menguruskan segala urusan. Urusan pendaftaran air di Lembaga Air Perak (LAP) selesai dan berjalan  lancar. Saya meneruskan wisata ke Bidor untuk meneruskan urusan pembayaran pendahuluan eletrik. Saya melangkah gagah ke kaunter yang tiada  seorang pun penghuni di kaunter tersebut. Malah, tiada siapa pun yang ada di pejabat TNB pada waktu ketibaan saya disana!! Aneh! Sungguh pun dunia ini sudah kiamat barangkali. Tiada kelibat manusia pun yang melintas!! Saya kehairanan dan terfikir, mana lah sudah manusia yang sering saja berkelana di atas hamparan bumi Allah yang maha luas ini. Sungguh saya bertafakkaru pada waktu itu!! Saya meneruskan langkah ke kaunter. Disambut girang oleh anak muda. Barangkali baru sahaja berkerja di kaunter!! Tersenyum lebar dengan lirikan senyuman yang sangat mengasyikkan. Panahan senyuman buat saya kaget seketika. Apalah yang ada pada runtunan senyuman melainkan ikhlas pada memberi!!. ‘ erm..Assalamualaikum (member salam sebelum meneruskan urusan) dan selamat pagi cik. Owh pernah kita berjumpa sebelum ini kan? Saya pernah datang ke kaunter ini untuk mengambil borang pendaftaran eletrik. Masih kah cik ingat?? Cik membalas ‘ owhh ya!! Ini cikgu amar ya. Yang nk buat pendaftaran kuartes kan? Saya membalas ‘ ya ya …saya lah orangnya.  Pagi ni saya nk buat urusan itu. Saya datang jauh, semata-mata untuk urusan ini . nak datang lewat kang, takut staff tak ada pula semasa raya cina’. Saya berhujah dengan penuh konkrit!. Sambil menyerahkan borang dan dokumen (dalam sampul). Cik meneliti dengan penuh obses. Dengan selamba cik jelita itu berkata, ‘cikgu, kalau nak deposit ni tak dapat la..ada dokumen yang penting cikgu tak sediakan. ‘ saya mula menarik muka masa. ‘ bertanya seketika, Apa lagi yang belum cukup!!! Dulu saya ada datang dan berntanya, dokumen-dokumen yang perlu dibawa. Dan saya telah sediakan semuanya. Tiba pada hari ini cik kata tidak cukup. Apa ni!! Yang bagi semua dokumen itu pun cik juga yang beritahu saya. Saya sangat emosi.  Emosi yang sebebgini akan membangkitkan rasa yang mungkin dapat mengegarkan dunia. Ah..momel sendiran. Saya meninggalkan TNB menuju ke Kuartes dan. Banyak juga barang yang dibawa. Beras antara salah satu kelengkapan nyata!. Owh saya berkata “ zust, macam mana? Urusan belum settle?” zust menjawab “ taka pa mar, kita try tunggu sampai esok, jika tak ada hitam putih, kita balik” ujar beliau. Saya mengangguk sendirian tanda setuju. Kami pulang  ke Tanjung malim pada jam 1. Jam 3 Bergegas ke KL pula. Mencari sedikit gadjet lensa. Flash !. huh! Amat penat. Semua kerja rushing. Saya ke KL hanya semata-mata kerana Flash sahaja. Bergegas memberli tiket. Sesapainya di KL, terasa ingin melepaskan URINE . Alat itu sudah tidak mampu menahan lagi takungan urine yang ada, lalu saya dan zust mencari tandas untuk beradu. Owh di plaza Low Yat ini tiadakah tandas, saya momel sendirian. Terplit jua saya pada tanda “ Tandas Lelaki”. Owh ada jua tandasnya. Sampai di kaunter, ingin membayar lalu mengeluarkan syiling, (20 posen). Saya berikan pada penjaga tandas (mungkin inilah istilah yang sesuai bagi koordintor tandas ya!). Beliau berkata, “abang, bukan 20 posen ni, RM 1.00 untuk sekali masuk. Ahh!! Saya kaget dan terkesima! Melihat tandas yang pada maksudnya hanyalah tempat orang qadha hajat dan kediaman rasmi syaitan Laknatullah di beri penghormatan sebegini rupa? Rm 1.00 jika di kampong sudah mampu untuk membeli nasi lemak atau kuih barang 3 biji!! Saya dan zust saling berpandangan . Ahh..bayar saja. Alat itu sudah tidak mampu menahan lagi. Seringgitpun jalna lah zust!. Saya masuk. Dan diberikan tiket! Ahh masuk tandas pun ada tiket sekarang ini ya! Keluar dengan hati yang penuh kelegaan. Masing-masing dapat meneruskan wisata dengan tenang. Saya terus mendapatkan gajet. Dan pulang ke TM pada jam 6 petang. Sampai di Tm pada jam 8 malam. Berehat dan tidor.
               



Pada keesokan harinya, memandangkan  urusan eletrik belum lagi selesai, pada sebelah pagi  saya menunaikan janji. Sebelumnya, ada seorang junior ingin berjumpa memaklumkan ingin bertanya barang serba sedikit berkenaan Tesis (kajian). Saya menyatakan boleh saja. Belah pagi nya saya berjumpa dengan beliau. Sedang asyik saya bersyarah  berkenaan motodologi kajian dan kajian literature saya terserempak dengan Dr Mazdi! Ahh..kantoi!! (toing23x). Saa datang ke TM tidak memaklumkan kepadanya. Sebelum ini Dr Mazdi juag ada request saya supaya  datang ke TM untuk membantu jentara Persatuan Geografi untuk uruskan seminar kebangsaan nanti. Tetapi saya menolak atas alasan ketiadaan duit ( selepas 3 hari say amemberi alasan, Biasiswa KPM masuk dengan amaun RM 4100.00) juling biji mata saya melihat wang yang begitu banyak! Biaslah. Semester akhir, yuran murah ditambah pula dengan elaun tesis. Memang banyak!. Semasa di meja, saya telah diminta oleh Dr Mazdi untuk mengajar. Dari jam 2 hingga 5. Mengajar  siswi Pengajian Malaysia berkanaan Analisis data SPSS. Saya tidak dapat menolak. “ ermm macam ni amar, saya tempah makmal dari jam 2 hingga 5, awak tolong ajar budak-budak PM ni, saya tak sempat la. Awak amik kelas saya k.,”. owh saya  mengangguk dengan penuh keyakinan. Jam 2 bermula. Saya di makmal. Tiada siapa pun yang hadir lagi!  Selepas menunggu beberapa jam, akhirnya sampai jua. Saya mengajar berkenaan dengan nilai ukuran (Nominal, ordinal, Interval dan Ratio), Normaliti Data, Ujian Cronbach Alpha, analisis deskriptif, Korelasi Spearment (data tidak normal) dan Khi kuasa Dua (sampel kebagusan dan Kebebasan). Penat jua mengajar. Sudah lama tidak masuk ke kelas junior. Menngajar subjek yang ramai pelajar tidak suka. Suka atau tidak, tidak tahu ilmu statistic Penyelidikan, tesis anda tidak akan siap!!. Dan pada ketika inilah, pegawai dari PPd tapah menelefon supaya saya menghubugi  En Idris (kontraktor KPM yang menguruskan juruteknik). Saya menghubungi beliau dengan menggunakan telefon anak murid (waktu itu telefon saya kehabisan kredit). Dan  setelah berbincang, En Idris bersetuju untuk membantu saya untuk uruskan rumah. Kelas tamat jam 5:30 petang. Ahh..amat lama saya mengajar! Topic yang di ajar seminggu, saya hanya habiskan dalam masa 3 jam 30 minit. Harapan saya tinggi agar budak PM itu paham dengan apa yang saya ajarkan. Saya ke bank untuk memasukkan duit kepada En Idris. Sebanyak RM 160 untuk pendahuluan deposit eletrik di Kuartes B-5-1. Saya menghubungi zust, kita balik mala mini! Zust agak terpinga-pinga. Saya menceritakan segalanya kepada zust diatas bas. Saya sangat terhutang budi pada En Idiris. Setelah menelefon beberapa hari selepasnya, katanya eletrik sudahpun dibekalkan di rumah saya. Alhamdulillah.
               


                   Owh ceritera ini tidak habis lagi. Semasa saya diatas bas. Ramai orang membeli tiket balik ke Kelantan smepana Thaipusam. Owh perayaan Thaipusam diraikan oleh orang india. Tetapi yang lebih merayakannya adalah kaum melayu!! Penuh sesak di terminal bas dengan orang yang ingin balik bercuti. Bas meluncur laju ke Ipoh. Setelah ramai manusia-manusia ini turun di ipoh, maka kerusi di barisan belakang (saya di kerusi A35, paling belakang di sebelah tepi). Datang hamba Allah dengan orang tuanya. Hamba Allah ini orang Kelantan. Ingin balik ke negeri asal barang beberapa malam. Apa yang mengharukan saya, orang tua nya ini kedua-duanya cacat penglihatan (buta). Anaknya tanpa segan dan silu memimpin tangan ayahanda dan bonda nya ke tempat duduk di sebelah saya di barisan belakang. Sayau hati melihat anak  yang tabah! Saya tabik pada anda.memimpin tangan ayahanda dan bonda dengan penuh kasih saying dari seorang anak. Anak yang soleh dan baik akan mendapat berkat dalam hidup ( saya percaya pada teori jika kita berbuat baik pada ibu dan bapa, nescaya hidup kita akan berkat!). saya bertanya “ nok turun mano ni dik..?” Lalu anak muda ini membalas..” owh turun KB” saya mengangguk. Terdetik dalam hati masih ada anak yang sebegini luhur perkerti pada ayahanda dan bondanya. Saya terharu. Mata kian terlelap. Keletihan. Sudah 100% penggunaan tenaga pada hari ini. Berehat seketika diatas bas! Pada jam 3 pagi, Ayahanda saya menelefon bertanyakan dimana lokasi saya sekarang. saya menjawab “ masih di Jalanan”. Ayahanda berpesan jika sudah sampai di TM (Tanah Merah) segera menelefonnya. Saya meneruskan istirehat saya. Owh tidur pada kadar yang letih amat bahagia! Saya menelefon ayahanda, “ owh sudah sampai di TM ni” ayahanda membalas “Ok”. Saya meneruskan tidor. Dan setelah bangkit dari tidur yang lena itu, saya tersedar, anak muda di tepi saya mula menganggkat punggung beransur pergi. Ahh.. momel dalam hati..” dimanakah saya pada waktu ini!!’ saya menoleh ke kanan dan bercakap “ Bakpo ado pemancar telekom, sepatutnya ada bangunan TNB ni….haiiissshh (pasir Mas). Saya dengan cepat turun dari bas. Rupa-rupanya saya sudah di Bandaraya Kota Bharu!! Jam 4 pagi sudah berada di bandar. Hebat bukan? Tapi untuk apa? Disebabkan tidor saya terlepas untuk turun di Pasir MAs!! Argh!! Rasa seperti buntu. Telefon bimbit saya juga kehabisan bateri. Saya dengan gigih mencari pondok telefon awam untuk menelefon ayahanda yang menunggu di PM. Owh di sekitar KB sekarang ini sudah tiada telefon awam!! Satu pondok telefon pun saya tidak ketemui. Pak cik prebat menghampiri saya dan bertanya,  “ kereta dik”. Saya membalas “ pok cik, ke pasir mas bape ea? Rm 10 buleh?” pak cik itu menjawab “ owh tak dapat dik pagi-pagi macam nih, erm 25 la kalu nok gak” argh!! Bentak hati. RM 25! Huh…bagi saya yang miskin ini nilai RM 25 sangat besar bagi saya. Saya member respon “ OK. Saya setuju. Hantar ke PM ya!. Menelusuri jalan balik ke PM untuk kedua kalinya. Saya sampai di PM, ayahanda berntanya, “ Bakpo lamo maso pejalana dari TM ke PM??” Saya tergelak sakan! Saya mencaritakan segalanya pada Ayahanda. Sesampai dirumah saya bersiap dan mencaritakan pengalalan tertidur. Jam 630  pagi. Say amelulakan rutin harian saya. Ke KB untuk kesekian kalinya bagi menghantar bonda berkerja.

p/s : Jauh berwisata penuh pegalaman yang mematangkan diri!
Saya juga mohon maaf. Lama sudah tidak update blog ini. Sedikit kesibukkan!





0 comments: