Pages

Wednesday, August 10, 2011

Ijab dan Qabul. Alhamdulillah.


Tanggal 11 Ogos 2011. Khamis.

Semalam, tanggal 10 Ogos 2011. Saya bersama dengan penyelia saya ke Masjid Jamik untuk melabur di amanah saham akhirat. Saya dan penyelia melabur sebanyak 27K pada satu-satu waktu! Inilah solat zohor secara berjemaah! Saya menerima pelawaan penyelia saya dnegan hati yang terbuka. Nasib baik juga seluar yang saya pakai bersih. (jaga kebersihan walau sewaktu membuang air kecil agar seluar ini boleh di gunakan untuk solat). Saya dan penyelia dan bersama seorang sahabat, warga fakulti juga ke masjid. Mengambil keberkatan Ramadhan. Ke Masjid untuk menunaikan solat berjemaah adalah lebih aula. Pahala di gandakan. Saya yang tentunya kekuatan iman dan amal masih lagi kurang ini terpanggil untuk melaksanakan bersama ganjaran yang di janjikan oleh Allah S.W.T. setelah selesai solat, saya ke bahagian belakang masjid, menunggu penyelia untuk balik ke pejabat. Sementara menunggu saya terlihat dua orang tua, bersama buku dan meja lipat kecil di belakang. Mereka duduk antaranya. Dan saya melihat. Dalam hati saya, ini lah ‘amil’ si pemungut zakat. Wajah-wajah amil yang sudah tua. Tiada punya apun pun mereka ini, hanya untuk menjalankan kewajipan sebagi seorang amil. Pada waktu ini, penyelia saya sampai dan memberitahu ‘ awak dah boleh bayar zakat, awak dan berkerja. Pergilah.bayar zakat. Saya pada mulanya terkejut. Kerana mungkin sebab jahil. Sebelum ini di bayar oleh ayah saya. Dan saya terpaku. Melihat para amil dan pembayar zakat berbicara dan bersalaman melafazkan ‘ijab dan qabul’ berzakat. Mereka mungkin melafazkan lafaz niat pembayaran zakat untuk keluarga barangkali!! Saya tergerak hati. Saya gagahi jua walaupun pada mulanya saya agak malu. Malu sebab sebelum ini belum pernah lagi saya bayar zakat ini atas diri saya! Saya melangkah pergi. Saya duduk dan memberi salam pada amil. Ramah amil ini. Terus bercakap bagaikan orang yang sudah kenal 10 tahun yang lalu! Saya menyatakan hasrat ingin membayar zakat. Saya memaklumkan juga yang ini merupakan pertama kali saya memnayar zakat kerana saya baru berkerja.  Saya bertanyakan kepada amil, ‘ tuan, bayar zakat dimana-mana pun tidak salah kan?’. Amil menjawab ‘ oh tidak mengapa. Bayar di aman-man apun tidka mengapa. Zakat ini pun akan di agihkan kepada asnaf yang layak’. Ujar beliau. Penyelia saya pun berkata demikian. Seeloknya kita membayar zkat di tempat dimana kita mencari rezeki agar zakat yang kita bayar ini akan dapat membantu asnaf yang ada di sekitar tanjung malim (dalam kes ini!). Saya menyerahkan kad pengenalan kepada amil. Ada juga bertanya nama saya. Saya serahkan kad pengenalan agar nama saya di eja dengan betul. Maklumlah. Nama saya agak sukar di sebut oleh orang yang tua-tua!! Dan kemudian amil menulis sambil menyebut nama saya. Saya tersengeh! Saya keluarkan wang sebanyak RM 7.00 untuk bayaran zakat atas diri sendiri.  Saya membayar zakat dan kemudian membaca lafaz yang tertulis pada meja lipatnya. Lafaznya tertera INI ZAKAT FITRAH SAYA YANG WAJIB BAGI DIRI SAYA PADA TAHUN INI SEBANYAK $ …………KERANA ALLAH  TA’ALA”. Maka saya berijab. Si amil qabulkan bayaran zakat saya. Dan selepasnya saya menadah tangan mengaminkan doa yang di bacakan oleh amil. Alhamdulillah. Saya sudah ‘MENYUCIKAN’ dan ‘MEMBERSIHKAN’ harta apa yang saya ada. Memanglah daripada bahasanya zakat juga bermaksud bersih, suci dan berkat. Semoga ini memberikan keberkatan dan rahmat  buat diri saya dan asnaf yang menerima zakat daripada saya. Allah Huakbar, Indahnya agama islam nan suci!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
P/S: Allah berfirman dalam surah AL-BAQARAH ayat 43 yang berbunyi  ‘WA AQI MUSSOLAH TA WA A TUZZAKAH’, mafhumnya  Dan dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah  zakat.  Keluarkan zakat adalah wajib kerana ini adalah rukun islam yang ketiga.   Wajib ke atas semua umat Islam yang cukup syarat-syaratnya untuk mengeluarkan zakat. Alhamdulilah. Tertunai kewajiban. Semoga Allah S.W.T limpahkan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah lagi kepada hambanya ini agar boleh lagi saya keluarkan zakat lagi sebagaimana yang di wajibkan keatas umatnya. Ameen.


Amar
Tanjong Malim
Pejabat.
Coretan pengalaman semalam yang indah. J