Pages

Friday, June 17, 2011

Penulisan Proposal & IPS.


 Alhamdulillah. Segala kelengkapan dan dokumentasi unt6uk saya lengkapkan bagi permohonan masuk ke program sarjana telah pun lengkap. Proposal atau dalam bahasa melayunya juga disebut sebagai cadangan penyelidikan merupakan syarat wajib yang perlu dipenuhi oleh calon yang ingin menyambung pengajian di peringkat sarjana bagi MOD A. pembelajaran diperingkat sarjana mempunyai beberapa kaedah (MOD atau cara pengajian= ini adalah berdasarkan kepada apa yang saya faham) yakni ada MOD A , B dan C. jika dahulu MOD A merupakan mod dimana pelajar perlu menghadiri kelas dan melakukan penyelidikan, mod B juga kelas dan penyelidikan tetapi lebih pembehagian jam kreditnya sama (contih kalau 36 jam kredit, makanya dibahagikan dua, 18 untuk habiskan kelas dan 18 lagi untuk penulisan tesis. Dan MOD C adalah cara pengajian dimana oelajar tidak perlu menghadiri kelas. Lakukan penyelidkan sahaja. Akan tetapi definisi ini telah berubah, yakni MOD A adalah sebagai penyelidikan sepenuhnya. SAya mengambil MOD A sebagai salah satu pilihan pengajian kerana, ada justifikasinya :

1) Tidak sesuai  untuk mengambil MOD B dan C kerana ia memerlukan pelajar ke kelas. Saya tidak tahu dimana lagi tempat yang saya akan posting, maka saya memilih MOD A.

2) Fakulti FSK tidak menawarkan MOD pengajian B dan C. maka tiada pilihan. MOD A lah yang ada!!

Saya hemat saya, tujuan penukaran definisi mod ini adalah untuk mengimarahlan lagi semangat penyelidikan dalam kalangan pelajar UPSI khususnya.  Bagi hemat saya, MOD B dan C tiada bezanya dengan pelajar ijazah sarjana muda. Ke kelas dan menulis penyelidikan. MOD A mungkin jarang pelajar untuk ambil kerana takut pada peperiksaan lisan akhir VIVA yang mana pelajar akan ditanya bertalu-talu oleh pemeriksa luar tentang kajian yang telah dijalankan. VIVA ini sudah sedikit memasuki ala-ala mod pengajian di peringkat P.hD. ya! Bagi saya sama! Kerana sarjana MOD A dan pengajian doctor falsafah adalah sama daripada segi penstrukturannya. Cuma ukuran kedalalaman kajian yang membezakannya. Kajian di peringkat sarjana mungkin tidak sedalam kajian yang dijalankan oleh pelajar P.hD. ini lah apa yang saya katakana sama! Pengorbanan juga tidak sama! P.hD agak mujahadah perjalannya!. sarjana? Baru permulaan cerita! Hehe sekadar bercerita sahaja!

Proposal yang ditulis lengkap serta dokumen. Telah saya hantar di  IPS petang tadi (17 jun 2011, Jumaat). Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Nizam (penyarah minor saya) dan Prof Dr Zainudin (Timb. Dekan Akademik FSK) yang sudi menjadi pengadil bagi pihak saya! Alhamdulillah! Semuanya selesai! Tunggu sahaja keputusan pada Ogis nanti! Harap semuanya okai!

P/s: Target saya! Sebelum posting, penulisan tesis hendaklah sudah meliputi BAB 1, 2 dan 3!!! Ini target. InsyaAllah capai!! HAruslah gigih menatar ilmu! Bermatlamat dan jelas!!