Pages

Sunday, October 9, 2011

Kursus Induksi Ijazah Sarjana Mod Penyelidikan dan Program Doktor Falsafah

Tanggal  9.10.11 (Cantik tarikh ini, berurutan nombornya!)

Saya di minta untuk hadir ke kursus induksi ini. Saya ditelefon oleh telefonis IPS dan sebelumnya telah menerima mesej daripada UPSI yang menjelaskan ada kursus yang perlu saya hadiri. Saya hadir bersama sahabat yang sefikrah yang lain. Alhamdulillah. Berpagi lagi bangun. Atas kapasiti yang sama. Sewaktu mendaftar saya disapa oleh beberapa kenalan ‘tua’ yang turut sama mendaftar bagi mendapatkan input pada sesi induksi pada kali ini. Tidak ramai yang hadir. Mungkin tidak ramai yang ingin menyambung pelajaran barangkali! Seharusnya ramai kerana tempat yang ditempah adalah Auditorium! Luas! Tetapi pada induksi kali ini ia dihuni  oleh beberapa orang sahaja pada mulanya. Dan semakin ramai dan memenuhi ruang tengah dewan.  Teruja juga. Ramai yang mendaftar pengajian siswazah di UPSI. Sesi ceramah bermula dengan ceramah yang disampaikan oleh Dr Syafinaz (TESL). Ceramahnya disampaikan dalam bahasa penjajah. Saya dengar sahaja! Bahasanya biasa sahaja dan mampu difahami oleh isi dewan. Mendengar ceritera orang yang belajar tinggi dan berkongsi pengalaman dalam menyiapkan tesis. Sebenarnya bukan mudah. Mungkin mudah bagi mereka yang tahu berbahasa inggeris. Ceritanya lagi, perjalanan bagi mereka yang menulis tesis dalam kalangan orang-ornag yang sudah berumah tangga adalah lebih manis. Manis kerana suda duka dikongsi bersama, bagi mereka yang bujang, keluargalah tempat mengadu kasih. Mendengar daripada mereka yang berpengalaman, teruja dan terasa momentum untuk menyiapkan tesis bertambah-tambah. Pada sebelah petangnya hujan lebat mencurah-curah. Curahan yang menyebabkan saya basah kuyup! Dan sebelumnya saya dan rakan-rakan menrancang untuk ke kedai Mr. Rahim, The Famous Cendol In Tanjong  Malim. Saya ke kedainya. Minum bersama. dan kembali ke dewan untuk mendengar sesi seterusnya. Harapan saya kali ini adalah untuk mendengar taklimat daripada wakil Springerlink (pengkalan data jurnal eletronik) tetapi agak malang, yang menyampaikan ceramah hanyalah wakil pustakawan sahaja! Kecewa kerana intipati taklimatnya agak biasa dan semua orang sudah tahu cara akses kepada jurnal eletronik di Perpustakaan Tuanku Bainun. Saya dengar sahaja. Mengantuk pun ada. Taklimat bersurai. Dalam banyak-banyak taklimat yang saya hadiri, taklimat pasca siswazah inilah yang saya kira agak sempoi dan relax. Barangkali pihak penganjur maklum pelajar-pelajar pasca siswazah tediri daripada guru-guru lama dan pensyarah IPG. Banyak ruang dan peluang diberikan agar kebebasan untuk bergerak dan menerima ilmu lebih selesa. 

P/S: Sering sahaja saya teringatkan Mr Rahim. Sering sahaja! Cendolnya yang sedap membuatkan saya terasa hari-hari mahu berkunjung ke sana! Ada masa dan ruang, ingin juga saya mengajak penyelia saya untuk bersama-sama menikmati cendol Mr. Rahim! Pastinya memukau! Yeah! Hehe

Mr. Rahim. J Marvelous!!