Pages

Sunday, December 18, 2011

Travelog Merendah Diri Episod ke Dua.


Antara Kata Dan Tafsiran

Tanggal 18. 12.2011. ahad! (cuti-cuti!)

Kadangkala apabila kita berbicara atau berkata-kata, akan ada pelbagai tafsiran dan andaian yang bakal kita buat berdasarkan kepada apa yang kita artikulasi kan. Apa sahaja yang kita pacul akan dicerna oleh otak rakan atau kenalan sama ada secara negatif ataupun positif. Pandangan daripada sisi yang berbeda akan menyebabkan banyak andaian dan hipotesis yang bakal di buat. Umumnya, apakah andaian saudari jika terlihat bait-baik klausa yang saya italic kan di bawah entri ini? Apa agaknya andaian saudara dan saudari yang dirahmati?

Maka beliau pun menulis lah…

‘Malam td dapat panggilan daripada XXX. XXX menjemput untuk menyampaikan "Seminar XXX". XXX dengan penuh yakin bahawa XXX boleh menyampaikan seminar barangkali berdasarkan pengalaman ku sebagai XXX. Aku bukanlah Guru XXX yang punyai pengalaman malah aku bukanlah pemegang title Guru Cemerlang untuk menyampaikan seminar ini. Namun, peluang yang datang tidak harus ku lepaskan begitu sahaja. Mungkin selepas ini aku bergerak sebagai penceramah tips-tips menjawab soalan Geografi. Aku sekadar bertanya, detail mengenai seminar.’
Sekadar ingin berkongsi.

Saya menyalin ayat ini daripada sebuah page yang agak selalu saya lazimi. Sudah tentu tanpa kebenaran daripada empunya badan! Namun beliau yang menuturkan kata-kata ini merupakan kawan saya. Ringkas kata, abang saya daripada aspek umur. Umurnya agak lanjut 3 tahun daripada saya. Apa kesimpulan yang tergambar daripada benak?

Saya agak terkejut (walaupun sudah selalu dan faham akan keadaan dirinya yang sememangnya sebegitu!). ayat ini di entri kan pada sebuah page muka buku, satu lagi page khalayak yang rata-rata semua boleh membacanya. Komen saya hanya satu pada statusnya ‘masya-Allah’. Seharusnya perkara yang sebegini tidak usahlah dihebohkan. Tidak usahlah diberitahu pada khalayak apa yang kita ada. Bukankah ini riak namanya?? Dan dengan memberikan contoh diri sendiri yang ‘terbaik’ dalam kalangan bukanlah suatu tindakan yang bijak. Berhemah lah bila berkata-kata. Perlu kepada penelitian semula. Tidak semua benda boleh kita dedahkan pada khalayak. Masya-Allah. 

Saya juga bukanlah orang yang baik namun kadang kala hati juga bermonolog ‘apakah perlu beliau menulis sebegini di page khalayak yang rata-rata semua orang akan membacanya dan apakah perlu  kita memberikan contoh diri sendiri bagi memberikan gambaran tentang ‘kebagusan’ diri ini?
Semoga ini menjadi sempadan buat saya.


P/S: ini bila bercakap? Kalau bergurau? Niat memanglah nak bergurau? Tapi kalau contoh ayat atau frasa yang kita gunakan untuk bergurau itu agak tidak sesuai, pada saya ia langsung tidak wajar disebut’ contoh?......................................niat memang nk bergurau tapi tak kena pada tempat. Pada saya kene kursus dulu, blaja dulu cam ner nak bergurau dengan betul! Kadang kala daripada sini pun kita taw orang ni jenis yang suka berkawan ke jenis yang tak berape nk suka berkawan. Sb nk bergurau  pun kena blaja dulu :p

‘bila nk bergurau atau bercakap, maka perlulah diteliti dahulu apa yang bakal kita sebut. Kelak akan bagi binasa pada kita. Setiap orang, tafsiran lain-lain. Setiap orang juga hatinya juga lain-lain. Ringkas kata, setiap orang lain pandangannya. Ada orang mudah terasa (cam pempuan!) dan ada orang hati kering (apa pun buat tak tau jer!).

Saya suka buat tak tau je. Senang. Masuk telinga kanan, keluar balik telinga kiri. Tapi kadang kala ada juga yang saya simpan! 

Dah la mengarut. Daaaa++++

Teratak Damai
Ketoyong. Tanjung Malim.
Perak.