Pages

Thursday, May 17, 2012

Tinggal Mu Tanah Beradat


Tinggallah Tanah beradat,
Di tempat rezeki yang terdapat,
Tutur ajar pasak segala nikmat,
Demi memandaikan bangsa terhebat.

Tinggallah tanah beradat,
Dengan ini adanya hikmat,
Kelana gersang merata sarwajagat,
Meneruskan hidup memandaikan jagat.

Tinggallah tanah beradat,
Mungkin ini takdir tersirat,
Meninggal kenangan paling padat,
Buat pedoman sepanjang hayat!

Dari Tanah beradat ke bumi takzim!

(Negeri Sembilan Tanah Beradat)

Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
Fikrah Kenangan. 17052012
Paroi. Negeri Sembilan. D.K


Tribut Khas buat warga pendidik ACS!

Abadi Dalam Harum Nama


Guru pendidik mulia,
Sudah berabad lalu,
bermandi keringat,
meniti gigi hari,
mendaki puncak tinggi,
dimerata lurah dan denai,
tanpa mau peduli.

Guru pendidik mulia,
bukan untuk dipuja,
atau didewa-dewa,
siang dan malamnya,
adalah perjuangan jua,
rela meluah bahagia,
menelan duka nestapa,
dengan senyum dan takwa,
biarpun sayup di hutan belantara.

Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
SMK. Methodist (ACS), Seremban
16052012. Selasa


(Puisi hari guru 2012 di SMK.Methodist (ACS) Seremban. Dipetik daripada kalungan bungan telur pemberian pelajar kelas peralihan.)

Allah hurabbi. Sujud syukur pada rezeki MU

Alhamdulillah. Serasa tiada apa-apa yang boleh saya ungkapkan. Allah hurabbi. Benarlah bak kata penyair terhebat, A. Samad said dalam nukilan puisinya yang bertajuk nikmat:


Nikmat.

Segala yang dihasrat,
Tapi tak dapat,
Adalah nikmat,
yang paling padat.

Tongkat Waran. 
Antologi Benih Harapan

Mensyukuri sedalam-dalamnya rezeki kurniaan Allah. Tiada apa yang boleh saya gambarkan hanya dengan ungkapan syukur dan merafakk  setinggi-tinggi pada rezeki pemberiannya apabila saya lulus dalam temuduga pelantinkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan berjaya di tempatkan di negeri Johor di mana tempat saya berkhidmat. 

Dengan adanya pintu rezeki yang di bukan seluas-luasnya oleh yang maha pencipta akan dapat mendekatkan diri kepada Allah dan tidak sesekali bongkak dengan rezeki yang dikurniakan. Yakin dan percayalah bahawa rezeki yang di berikan ini adalah merupakan hasil usaha yang tidak pernah jemu.  

Sekadar memetik ungkapan dariapda Andrea Hirata dalam "Laskar Pelangi".

"Hiduplah bagi memberi sebanyak-banyaknya, tidak bagi menerima sebanyak-banyaknya".


Alhamdulillah!


Lulus temuduga pelantikan oleh SPP. Kini DG 41! Alhamdulillah!



Alhamdulillah. Berjaya di tempatkan di negeri JOHOR! 
KU redha dan penuh syukur atas pemberiannya! amen


"Ya Allah ya tuhanku, jadikanlah hambamu ini hamba yang senantiasa bersyukur dengan segala nikmat dan limpah ruah rezeki yang engkau berikan,  dan janganlah sesekali engkau peseongkan hati ku melainkan sujud sembah ku hanya pada MU ya Allah". Amen.


Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
SMK. Methodist (ACS) Seremban.
17052012. Rabu