Hari
ini mesyuarat guru kali pertama. Sebenarnya semalam lagi mesyuarat berlangsung.
Semalam dengan pengisian mukaddimah daripada pihak pentadnir. Manakal hari
ini, koko dan kurikulum. Saya dan
beberapa sahabat yang lain mendengar beban tugas guru pada 2013. Seperti biasa,
bebanan tugas yang saya kira senantiasa bertambah. Kadang-kadang, betul juga
kata penolong kanan, ‘kita tak dapat nk puaskan hati semua pihak’.
Dan kadang-kadang saya agak memberontak dengan tugas dan tekanan yang di
berikan. Bila saya singkap kembali, tiada gunanya saya emosi dan ikut serta ber
‘empati’ dengan emosi rakan-rakan yang
lain. Kerja yang banyak, maka redha lah. Mungkin dengan kaedah ini rasanya boleh memupuk jiwa supaya ikhlas dan syukur dengan apa yang kita ada. Allah huakbar..sukarnya nk ikhlas.. Kita di bayar gaji. Maka ikhlaslah. Apa
pun kita, digolek ke mana pun kita, kita yang di bawah juga yang kena. Hurmmm…Ya
Allah, ikhlaskan lah hati ini. Sata mahu gaji yang saya terima itu bukan
sekadar gaji, gaji dan pahala yang datang bersamanya. Sukar untuk pupuk
keihkhlasan hati. Haish!!
‘Ya allah, ikhlaskanlah hati ini agar segala rezeki yang aku terima dari mu
mendapat berkat, dan janganlah engkau jadikan aku hamba yang tidak bersyukur dengan segala rezeki yang telah engkau berikan’. Aamin.
Kalam Pendeta.
Kluang. 271212