Pages

Friday, September 23, 2011

Di dan Mazdi. Penting!!

Tanggal  29.9.2011. Jumaat.

Hari ini saya berkerja seperti biasa. Berpagi lagi memecut ‘boraq’ bergegas ke tempat kerja dengan hati yang bercampur baur. Oh teringat sahaja pada draf bab satu yang diconteng-conteng. Ingin ku betulkan segera!! Alhamdulillah data pun sudah saya cari. Dapat. Dan tepat! Mengena! Hehe. Membuka ‘otak jepun’ dengan girang. Ingin menatap kembali wajah bab satu yang telah diconteng. Cantik berhias jaluran! hehe. Sedikit demi sedikit saya murnikan. Ada beberapa jurnal yang masih tidak cukup! Dan satu demi satu pintu diketuk. Ketuk dan ketuk!!  Dan mereka mula masuk. Inilah junior geografi yang sedang dalam proses menulis kertas projek kajian tahun akhir!  Dan saya juga bertalu-talu menerima pertanyaan daripada meraka. Saya jawab pada kadar yang mampu. Sekadar berkongsi pengalaman terdahulu semasa menulis tesis. Sebelumnya, saya kaluar bersama penyelia. Diajak minum bersama. Minum pagi dan sarapan. Saya mengikuti beliau bersama. Ditangan beliau ada kertas projek milik junior untuk dimurnikan. Maka diberikan kepada saya untuk saya baca dan beri komen. Saya diberi peluang untuk mengomen. Maka saya komen secukupnya!! Merah dan merah. Garis demi garis. Jaluran demi jaluran. Dan penyelia saya ada terlihat contengan saya! Dan dalam perjalanan balik, saya ditegur oleh penyelia.  Awak pelajar dah master dah, didekat dan dijauh masih lagi salah’. Saya tergelak kecil. Dan beliau mencadangkan nama tajuk bagi blog saya pada hari ini adalah ‘di dan Mazdi’. Saya tergelak. Saya akui. Semasa menulis kesalahan ejaan memang ketara. Dan daripada aspek tatabahasa penggunaan di dan ke juga masih lemah. Bukan tidak tahu tetapi cuai! Akan saya ingat kata-kata dan pesanan beliau. Kereta yang dipandunya meluncur laju ke kampus. Dan pelajar-pelajar tahun akhir masih menunggu. Menunggu untuk dicongteng! Terimalah contengan beliau, demi ilmu dan proses pembelajaran!!

P/S: Conteng =Proses…….. ∆ Belajar…... dan buat pembetulan!!….. ∑=Terhasil sebuah tesis yang mantap!.

Pejabat.
Amar.