Alhamdulillah. Segala dipermudahkan olehNYA. Kajian ini selamat dan siap di nukilkan. Bukanlah suatu perkara yang senang. Perlu mencari bahan, kemudian interpretasi dan menganalisis. Ibarat seperti menulis sebuah tesis!! Tapi kertas kerja bukanlah panjang mana pun. Yang terbaru, 24 muka surat. Data nya terlampau banyak. Puas saya ringkaskan. Selama seminggu meyiapkan kertas kerja ini. Bertungkus lumus meyiapkan walaupun dikala ini juga sedang sibuk menguruskan ayah yang sakit dan rumah yang sedang di renovate. Wah, terlampau banyak komitmen yang terpaksa ditempuhi. Saya merasasanagt syukur. Syukur kerana kertas kerja ini berjaya di siapkan. Tinggal permurnian daripada Dr Mazdi sahaja lagi. Kertas kerja penyelidikan ini akan dibentangkan oleh Dr Mazdi di UMS nanti. Moga-moga ada kebaikan disebaliknya!! Sekadar mencoret rasa. Semalam, atuk saya menelefon. Bertanyakan, kenapa lama tidak mengjenguk beliau. Rasa terkesan di hati. Terdetik dihati untuk balik ke kampong halaman seketika. Melepaskan segala tekanan menulis sejenak. Lepas ini akan sibuk menulis proposal bagi projek sarjana saya pula!!
berbahasa dengan orang yang lebih tua, ‘Ambo’!!
Amar
Rantau Panjang,Qlate
rumoh ambo!!