Pages

Sunday, February 5, 2012

Tawaran Guru Interim! Oh Tiada Kata Yang Dapat Di Ungkap. Blur!


Tanggal: 6 Feb 2012 (isnin)

Seputar roda yang berputar. Saya diajak oleh penyelia untuk menemaninya ke Shah Alan atas urusan peribadi beliau. Pada mulanya saya agak enggan kerana ingin menyiapkan beberapa tugasan yang masih berbaki. Namun beliau tegar mengajar, saya ikutkan juga. Seperti biasa, saya menaiki estima ke shah alam. Dalam perjalanan banyak hal yang kami bualkan. Semua hal baik dunia mahupun akhirat! Usai di dalam kereta kami bergerak ke PKNS dan beliau memulakan urusan di kaunter pejabat. Usai juga di pejabat PKNS kami keluar makan di kedai mamak berhadapan dengan bangunan PKNS. Alhamdulillah. Rezeki saya. Kami makan seperti biasa dan ada anak gadis sebelumnya datang berhampiran dengan meja kami menjual beberapa barangan, antaranya  adalah planner dan pelekat kenderaan. Sekujur tubuh  anak gadis yang layu, tetapi mempunyai rupa paras yang menawan. Hati saya bermonolog ‘selamatkan lah anak gadis ini daripada musibah menimpa dirinya, agar segala hasil jualannya tidak diambil kesempatan oleh orang lain’. Beliau seorang diri mengenakan beg di belakang. Semoga anak gadis tersebut baik-baik sahaja. Allah. Dalam perjalanan balik ke tanjung malim, saya telah di hubungi oleh JPN Negeri Sembilan dan memaklumkan agar saya melapur diri sebagai guru interim di PPD Negeri Sembilan pada 8.2.2012. Sedikit blur. Dan perbualan saya antara pegawai yang menelefon di dengari  oleh penyelia saya dan beliau memutuskan agar saya melapur diri dan melepaskan jawatan saya sebagai pembantu penyelidik sambilan di Jabatan Geografi dan Alam Sekitar. Tiada apa perasaan yang boleh saya ungkapkan. Rasa serba salah, berbelah bahagi dan sebagainya. Setelah berbincang, penyelia saya memberi pendapat agar saya melapur diri. Ada juga saya bertanya kepada rakan-rakan dan keluarga, mereka juga menyebut ‘ g je la amar, peluang tu’. Meruntun juga hati ini apabila mengenangkan tempat yang bakal saya tempoh ini adalah sekolah dan saya bakal tinggalkan segala kenangan manis saya di JGAS ini buat selama-lamanya. Saya sebenarnya agak senang di JGAS dan para stafnya amat baik. Bagi saya lah saya agak seronok berada di jabatan. Apa pun, surat letak jawatan telah saya serahkan kepada RMC, kad pengetip waktu juga telah saya serahkan, telah saya pulangkan semua dokumen-dokumen yang telah saya pinjam dan segala bahan kajian telah saya pindahkan ke dalam cakera keras untuk digunakan oleh RA yang seterusnya. Pendek kata, semua saya pulangkan! Oh di hari akhir saya di jabatan 3.2.2012, sempat saya berjumpa dengan rakan-rakan sejawatan dan para pensyarah dan juga staf am di pejabat. Sekadar mengucapkan kata akhir dan memohon maaf andai ada salah dan silap. Saya menerima sebatang ‘pen merah’ daripada sahabat saya. Beliau gigih mencarikan pen merah dalam pencil box nya. Sungguh! Saya terharu. ‘ amik la ni pen merah, ko kan nak tanda-tanda’ ujar beliau.  Pada tudungnya dilukis smile. Saya menerima seadanya. Terima kasih ***! Pada sebelah malamnya juga, saya di pelawa pula oleh Dekan FSK, Prof Dr Zainuddin Othman. Beliau sangat friendly orangnya. Walaupun dekan, gayanya low profile dan suka duduk di meja kerani am di fakulti! ‘ ala, nanti mudah nak sain-sain, bilik atas tu pun bilik sain-sain je pun, saya banyak masa duduk bawah’ kata prof!. Lewat petang sebelumnya juga telah keluar minum bersama prof dan penyelia saya. Sebelah malam kami berjumpa di easy café. Hehe malam tersebut prof belanja. Makanannya  juga sedap. Banyak hal yang kami bualkan. Sehinggalah malam mencecah jam 11.30 malam, penyelia saya  menghantar saya ke rumah sewaan. Mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau atas jasa dan pertolongan yang diberikan. Hanya ALLAH sahajalah yang boleh membalas budi tuan Dr Mazdi. Amen.


P/S: Segala peristiwa di JGAS akan saya ingat seluruhnya. Di marah, di tegur, dan seumpamanya akan saya jadikan teladan. Seronok berada di JGAS! Apa pun kini bebanan tugas telah bertukar, mendidik anak bangsa pula!