Parkson!
1 April 2012
Ahad! Hari ini sekolah berhujung minggu!
Usai masa yang berganda lalu tidak pernah sekali pun pernah saya rasakan. Amat cepat masa yang berlalu kala dini hari yang galak mencarik sinarnya. Baharu hari ini saya dapat rasakan ‘nikmat hidup’ yang abadi. Hal-hal dunia yang sungguh menyibukkan! Alhamdulillah. Kini hampir dua bulan (dalam kiraan saya!) berada di Negeri Beradat, Negeri Sembilan darul khusus. Saya di tempatkan di SMK. Methodist (ACS) Seremban. Sekolahnya di dalam bandar, berhadapan dengan parkson! Dan pelajar-pelajar nya juga bergelagat seperti ‘park’ ‘son’. Hari-hari saya melihat anak murid saya di parkson sebelum sesi persekolahan petang bermula. ‘Hai cikgu, buat kat sini cikgu?’. Ujar seorang amoi cina yang senantiasa berada di one stop McD. Saya pun tidak maklum apa yang dilakukan oleh pelajar ini. Hampir setiap hari apabila saya ke parkson, saya akan melihat beliau dengan rakan-rakan yang lain di kawasan terbabit. Saya juga kadang-kadang ke sana untuk window shoping, melihat keperluan yang perlu untuk saya sediakan bagi keperluan harian. Melilau sendirian dan kadang-kadang juga bertemankan sahabat saya menemani melihat gelagat anak-anak murid yang ‘gelabah’ tidak tentu fasal apabila melihat gurunya juga berada di sekitar kawasan tersebut. Hehe dalam nada yang sinis saya menegur ‘Hari-hari kamu datang ke SMK. Parkson ya, sungguh gigih dan rajin!. Dah cepat masuk kelas! Ada suara tempitan pelajar perempuan dan lelaki yang tergelak besar. ‘ aaaa cikgu marah, masuk-masuk kelas semua, jap lagi kang ada yang di campak buku ke keluar sebab tak siap kerja!’. Hati bermonolog tergelak kecil dengan kerenah ‘pelajar bandar’ yang sangat ‘rajin’ belajar. Teringat sewaktu belajar di sekolah kampung, kami tiada ‘parkson’ dan hanyalah sebuah warung kecil sahaja di tepi jalan, tempat kami lepak-lepak dan berhenti haus seketika. Tungkus lumus dalam menatar sebuah ilmu yang berharga, untuk kesenangan hari muka. Alhamdulillah, saya tidak dibesarkan dalam era pembangunan SMK Parkson!
P/S: Alhamdulillah. Syukur dengan nikmat pemberian yang ENGKAU berikan YA RABBI! Walau pun seketika cuma, namun ia cukup berharga atas nikmat yang di kecapi ini!
(Kelegaan berpanjangan bila hutang yuran master dah langsai!)
Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
Pj Perdana!