Pages

Sunday, May 8, 2011

Berdarmawisata PTSL; Tajuk Sudah ada!!

Sesudahnya, apabila ikatan janji dimeterai (Antara Dr Mazdi dan saya) makanya saya berdarmawisata ke UKM bangi. Trip mencari bahan dan sedikit bahan penyelidikan bagi menyambung pengajian kelak. Sudah lama tidak berada dalam kekalutan sebegini. Kekalutan mencari bahan bagi meneruskan kelansungan pengajian. Tiba di UKM jam 1030 pagi. Kaki terus mengatur langkah mencari bahan. Bahan yang di cari merupakan jurnal. Jurnal yang menjadi  idaman pada kali ini adalah jurnal daripada Transportation Research Record (TRR) satu-satunya kitab rujukan khusus  bagi sang pengkaji dalam bidang pengangkutan. TRR yang ada bertingkat-tingkat. Sangat banyak. Makanya pedih dan luluh mata ini melihiat dan membelek setiap satu daripadanya untuk di pandan kan dengan tajuk yang ingin ditulis. Aksesibiliti dan ketersampaian. Ini merupakan intipati utama dalam research saya. Lantaran daripada ini, khusuk membelek mata saya terlihat jua artikel yang bertajuk : School Location And Student Travel, Analysis Of Factor Affecting mode Choice. Saya menunjukkan kepada pensyarah saya artikel ini. Sejurus tatkala itu pensyarah saya menaikkan ibu jari tanda ‘ Terrrrbaik’. Ini lah tajuk jurnal yang boleh dijdikan model utama dalam kajian sarjana awak, ujar beliau. Maka secara rasminya tajuk  tesis sarjana saya akan berbunyi begini : LOKASI DAN KETERSAMPAIAN PELAJAR KE SEKOLAH: KAJIAN DI DAERAH TAPAH. AHAKZ!! Terharu  mendengar cadangan tajuk. Tapi ini sekadar tajuk.Tajuk boleh berubah bila-bila masa jika tidak lari daripada konsep awal. Intipati tajuk yang melihat kepada aspek jarak dan sebagainya.  Hati tenang, adanya tajuk bagi sarjana saya. ALhmdulilllah. Syukur pada MU ya RABBI. Selepas ini bermulalah ‘proposal’ master. PAsti, akan ada cabarannya. Bahan masih lagi belum mencukupi. Perlu lagi di tambah dan dimurnikan. Semoga semuanya di permudahkan! Amin.

Mohon dipermudahkan segalanyal

P/S: Kata penyelia saya, “dah ada bahan, siap dah tesis awak nih” hehehe. Apapun, mulakan dengan langkah yang baru. Langkah dengan susun atur yang baik. Makanya selepas ini kekalutan bermula, mecari bahan bagi penyelidikan peringkat sarjana. Akan berdaftar tidak lama lagi. Rasanya sudah tidak sabar lagi!! Semoga segalanya di permudahkan. AMinn