Pages

Tuesday, October 11, 2011

Kini, Tiada Lagi Kesalahan Ejaan!

Tanggal 12.10.11. Rabu. (urutan nombor nya yang menarik!)

Semalaman saya bersama penyelia menunggu seorang hamba Allah yang baik hati datang untuk memberikan pertolongan kepada saya. Nama hamba Allah itu adalah saudara Zahari. Asal saudara Zahari ini daripada Kelantan. Kerjanya adalah menolong orang! Diberitakan kehadiran beliau adalah pada waktu tengah hari dan saya menunggu beliau untuk datang ke bilik memberikan pertolongan. Pada masa yang sama, penyelia saya juga sibuk dengan tugasan harian meninggalkan amanah kepada saya supaya ‘mengaktifkan perisian’ tersebut ke dalam laptop nya juga. Saya menunggu. Sehingga pada jam 4 juga masih belum datang.  Sehinggalah pintu bilik ini diketuk. Saya telah menerima kunjungan daripada saudara Zahari. orang ini belum saya kenali. Ini merupakan pertama kali saya berkenalan dengan beliau. Orang nya agak mesra dan baik hati. Maka saya berborak lah dengan beliau beberapa kerat sambil melakukan kerja yang diamanahkan. Sebelumnya, penyelia saya meminta agar saudara Zahari ini mengaktifkan kedua-dua laptop perisian E-kamus untuk digunakan. Program ini dibangunkan oleh beliau dan membeli pangkalan data bahasa daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Ini kenyataan daripada beliau. Beliau juga merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Komputer daripada Universiti Malaya. Orangnya hebat. Saya kagum dengan beliau. Bukanlah orang sombong dan membangga diri. Peramah dan baik hati. Di laptop saya juga diaktifkan perisian E-Kamus tersebut. Dan tatkala ini saya sedang menulis ini, perisian E-Kamus sedang giat menjalankan kerjanya membetulkan kesalahan ejaan yang sedang saya lakukan! Perisian ini akan menunjukkan tanda merah pada ayat dan perkataan yang kita taip kiranya ayat tersebut silap dieja atau sebaliknya dan diberikan perkataan yang sebetulnya untuk diubah. Sebetulnya, saya memerlukan perisian sebegini keran inilah kelemahan utama yang ada pada diri ini. Sering kali tersilap  eja!!

P/S: Kata penyelia saya ‘ Saya sudah serik untuk membebel pada awak amar, ejaan selalu silap dan di dekat dan di jauh juga selalu ada’, ujar beliau dengan nada yang bersahaja. Dan  semalam, semasa beliau ingin pulang, raut wajahnya memberikan makna yang tersendiri. Beliau tersenyum! Saya katakan pada beliau ‘nanti dah tak da lagi dah Dr silap eja’ sambil saya gelak kecil dan beliau berkata ‘ada E-Kamus ni dah tak ada dah silap eja Amar’. Saya tergelak sendirian. Alhamdulillah. Satu masalah besar saya kira telah pun Allah selesaikan. Terima kasih Dr Mazdi dan Saudara Zahari. Allah utus kan kalian untuk berjumpa dengan hamba ini bagi meleraikan kekusutan. Kini mutu penulisan semakin baik! Insya-Allah. 


***Tiada lagi tanda merah kelihatan pada word ini! Hehe