Hari semalam, Jumaat 24 Jun 2011 (hari ini sabtu, 25.6.2011) saya berwisata ke Bangunan Canselori. Sepert biasa, sebagai penjawat kontrak ini saya terpaksa punch kad bagi menandakan hadir berkerja. Birokrasi ! Kiraan pada kad Punch ini akan dikira sebagai hari untuk dibayar gaji pada setiap bulan. Lalu pada pandangan mata terlihat pada papan tanda unit pengijazahan. Ya, saya meluru kea rah unit ini. Ketika ini sudah lewat untuk masuk ke pejabat, jam 8:15 pagi. Saya berjumpa dengan pegawai di Unit Pengijazahan ini. Saya bertanyakan berkenaan dengan bila boleh membuat bayaran untuk peminjaman jubah Konvokesyen sidang ini. Saya juga berntanya kepada pegawai berkenaan tentang ada atau tidak yang akan diposkan ke rumah, memandangkan rumah saya yang kini sedang dibaiki, saya khuatir surat menyurat yang akan sampai ke rumah hilang. Nyata sekali, ada surat yang akan diposkan ke rumah, iaitu Surat Pengesahan Tamat pengajian dan Slip Keputusan Praktikum. Saya terus meminta keizinan untuk mengambil di pejabat Unit Pengijazahan tanpa pos ke Rumah. Tajuknya: Tamat Pengajian dan Layak Dianugerahkan Ijazah. Dan diikuti oleh ayat-ayat yang lain dan dibawahnya tertera :
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi) dengan Kepujian
Kelas Kedua Atas.
Tiada apa yang dapat saya ungkapkan melainkan rasa syukur yang tidka terhingga. Selama 4 tahun pengajian, tidak sangka kini sudah memiliki segulung ijazah pendidikan. Kini bercita-cita besar untuk menyambung lagi pelajaran. Maka saya dapatkan surat ini kemudian saya Laminate untuk mengelakkan surat ini renyuk dan rosak. Saya simpan dan kepilkan ke dalam fail.
Beralih kepada hari Konvokesyen, telah ada berita yang tidak rasmi berkenaan dengan tarikh dan sidang kovokesyen yang diuwar-uwarkan. Berikut adalah sidang dan masa pembahagian ijazah kepada graduan.
Senarai penuh istiadat konvokeseyen UPSI 26 Julai-30 Julai 2011
26/7/2011[PAGI] : Muzik, DPAKK
26/7/2011 [PETANG] : Kesasteraan Melayu, Moral, Teknologi Reka Bntuk Komputer, Sains matematik.
27/7/2011 [PAGI] : PENDIDIKAN KHAS, GEOGRAFI
27/7/2011 [PETANG] : Usahawan dan Perdagan, sains sukan, Seni, Akaun
28/7/2011 [PAGI] : Sains, Pengusan Perniagaan, Pendidikan Matematik, Pengursan Pendidikan
28/7/2011 [PETANG] : seni komunikasi visual, kemahiran hidup
29/7/2011 [PAGI] : bimbgan dan kaunselng, sains kejurulatihan, pend. islam, multimedia, teknologi maklmt.
29/7/2011 [PETANG] : sejarah, ekonomi, psikologi sukan
30/7/2011 [PAGI] : Bahasa melayu dan TESL
26/7/2011 [PETANG] : Kesasteraan Melayu, Moral, Teknologi Reka Bntuk Komputer, Sains matematik.
27/7/2011 [PAGI] : PENDIDIKAN KHAS, GEOGRAFI
27/7/2011 [PETANG] : Usahawan dan Perdagan, sains sukan, Seni, Akaun
28/7/2011 [PAGI] : Sains, Pengusan Perniagaan, Pendidikan Matematik, Pengursan Pendidikan
28/7/2011 [PETANG] : seni komunikasi visual, kemahiran hidup
29/7/2011 [PAGI] : bimbgan dan kaunselng, sains kejurulatihan, pend. islam, multimedia, teknologi maklmt.
29/7/2011 [PETANG] : sejarah, ekonomi, psikologi sukan
30/7/2011 [PAGI] : Bahasa melayu dan TESL
Sumber: Facebook (2011)
Bagi ISMP (Geografi) adalah [ada 27.7.2011 rabu. Saya menelefon mama di rumah dan membincangkan sedikit berkenaan degan hari konvokesyen yang bakal menjelang. Ternyata, semua mahu ikut!! Ya, mana tidak nya, berjalan ke negeri orang! Namun saya masih ragu dengan keadaan ayah yang masih bengkak kakinya akibat ternkena serpihan kaca. Masih terhencut-hencut. Apa pun, kalau mereka dapat datang Alhamdulillah. Tapi jika tiada rezekia saya, cukup sekadar adik-adik yang meraikan nya pun sudah mencukupi. Saya faham dengan keadaan ayah yang sebegitu. Hotel pun telah saya tempah. Bilamana dikira bajet untuk Konvo ini sahaja sudah mencecah RM 5++. Wah! Ini sudah membazir. Akan sya kurangkan bajet tersebut. Kongsi-kongsi bayar dengan mama lah agaknya nanti!. Jimat cermat! Anda masih lagi bergelar pelajar! J
Inilah surat PEngesahan Tamat Pengajian.
Dokumen Penting untuk penempatan guru nanti!!
surat ini juga telahpun saya laminate kan!! tahan basah dan renyuk!
ISMP GEO kelas kedua atas. Ramai juga yang dapat Kelas pertama. Bagi saya tidak mengapalah, mereka itu orangnya pandai-pandai. dapat kelas kedua atas pun saya bersyukur dengan apa yang saya usahakan.
mungkin rezeki saya dilain hari. Ameen.
P/s: Konvokesyen kali ini merupakan yang pertama dalam hidup. Yalah, ini konvokesyen ijazah pertama! Sangat tidak sabar untuk menunggu hari kerjadian. Memakai jubah dan bermortar apa lagi berselempang rona Biru Turquoise! Semoga diberikan kekuatan untuk sampai dan menyambut hari tersebut dengan penuh syukur dan selamat. Tak lama lagi akan ‘Berkonvo’ lagi!! Doakan saya! Ameeennn. J