Pages

Saturday, May 14, 2011

Sajak; Bersajak tatkala Hari Guru

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar 
Dapat rusa belang kaki 
Berguru kepala ajar 
Ibarat bunga kembang tak jadi 
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) 

Dialah pemberi paling setia 
Tiap akar ilmu miliknya 
Pelita dan lampu segala 
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat 
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat 
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat 
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta 
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara 
Jika hari ini seorang ulama yang mulia 
Jika hari ini seorang peguam menang bicara 
Jika hari ini seorang penulis terkemuka 
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; 
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa 
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya 
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota 
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu 
Dia adalah guru mewakili seribu buku; 
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa 
Semakin bererti tugasnya kepada negara. 
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku 
Budi yang diapungkan di dulang ilmu 
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat 
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 
1979


(Sajak ini akan saya deklamasikan tanggal 16 Mei 2011) 
Selamat Hari Guru

KEPINGIN BERTEMU LAGI.

Hari ini jumaat. Hari kebesaran yang pastinya umat islam ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Ya, pada pagi jumaat ini, saya berdarmawisata ke sekolah, menyelesaikan segala tugasan dan kerja-kerja akhir bagi memastikan apa yang di tinggalkan selesai dan tiada yang tertangguh. Saya  merasakan setiap  detik nadi saya bertiup kencang. Kencang yang bagaimana ya? Owh tidak dapat jua saya gambarkan dalam coretan ini. Hanyalah sekadar menulis apa yang saya rasa. Hari ini, saya menyelesaikan markah ko-kurikulum. Kemudian menyelesaikan dokumentasi program yang telah say alancarkan dan akhir sekali pembahagian sijil kepada para pemenang.  Saya juga menyeraklan modul pengajaran kepada guru-guru geografi yang telah saya bina  agar apa yang saya buat dapat diteruskan oleh generasi guru yang akan datang. Kepingin bertemu lagi warga SEMESTA. Ramai yang bertanya “ eh, ada berapa hari lagi kamu disini?” ya, saya menjawab, “ ermm sudah tainggal seminggu sahaja lagi cikgu, ada say  tinggalkan buah tangan kepada semua guru geografi. Boleh digunakan umtuk pengajaran ICT nanti. Pengajaran geografi berbantukan komputer  sebenarnya lebih menyeronokkan. Pada tiap-tiap meja saya kepilkan MEMO yang bertulis agar dapat merujuk slide (dengan izin) yang telah saya bina. Moga ilmu yang ada dapat dikembangkan (bak kata penyelia saya). Kepingin sabat berada di SEMESTA lagi. Rasa yang tidak sangka mula  menerjah. Sudah tidak lama sahaja lagi. Hari ini juga saya agak kepelikan, n=bonda melihat buku Rekod pengajaran saya. Sebelum itu, saya ada masuk ke bilik beliau menyerahkan gambar-gambar program yang telah saya ambil. Tidak saya duga selepas saya keluar daripada bilik beliau rupanya beliau mengejar saya dan bertanyakan (dalam dialek kelate) “amar, jap ye. Mano nok tengok buku rekod, tulis ngan pen warna apa?” soal beliau. Makanya saya menajwab, owh bonda, saya guna pen hitam sahaja. Kenapa ya bonda? Lalu wajah tua ini berlalu pergi seraya menguntum senyuman tanpa membalas pertanyaa saya. Saya buntu? Apakah motof bonda begitu pelik? Hehe bergelak sendirian. Segala kenangan akan saya ingat sampai  mati. Bonda Pengetua ibarat emak saya sendiri. sangat penyayang.sungguh terharu mendapat pengetua begini. Semua nay saya kepingin untuk bertemu lagi. Apakah nikmat keseronokan ini terakhir buat saya?? Doa ku Duhai RAbbul Izzati, kurniakanlah keseronokan ku berkerja ini sehingga ke akhir hayatku. Amin.



Ikhlas kata, semuanya saya kepingin untuk bertemu lagi!!!
P/S: saya rindu semua saat-saat indah di SEMESTA. Semoga ini akan terus terpahat di dalam ingtan dan memori!!



AMAR AL-BAKHTIAR BIN ABDUL RAHMAN
BILIK GURU SEMESTA
13/5/2011

KEMBALI SEMULA “BERSEKOLAH”

Bersekolah ibarat kata menatar ilmu. Menatar ilmu bagi kemajuan diri sendiri dan kebijakan. Tempoh praktikum sudah tidak lama sahaja lagi untuk habis. Sudah tidak lama lagi  untuk meninggalkan sekolah. Sekolah yang sangat saya sayangi. Saya melihat “persekolahan” semual saya ini akan memberikan ilmu ynag lebih kepadapenghidupan sebagai seorang muallim. Meneruskan persekolahan  di peringkat sarjana bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang enteng. Saya melihat pengajian di peringkat sarjana akan lebih mengajar kehidupan manusia berdisiplin dan bertanggung jawab. Pengajian diperingkat ini akan memperlihatkan bagaimana seseorang itu membahagikan masa antara kerjaya dan masa pembelajaran. Pembelajara di peringkat sarjana dan P.hD adalah ujian air mata, keewangan dan sebagainya untuk melihat sejauh mana kematangan seseorang itu menempuhi pengajian yang nyata memberikan saribu satu pengalaman yang bermakna kepada kita. Kalau yang sudah beristeri, bagaimana untuk membahagikan masa dengan isteri dan anak-anak. Pengajian yang jelas menuntutu segala komitmen dan tanggungjawab setiap daripada kita yang ingin melanjutkan pelajaran. Saya memilih untuk menyambung pelajaran. Soal kahwin dan keseronokan yang lain saya ketepikan dahulu. Saya perlu mencari identiti dan kelebihan diri saya agar tampak berilmu dan boleh menyampaikan ilmu kepada yang lain. Saya nekad untuk menyambung pelajaran walaupun ketidakcukupan duit dan sebagainya. Duit simpanan rasanya mencukupi untuk membayar yuran pendaftaran dan yuran sem 2. Mungkin ini pengorbanan yang patut saya tempuhi. Pengorbanan yang dilihat menguji segala panca indera kita. saya masih lagi ingat kata-kata penyelia tesis saya semasa melakukan penyelidikan di peringkat sarjana muda dahulu. Katanya “ buat tesis ini adalah proses. Kita akan belajar pelbagai perkara dan ujian. Ujian yang pelbagai, menguji kemampuan manusia itu agar lebih matang di kemudian hari” saya mengangguk sahaja. Betul kata beliau. Kata-kata ini menjadi azimat kepada saya untuk lebih jauh kehadapan. Saya bukanlah seorang pelajar yang pandai, bahkan di bangku sekolah, saya bukanlah pelajar yang cemerlang dalam segala aspek. Begitu juga di Universiti, juga bukanlah tergolong dalam kalangan mereka yang merangkul anugerah diraja. Biasa-biasa sahaja!!. Menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi akan dapat mengubati sedikit hati ini agar tidak lagi dikenang begitu. Bukanlah seorang yang mengejar berbelas A dan bukanlah seorang yang bijak dalam dewan peperikasaan. Semoga ilmu yang bakal ditimba ini menjadi titik tolak kepada pembangunan diri sendiri.

P/s: penyelia saya berkata: peringkat pengajian sarjana dan P.hD bukan untuk orang yang pandai-pandai. Ianya khusus bagi orang yang sabar!!



AMAR
BILIK GURU, SEMESTA
TAPAH, PERAK.