Pages

Wednesday, May 30, 2012

Sekitar SMKSS

Tanggal 30 Mei 2012
Rabu.

Hari semalam merupakan hari yang ketiga dalam program OGB 2012. Saya berkesempatan untuk mengambil gambar dan potret sekitar sekolah untuk dijadikan bahan atau bukti semasa menulis laporan kelak. Gambar-gambar ini diambil pada waktu pagi dan saya masukkan sebahagian gambar yang telah saya ambil ke dalam blog untuk tatapan para pengunjung sekalian. 

Sekolah setahun jagung,
banyak kerja yang terpaksa di tanggung!




   Logo sekolah. SMK. Seri Sembrong, Kluang, Johor.
Sekolah ini mengamalkan konsep sekolah penyayang. 



 Stesen di mana para pelajar menunggu ibu bapa dan penjaga datang menjemput pelajar.
Fasiliti yang menarik dan lengkap. 

 Pandangan dari sebelah luar sekolah. Jika dalam perjalanan melalui jalan lama menuju ke daerah Mersing, sekolah ini berada di sebelah kanan.

 Susur masuk  ke SMKSS. 

 SMKSS

 Bangunan yang dihadapan merupakan pejabat pentadbiran dan pejabat sekolah.

 Pejabat sekolah. Pandangan daripada sisi dalam.

 Hari-hari saya memanjat tangga ini menuju ke pejabat dan ke bilik guru. 
Bilik guru berada di aras dua, manakala bagi pejabat aras satu. 
dan bagi suatu tempoh yang panjang,35 tahun yang akan datang, 
tangga ini jugalah yang akan saya panjat bagi menghabiskan sisa-sisa perkhidmatan seorang guru

 SMKSS. Di hadapannya adalah padang sekolah.

 Kerusi rezeki. 35 tahun saya di sini kelak. Dengan meja dan kerusi yang sama.
 Mencari rezeki, meneruskan kelangsungan hidup. 
Tempelan memo-memo tugsan yang belum lagi terlaksana!

 Ini merupakan dataran perhimpunan. Setiap pagi isnin, perhimpunan akan di adakan di dataran ini. 400 orang pelajar akan berkumpul mendengar amanat daripada guru-guru.

Sudah menjadi kebiasaan, setiap pagi jumaat akan di adakan bacaan yasin secara berjemaah. Semua guru muslim dan pelajar muslim akan berkumpul di dewan terbuka ini untuk sama-sama membaca yasin. Akan ada seorang guru atau murid yang akan mengepalai bacaan yasin. InsyaAllah. 



Lampiran gambar-gambar sulung yang saya ambil di sekolah ini merupakan rakaman pertama kerjaya saya sebagai seorang guru di sekolah ini. Doakan agar semuanya akan baik-baik sahaja kelak. Apa pun, sekolah baharu, banyak perkara baharu yang perlu di pelajari. Doakan agar semuanya baik-baik sahaja. Amen.


Kalam Pendeta.
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
Bumi Rezeki. Sembrong. Kluang Johor.
31.0502012