Pages

Friday, August 5, 2011

Alhamdulillah. Rezeki masih ada

Tanggal 5 Ogos 2011. Jumaat

Alhamdulillah. Inilah kalimat mula-mula terpacul daripada mulut saya setelah saya mendapat tahu bahawa rezeki asya masih lagi ada di bumi Murabbi ini. Hari ini saya mendapat berita, kontrak saya di lanjutkan lagi sebulan. Alhamdulillah. Saya bersyukur. Degan limpah kurnia pada bulan Ramadhan ini. Berita ini saya dapat tahu pada tengahari tadi. Ketika sibuk penyelia saya mahu keluar ‘Memantau’ pelatih praktikum mengajar beliau berkata ‘ saya rasa duit ada lagi.Boleh lah saya lanjutkan lagi tempoh awak berkerja dengan saya sebulan lagi’. Kata beliau. Saya tersengeh. Dalam hati tuhan sahaja yang tahu. Ini bermakna kontrak saya akan habis pada 14 Oktober 2011. Alhmdulillah. Lama dan panjang lagi masa. Boleh saya berada di sini sambil menyiapkan tesis sarjana dan berkerja. Kalau di rumah pun tentu tidak berbuat apa pun. Inilah yang di panggil rezeki. Saya bersyukur!! 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hari ini saya di telefon oleh Pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan UPSI. Bertanyakan tentang tuntutan gaji pada hari konvokesyen. Ya saya menuntut gaji pada 27 Julai 2011. Hari di mana saya berkonvo. Malangnya, gaji saya tidak di bayar pada hari tersebut walaupun sudah saya buat surat dan tuntutan. Sudahnya, saya diarahkan mengisi boring cuti.  Biarlah rezeki tiada. Dan semasa saya menghantar borang cuti di  RMC (Research Management Centre), saya ada bertanya tentang borang tuntutan gai bulan 7. Kata pegawai di situ sudah sampai dan sedang diproses. Saya dengan muka tebal lalu bertanya, ‘agak-agak lah yer puan, bila ya masuk gaji bulan 7 ni ke akaun saya’. Maka puan tadi menjawab ‘oh tidak lama, minggu depan masuklah’. Ini kata beliau. Saya tersengeh. Sengeh dengan lebar sekali. Alhamdulillah. Ini juga rezeki. Tidak mengapalah. Harapan saya agar kata-kata pegawai ini benar!! Tiada daya saya menunggu gaji yang tidak kunjung tiba seperti tempoh hari. Kebulur di buatnya!!. Apa pun saya bersyukur. Berkat bulan Ramadhan kareem wal Mubarak!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

P/s: Saya rasa sangat gembira. Itu sahaja yang ingin saya luahkan. Tiada apa yang lebih mengembirakan melainkan rezeki yang tuhan Kurniakan melimpah ruah! Moga-moga ini akan memberikan semangat untuk saya terus berkerja dan menyiapkan kajian geran FRGS ini secepat yang mungkin. Apa pun. Nikmat rezeki yang Allah kurniakan ini saya akan manfaat sebaik mungkin. Saya sudah tiada apa yang igin di beli. Cukup sekadar makan minum saya, sewa rumah, top up telefon dan minyak motosikal. Sudah memadai. Berjimat cermatlah. InsyaAllah. Senang di kemudian hari.  Dedikasi khas buat penyelia saya, TERIMA KASIH DR MAZDI. Tiada apa yang boleh saya balas. InsyaAllah. Tuhan tambahkan lagi nikmat kehidupan pada Dr dan keluarga. Amenn.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Foto di bawah ini adalah gambaran di tempat saya berkerja. Fakulti Sains Kemanusiaan, Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ini adalah Pintu masuk. Namanya Pintu Timur. 
Diambil daripada sebelah dalam. hari-hari saya melalui laluan ini!! 
agaknya puas sudah Pegawai Keselamatan melihat muka ini. hehe ^_^

Disinilah saya memarkir motosikal buruk saya. (motosikal inilah harta dunia dan akhirat saya di sini. 
Tiada motosikal ini maka tiada bergeraklah hamba kemana-mana pun. Mahupun berdarmawisata!!
Biasanya ada dua buah motosikal sahaja. saya sudah menerima sahabat baru di sebelah kiri saya..modenas merah. motosikal siapalah agaknya ini ya!! buat Semak! ^_^

Tanda pelekat ini pun saya lihat setiap hari. Disinilah Saya berkerja. ^_^

Di denai-denai ilmu. Ini adalah lorong menuju ke pejabat Penyelia saya merangkap juga pejabat saya. hehe
Semuanya bilik-bilik Pensyarah dan tutor. Semuanya ramah-ramah belaka!! 

Dan ini adalah bilik di mana tempat saya berkerja. Bilik bernombor 4A-14. Pada pintu inilah saya buka dan menutup setiap hari. Setiap hari bermula jam 7.50 minit pagi hingga 5.30 minit petang. Kuncinya ada pada saya!! hehe alhamdulillah. Diberikan kemudahan. ^_^

Ini adalah bangku dan meja di dalam pejabat. Tempat saya memerah benak dan tenaga menulis kajian. Alhamdulillah. Meja ini adalah pemberian Dr Mazdi kepada saya semasa mula-mula berkerja dahulu. di berikan Meja supaya selesa menulis agar kajian yang di tulis juga berkualiti!! InsyaAllah.

Gambar yang sama. tetapi sudut saya mengambil gambar ini berbeza. saya tidak dapat ambil penuh kerana keadaan bilik yang 'Kemas' tatkala ini. ^_^. masih lagi dalam proses 'mengemas' hehe

Lif. Hari-hari saya naik lif. Kata seorang pensyarah saya' kalau hari-hari naik lif, perut mudah buncit'. Saya pasti, kata-katanya sememangnya menyindir saya! saya gelak sahaja, Orang tua yang suka bergurau. saya Layan sahaja. Kadang-kadang, jentera angkut (lif) ini tidak boleh di harap. kadang-kadang lif terbuka pada aras 'F'. dan bila saya lihat saya sudah berada di bawah tanah!! Cemas. apa pun ini coretan pengalaman. Siapa mahu beli, SAYA TIDAK AKAN JUAL!! ^_^

Ini adalah mesin perakam waktu. Hari-Hari saya akan 'Swap' kad pintar pada mesin ini. ia akan menunjukkan  aksara "IN PPP340' bila masuk kerja dan 'OUT PPP340' bila pulang daripada kerja. nombor pekerja saya PPP340!!. saya sudah berkerja!!

Nama bangunan ini Malim Sarjana. Ada empat aras. Saya di Aras 4. Anjung A.

Muka hadapan bangunan. Semasa saya belajar pun disinilah tempat saya berjumpa para pensyarah saya. mereka orang yang baik-baik!! ^_^

Tertera Kompleks Malim Sarjana. Sesuai dengan namanya. disni letaknya 'Para-para Sarjana' membina ilmu. Kini, saya juga di sini.Juga membina ilmu. Tapi sebagai sementara sahaja! Doakanlah, agar suatu masa nanti saya akan datang bangunan ini lagi. Datang berkerja secara tetap lah pula!!


Saya letakkan gambar. ada orang komen blog saya. katanya Mana gambar. asyik tulisan sahaja, Ada gambar lah menarik. Saya buat muka. ^_^. Betul juga kata beliau. Daripada pembacaan dan ilmu semasa belajar ISMP, kalau hanya teks sahaja, murid akan kurang minat untuk belajar dan membaca. Jadi saya aplikasikannya disini. Saya letakkan gambar agak tuan-tuan dapat lihat dan cernakan. Mungkin bertambah minat untuk melihat blog saya yang tidak seberapa ini barangkali!! Apa pun ini adalah coretan jurnal kehidupan seharian saya. 5 hari berkerja dalam seminggu. Disinilah tempat saya mencari rezeki. Semoga ada sinar rezeki yang melimpah ruah lagi. Rezeki itu tidak datang bergolek. Kita harus berkerja menjana pendapatan. (dan saya merupakan orang yang paling ANTI MLM atau yang sewakytu dengannya. CUKUP TIDAK SUKA. MANA ADA, KERJA SIKIT DAPAT HABUAN BERJUTA-JUTA. MENGARUT!!) Ingat!! Bukan hanya tidur dan kemudian dapat rezeki. Rezeki akan datang jika kita usaha dan doa kepada Allah. Saya yakin dengan pertolongan dari NYA.


Mohon Permisi.
saya ada tanggung jawab lain yang ingin di lunaskan. Semoga di berkati. Ameen

Amar
Pejabat
Tanjong Malim.

Barakallah hu FiQ.