Complicated? Apalah yang ada pada satu perkataan yang penuh memberikan seribu makna bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Kitaran hidup manusia yang jelas memperlihatkan kebesaran Allah mengatur setiap perencanaan berumah tangga merupakan salah satu anugerah yang tidak terhingga. Bilamana cuti sekolah bermula, maka bermulalah perang kad walimah yang sudah pasti menggamit perasaan pasangan mempelai. Kad walimah yang didatangi dengan pelbagai warna dan bauan diberikan kepada para tetamu yang akan hadir untuk memeriahkan majlis. Ahh…di majlis perkahwinan, semuanya indah. Berkumpul sanak saudara. Sanak saudara yang jauh pulang ke kampong memeriahkan majlis. Kadang kala apa yang berlaku, saya hampir tidak mengenali saudara yang balik ke kampong. Malahan ada pula yang bertanya ‘ owh, awe anak sapo ea? Jadi gano dengan tuan rumah ni?’ premis sebegini nyata akan kedengaran. Barangkali saya yang bersalah, sudah lama tidak pulang ke kampong untuk menjenguk sanak saudara yang berada di kampong.
Ramai juga yang bertanya, ‘demo bila lagi?’ heheh…bergelak sendirian. Bilamana diajukan soalan ini maka saya menjawab…’Lambat lagi eh…heheh’..kadang-kadang jua berseloroh, ‘hehe kito gak tak ada calon ni hak hak hak , gelak sendirian’ seisi kedai kedai bergelak ketawa. Bagi saya, kalau sudah sampai masanya untuk berkahwin, maka saya langsungkan dengan apa yang ada pada waktu itu. Kala ini mungkin belum lagi masanya untuk saya berumah tangga. Rasanya terlalu awal sangat. Umur baru sahaja 24!!, sudah gatal mahu kawen!!. Tanggung jawab menjaga adik-adik yang masih lagi bersekolah (walaupun seorang sahaja yang sedang bersekolah) namun sebagai anak sulung, itulah yang perlu dipikul. Mengejar cita-cita untuk menjadi orang pandai jua tidak ketinggalan.
Kali ini,ceritera sepupu rapat, Wan Mohd Fairuz Wan Mustafa (Awuf) akan disatukan dengan Kak Shu (saya lupa nama sebenar) yang berasal daripada Raub, Pahang. Manakala Adiknya, Wan Nor Fiazah Wan Mustafa (kak Jah) jua akan disatukan jua dengan Nik Mohd Zamer (insyaAllah betul ejaannya). Kedua-dua beradik sepupu saya ini merupakan orang pandai. Awuf merupakan lulusan Sarjana Muda Syariah Dari Al-Azhar, Kaherah, Mesir manakala pasangannya Lulusan Sarjana muda daripada Indonesia (saya lupa nama penuh tempat Universti beliau belajar). Nik Ahmad Zamir, jejaka kelahiran di wilayah Ketereh, Kota Bharu Kelantan merupakan Lulusan Ijazah Sarjana Muda Fizik (kalau tidak silap saya, bidang sains tulen) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) memetik bunga larangan, Kak Jah yang kini berkhidmat sebgai guru di Sri aman Sarawak. Kak jah lulusan Ijazah Sarjana Muda Peguruan (Pendidikan Bahasa Arab) IPIS Bangi (IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Kedua-dua nya merupakan Guru ( kedua-dua nya baru sahaja bertunang, kaan melangsungkan perkahwinan pada bulan 5 ini ). Awuf dan Kak Shu pula sedang menunggu keputusan J-Qaf. Kesemua mempelai yang bakal ditabalkan sebagai suami dan isteri ini merupakan golongan bijak pandai. Saya salute pada mereka!! Pandai memilih pasangan. Alhamdulillah, segalanya akan disudahkan pada 3/2/2011 ini (bagi majlis Awuf dan kak Shu). Majlis akan dijalankan secara serentak bagi menjimatkan kos pengurusan (menurut mak cik saya lah). Majlis yang sepenuhya di Kelantan adalah pada bulan 5 semasa cuti sekolah nanti.
Kad walimah awuf dan kak shu. Menarik. AhakZZ!! mau kawen suda supupu aku ini!
Mak cik ( biasa di panggil YU, namanya amat unik disebabkan oleh saya yang masih lagi tidak pandai bercakap pada masa kecil ingin menyebut SU, tetapi bertukar menjadi YU. Dan hingga ke saat ini jugalah, nama ini masih saya panggil!!). Kadang-kadang YU juga mengusik, eehh…amar nya bila lagi…heheh’ sambil kedengaran gelak sinisnya. Saya hanya mampu senyum dan bertitah dengan penuh macho, bunyinya begini..ermmm lambat lagi yu……..hehehe dengan lirikan senyuman yang amat memalukan (dengan automatisnya rasa kemaluan yang amat tinggi). Sejak akhir-akhir ini jugalah, usikan-usikan ini menjadi permaianan para sepupu sepapat dari kampong. Owh, dalam hati berkata “ xpolah, bui ko puok-puok demo dulu lah, ambo lambat2 pn xpo” .Masih ada kerja yang perlu saya selesaikan!! Barangkali pada umur 30 jugalah!! Harapan juga tinggi, semoga dipermudahkah segala perjalanan! Dr Amar, P.hD, bakal berkahwin pada umur itu? Ahakz!! Berkhayal sendirian. Tidak putus-putu hati bergelak sendirian mengenangkan kata-kata YU semasa dimajlis pertunangan Kak Jah. Mama berseloroh, aloh la dio….jauh nyooo..(sambil bergelak) manakala Yu pula, Aloh la mu Kak cik, Takut mu pun jauh jugak ehh..hak hak (juga bergelak. Saya? Senyap seribu bahasa.
Duit-duit..dimana kau duit...perkahwinan memerlukan perbelanjaan yang besar. Upah juru gambar pun Rm 800?? manalah nak cari duit sebanyak ini kan? itulah perlunya di adaptasi konsep "berkongsi" kerana perkahwinan itupun juga merupakan suatu perkongsian.
Apapun yang terjadi, kita sekadar merancang. Tuhan sahaja yang akan menentukan. Saya percaya dengan penuh yakin kalimah ini. Saya doakan yang terbaik buat kedua-dua mempelai ini. Berkat mendirikan rumah tangga kekal hingga ke akhir hayat.
P/s: Kahwin?? Ayoyoyoyo…manyak piker ma….fulus mana mau cari, kata seorang yang terlalu ingin berkahwen. Manakala bagi yang buat tak endah, kawen? Ala nanti-nanti lah. Ada la tuh Jodoh nya nanti. Akhirnya, dua-dua melepas!! Rancang pejalanan hidup anda! Gapai cita-cita dahulu sebelum mengejar perkahwinan. InsyaAllah, ada keberkatannya. Aminnn. :)