Pages

Tuesday, December 31, 2013

Tahun Baharu 2014.



Tahun baharu dan kuasa rakyat,
Ampuh bersalam di dataran piket,
Dirempunya konsert tiada terkira,
Alhamdulillah syukur maksiat tiada.

112014.
Astanagurumuda.
kluang.

Sunday, December 29, 2013

Qalam



Usai qalamku beradu,
ku labuhkan jiwa,
melelapkan mata,
hingga terbit senja.

30122013.
kluang. 
membajak kata di ruang maya

Qalamku Bermadah



Pekat malam syahdu,
Qalamku sendu bermadah,
Dari jiwa yang gundah,
Ku nukilkan apa pun yang terindah
Agar tenang sebelum cerah,
Moga esok kembali,
Dengan jiwa yang berseri.

30122013.
Kluang.
Qalampendeta.

Tentang rasa.


Tidak pernah ku rasakan, rasa yang sebegini. Rasa yang dahulunya tiada pernah maujud dalam diari hidupku. Jarang sekali ku nukilkan tentang rasa. Rasa yang biasanya ku madahkan dalam bahasa puitis agar aku sahaja yang mengetahui maksudnya. Kali ini ku tulis ranum setiap petah dan ayat agar ia habis terurai daripada segala pintalan kekusutan otak yang celaru.

Cerita tentang rasa. Aku juga tidak pasti dari mana aku harus mulakan. Rasa kosong seperti tiada ada apa-apa. Dan kala itu aku mula mencari teman yang boleh bawa bicara. Teman minum, bola, dan roti canai segala. Rasa bosan yang menghimpit. Aku manusia biasa. Jua ada hati dan rasa. Perlu perhatian. Ya. Tidak semua begitu. Sudahnya,  ku pendam erat rasa ini agar ia hilang begitu sahaja. Dan kini ku rasakan perit untuk tempuh segalanya. Segalanya ku terima positif. Biarlah apa pun, ku terima dengan hati yang redha. Kerna apa? Kerna redha itu adalah pengubat hati yang tiada tolok bandingnya. Redha dengan apa yang Allah tetapkan. Semoga apa yang ku pilih kali ini kekal dan abadi. Menemani ku hingga ke syurga firdausi. Aamin.

aku tidak pasti apa yang aku tulis. ku rasakan maksudnya jua tidak kesampaian. biarkan. kerna ku tahu, menulis apa sahaja yang ku rasa, akan bahagiakan rasa gelodak  bosan dan sayang yang menghimpit ini. ok. bye.

Astana Guru Muda
30122013. Kluang.

Fikrah bosan dan sayang. 
Dua rasa yang ku rasa.

Dingin petang.


Di balkoni,
Sedingin salju,
Angin menyapa sepi,
Baru ku tahu,
Petang belum pergi.

Dan angin salju,
Bawalah aku,
Ke danau rindu,
Untuk aku beradu,
Tika aku,
Masih bertamu.
Di taman kasih mu.

Astana guru muda
29122013. Kluang.

Mendidih!

Isi musyawarah dididih,
Gelegak ranum sehabis empuk!

Bilik mesyuarat.
26122013. 
Redha

Keluh

Dan keluh kesah,
Antara yang terhebat,
Minggu ini,
Dan setiap hari,
Sehingga terbenam mentari,
Diufuk jauhari.

Astana Guru Muda
25122013

Damai Desa iv



Kala hening pagi,
Ku getus mawar mewangi,
Pada pepohonan rindu,
Yang pernah ku baja dahulu,
Ku semat erat di teratak bonda,
Agar ia terus abadi sentiasa,
Moga Kekal ranum nan mengharum,
Seindah mawar yang menguntum.

Damailah mawar mewangi,
Kembanglah laksana teratai pagi,
Ku harap mekarmu terus membara,
Selama aku tiada,
Pada damai desa,
Yang sentiasa ku cinta.

Rindu mama.
#backtobasic.balikkluang!!

Qalampendeta.
23122013.
Teratak bonda.
Balkoni.
,

Mari 'mengopi'.



Usai mandi pagi,
Kelana ku ke kedai kopi,
Tiada berteman hanya sendiri,
Nikmati kopi sorang2 pun jadi.

Rantau Abadi
22122013

Seputar 1993. Banggol Kulim.



Seputar 1993,
Ku lalui denai kenangan,
Di teratak ini tersimpan kejap segalanya cerita tentang a,b,c dan kehidupan.

Jem


Dan akhirnya..
Setelah sesak sepenggal waktu
Dijalanan dan kota,
Kelana ku terdampar di hentian beradu.

Rantau Abadi.

Gaji ii



Terasa bugar dipagi hari,
Hari ini tidak lagi ku khuatiri,
Pagi ini pasti bergaji,
Ku cucuk- cucuk tolak sana sini,
Aduhai,
Tinggal brape je lagi.

Kedai kopi.
19122013.
Wakafcheyeh.

Gaji.



Pagi dinanti,
Tiadalah terperi,
Menanti gaji,
Alahai,
Tak masuk lagi.

Kedai kopi.
18122013.
Rantaupanjang.

Wajah tua



Santun nan bicaranya,
Bingkisnya menawan segala,
Ranum berkata;
"Bangkitlah membanting tulang,
Duhai anak muda tiada kepalang".
Seraya santunnya,
Kudus niatnya.
Bangkit dan berlalu,
Mengingatkan aku,
Yang kini masih bertelegu
Di meja nasi dan sudu.

Terima kasih wajah tua!!

Qalampendeta.
15122013. Makan pagi
Rantaupanjang.

Damai Desa iii


Jarang sekali ku rasa, 
Damai desa,
Seranum delima dan markisa;
Demi meluhur rasa,
Pepohonan rindu ku baja,
Pada damai desa,
Agar ia bugar nan membara,
Selama aku tiada.

Qalampendeta.
Rantau abadi,
15122013
Kedai kopi.