Pages

Wednesday, July 6, 2011

TARGET MESTI TEPAT!! BANGGG- BANGGG- BANGGG!! BUNYI AK-47 HEHE


JADUAL PENULISAN KAJIAN . TARGET MESTI ADA!

TARIKH
PERKARA
HASIL
7 JULAI HINGGA 10 JULAI
PENULISAN KEMBALI BAB 1-TESIS SARJANA
WAJIB SIAP DALAM MASA 4 HARI TERSEBUT
11 JULAI HINGGA  17 JULAI
PENULISAN BAB 2- KAJIAN GERAN U (FRGS) + MANAMBAH KERANGKA SOALAN SOAL SELIDIK.
BAB 2 KAJIAN LITERATUR. BACA DAN ANALISIS
18 JULAI HINGGA  1 OGOS
PENULISAN BAB 2-TESIS SARJANA
BAB 2 KAJIAN LITERATUR. BACA DAN ANALISIS
2 OGOS HINGGA 7 OGOS
PENULISAN BAB 3-
GERAN U FRGS
WAJIB SIAP!
8 OGOS HINGGA 14 OGOS
PENULISAN BAB 3- TESIS SARJANA
WAJIB SIAP DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN
15 OGOS
HANTAR PADA PENYELIA-MURNIKAN PENULISAN SARJANA
MURNIKAN PENULISAN
16 OGOS
HANTAR KEPADA PENYELIA-UNTUK SEMAKAN PENULISAN GERAN U FRGS (BAB 1 DUA DAN TIGA)
MURNIKAN PENULISAN
MANA-MANA TARIKH – BILA MANA SUDAH DI MURNIKAN  MAKA BOLEH TERUSKAN PROSES PENULISAN KAJIAN GERAN U FRGS. (SOAL SELIDIK DAN ANALISIS)

BAGI TESIS SARJANA, BAIKI DAN MURNIKAN LAGI SEHINGGA BETUL-BETUL PUAS HATI.

MANA-MANA TARIKH SELEPAS INI ADALAH UNTUK TUJUAN PEMURNIAN DAN ANALISIS DATA UNTU GERAN U FRGS.
PEMURNIAN






PEMURNIAN
PEMURNIAN






PEMURNIAN



INI SEKADAR JADUAL SAHAJA. INSYALLAH AKAN CUBA UNTUK TEPATINYA. JIKA DIBERIKAN NIKMAT KESIHATAN DAN KESEMPATAN, INSYAALLAH. MURNIKAN  SEBELUM PENEMPATAN! AMEENN J



DOAKAN AGAR DIBERIKAN KEKUATAN!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




P/S : MOOD kembali tenang. Saya rehda dengan apa yang terjadi. ada hikmahnya juga. Berikanlah kekuatan Ya Rabbb!! TEKANAN SAYA SUDAH REDA. ameenn J


Amar
Tanjong Malim
7/7/2011 (khamis)





















































Serius. Saya Tekanan!

Pagi ini, 7 Julai 2011 saya berada dalam mood tekanan. Emosi agak kurang stabil apabila keseilapan lahir daripada diri sendiri! diceritakan, pagi ini saya menyambung penulisan tesis sarjana, BAB 1. Menyambung penulisan sekitar 10 hingga 13 muka surat pagi ini. Apa yang berlaku adalah, niat di hati ingin simpan (save), lalu saya menekan butang ctrl+A. Kod ini langsung tiada kaitan, patutnya ctrl+S!! lalu saya menekan shift dan save kembali! Arrrgghh!! Sungguh saya tertekan dengan apa yang terjadi pada pagi ini. Saya kena menulis kembali apa yang telah saya perah selama seminggu! Sungguh saya tertekan! Untuk memulakan penulisan BAB 1 kembali adalah amat sukar bagi saya. Saya terpaksa membaca kembali jurnal-jurnal orang putih dan menterjemahkan kembali. Data-data yang telah saya ambil ranap semuanya! Arggh!! Huh.  Saya amat pantang kalau buat kerja yang sama dua kali. Tapi inilah hakikatnya! Saya terpaksa menulis kembali, memerah segala otot-otot benak ini agar dapat gantikan kembali penulisan saya. Sungguh ini silap diri sendiri! apa yang saya paling kisah adalah SAYA TERPAKSA MENULIS PERKARA YANG SAMA DUA KALI!! DUA KALI!! AMAT BERAT BAGI SAYA UNTUK LAKSANAKANNYA LAGI. APA YANG PALING JELAS, MASA AKAN TERBUANG BEGITU SAHAJA! ARGGGH! SUNGGUH TEKANAN! Apa pun, penulisan wajib di teruskan. Sungguh ini cabaran buat saya. Eerrgghh!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


P/s: Untuk entri saya yang dibawah, sungguh sakit hati apabila saya membacanya kembali. Entri di bawah baru sahaja saya tulis kelmarin. Dan hari ini bala ini menimpa saya. Argh! Apalah nasib. Ini dugaan bagi orang yang menimba ilmu. Bukan Sesuatu perkara yang mudah! Penulisan di peringkat sarjana tidak seperti sarjana muda.  Penulisan yang saintifik. Semuanya mesti dikodkan. Bilamana kena kod kena lah baca! Dan Alhmdulillah, pagi ini, dikala saya tekanan, Penyelia saya menenangkan hati. Katanya ‘ Awak tak boleh buat macam tun, kena back up lain kali’. Huhu saya tenang dan redha menerima ketentuan ini. Huhu. Apapun saya kena menulis kembali! Selang beberapa ketika saya diajak oleh penyelia makan roti canai di Restoran Teko Mas, depan kampus. J



Amar
Tanjong Malim,UPSI
7/7/2011-Tarikh paling saya ingat. Kecelakaan yang membuatkan saya geram!! errgh!

Bicarawara Seorang Murbawan Mencari Ilmu.

Alhamdulillah. Syukur kerana masih lagi bernafas dan dapat menghela kesegaran oksigen yang nyaman kurniaan ilahi. Sedikit kesibukan yang melanda tatkala kini sudah berkerja (walaupun kontrak sahaja). Penulisan Tesis sarjana telah pun bermula. Baru minggu ini dapat dimulakan dengan baik dan sempurna. Agak letih juga otak bilamana mula menterjemah jurnal-jurnal para ilmuan dari negeri orang putih yang tinggi-tinggi bahasanya. Nilai jurnalnya pasti jua tinggi. Di Negara sana, penulisan ilmiah sudahpun menjadi kelaziman. Perkara biasa apabila menulis dan terbitkan dalam jurnal. Untuk siapa? Untuk para masyarakat hari ini untuk membacanya. Kini penulisan bab 1 hampir selesai. Alhamdulillah, kekuatan semangat menyambung pelajaran. Memetik kata-kata penyelia saya, menyambung pelajaran diperingkat siswazah ini betul-betul menguji kesabaran dan mengajar erti mencari ilmu. Satu demi satu say abaca dan teliti jurnal yang dicari di internet mahupun yang sudah saya lazimi di UKM. Bahan bagi kajian saya kali ini mudah untuk diakses. Nodalitinya tinggi!!. Kata bahasa Geografi Pengangkutan. Semoga penulisan bab satu ini akan dapat saya sudahkan dalam minggu ini juga. Target saya, sebelum penempatan guru, bab satu, du adan tiga harus lengkap dan dimurnikan lagi. Agak bimbang akan kesibukan  di sekolah nanti ini akan melenakan tesis yang belum lagi lengkap. Semoga semangat ini terus berkobar-kobar. Sekarang masih berkobar-kobar. Berkobar-kobar menatar ilmu kala keewangan pun belum teguh. Ini sebetulnya mengajar kit erti menghargai sebuah ilmu. Perit jerih manatar ilmu kala keewangan masih meminta-minta! Inilah pengajaran yang paling berharga yang seharusnya kita kutip. Semoga Allah tetapkan niat ini dijalan yang betul. Susah-susah dahulu. Senang kemudian. Ameen. IsnyaAllah.

P/s : BAru-baru ini semasa sibuk mencari bahan literatur, saya ada terbaca satu tesis yang di tulis oleh Julia stevens. Ini tesis atas talian, Durham E-Theses. Tajuknya cukup baik dan bernas. A sustainable journey to school: global issues, local places, children’s lives. Agak terpanah bila melihat tajuk ini. Bila di teliti dan difahami, ia ditulis oleh seorang pengkaji kualitatif. Model kajiannya boleh di jadikan kerangka utama bagi tajuk tesis P.Hd saya!! Tajuknya juga berkaitan dengan geografi pengangkutan! Tajuk ii juga telah saya usulkan kepada penyelia saya. Sambil tersenyum dan tergelak kecil beliau berkata ‘owh bagus tajuk itu!!’. Saya senyum. Mungkin ini antara tajuk pilihan bagi kajian P.hD saya. Heheh ini berangan namanya! Apapun, ia mesti bermula dengan angan-angan yang besar, kehendak yang besar, usaha yang besar-besar-besar dan kesabaran yang besar kuasa dua, agar nanti kejayaan yang diinginkan dicapai dengan jayanya kelak! Amen J