Pages

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Kareeem wal Mubabarak 2011. Saya di pertantauan.

Tanggal 3 ogos 2011. Mencari damai rezeki di ceruk Bumi Murabbi.

Sudah bertahun-tahun saya merantau di negeri perak darul ridzuan ini. Makin lamalah saya kenal orang dan hati budi. Tahun ini merupakan tahun kelima saya berpuasa di perantauan. Dulu semasa belajar ISMP, teringin juga ingin balik ke rumah berbuka dan menyambut ramadhan bersama keluarga. Apa pun, harus kita fikirkan, jika di rumah kepuasan sahaja yang dapat kita nikmati melaiankan kita merantau baik belajar atau berkerja, kita akan dapat rasakan kepuasan yang lain. Alhamdulillah. Saya di berikan kekuatan untuk hadapi ini semua. Bak kata Bonda saya “ Orang lelaki kena kuat. Kuat kerja dan kuat belajar!!”. Ini azimat hidup saya. Ini yang saya pegang. Kejayaan memerlukan pengorbanan. Dan inilah pengorbanan yang telah saya lakukan. Untuk kejayaan, buat lah apa sahaja demi memandaikan diri sendiri. Amen.  Ramadhan kali ini saya berkerja. Jika dahulu saya sebagai pelajar. Jadual waktu yang anjal. Kadang-kadan tiada kelas dalam sehari. Kadang-kadang juga penuh! Bila berkerja, seperti biasalah. Masuk 8 pagi baliknya juga 5 petang. Saya akan amsuk awal dan baliknnya lewat! Kadang-kadang sampai jam 7 di pejabat.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Menyiapkan kerja yang senantiasa banyak. Biasalah. Dah namapun kerja kan. Tidak kisah tentang itu semua. Cuma apa yang saya fikirkan adalah beginilah caranya Bonda saya mencari wang untuk menyara keluarga. Demi memandaikan anak-anak supaya tidak jadi sepertinya. Saya berkerja. Tapi hanyalah kontrak sahaja sebelum tamat kontak saya sebagai pembantu penyelidik pada  14 September 2011 nanti. Saya harus mencari ganti kerja-kerja yang ada sekitar Tanjong Malim atau seumpamanya. Saya harus kerja!!. baik atau tidak terpaksalah pulang dahulu ke kampong halaman sementara kerja ada. Apa adanya kerja, akan saya usahakan. 12 September 2011, saya akan berdaftar sebagai pelajar sarjana. Saya memerlukan duit untuk semua itu. InsyaAllah. Ada dalam simpanan sikit-sikit di tambah duit gaji yang bakal di peroleh. Berwisata lah kemana pun, asal kerja yang dicari dapat. Saya akan gunakan kepakaran ijazah yang saya ada (jika perlu,kalau kerja kilang tak ada ijazah pun tak apa!!). Buat sahabat saya saudara luqman, mungkin beliau akan lama lagi disini sehingga November. Kontraknya di sambung. Teruskanlah berjuang sahabat! Saya mungkin mencari rezeki di ceruk lain pula! InsyaAllah. Dalam pada masa yang sama, penulisan disertasi sarjana akan saya teruskan. Hari ini juga saya bersyukur, BAB DUA bagi kajian geran penyelidikan  jangka pendek Dr MAzdi telah Berjaya saya siapkan. Lama juga menulis!! Saya kini akan menyambung penulisan geran ini pada bab 3 pula. InsyaAllah, sempat siap sebelum tamat kontrak saya. Saya tidak mahu di bayar gaji tanpa berbuat apa-apa. Bab 1, bab dua dan soal selidik telah saya sempurnakan.  Bab  3 sahaja nanti untuk saya nukilkan. InsyaAllah. Saya dibayar gaji atas penulisan kajian ini. Saya bukanlah orang yang pandai sekali pun, tetapi mencuba untuk mencari rezeki pada takat mana yang ada. InsyaAllah. Semoga keberkatan Ramadhan al kareemm wal Mubarak ini akan memberikan saya sinar rezeki untuk perjalanan yang lebih jauh lagi. Ameeen. InsyaAllah.

P/S: Alhamdulillah. Saya diberikan lagi kekuatan untuk berkerja. Lagi sedikit masa dalam bulan ramadhan ini kerja saya akan selesai. Akan di fikirkan pula kemana akan saya wisata. Semoga ini akan memberikan kekuatan pada saya untuk harungi semuanya. Saya sedang dan akan mencari kerja-kerja yang boleh saya lakukan agar tidak lah terbuang dan mambazir masa saya yang ada. Gunakan masa untuk mencari duit, agar kelak kita senang dan tiada bersusah. Doa agar dipermudahkan jalan rezeki. Ameen. InsyaAllah. J


Amar
Pejabat
Tanjong Malim. 

Saya Suka Bila Gaji Sudah Masuk. Sedih Bila Handset Buat Hal!!

ALHAMDULILLAH. Tanggal pada JUMAAT 29 JULAI 2011, gaji pertama saya sebagai Pembantu penyelidik di kreditkan. Hati saya sangat gumbira. Ada sesuatu yang telah saya niatkan dalam hati. InsyaAllah. Ianya termakbul juga. Tapi apa yang menyedihkan, telefon saya buat hal. Elok-elok gaji masuk telefon pula buat hal!! Apa adanya terpaksalah saya mendapatkan telefon baru. Jika tidak ada yang baru bagaimana untuk saya dihubungi oleh rakan-rakan dan pensyarah! Saya belikan juga. Saya beli degan hati yang tidak tenteram. Harganya murah sahaja. Rm 200. Cikai sahaja. Telefon saya tiada pernah yang mahal-maha. Saya golongan marhain sahaja!! Kali ini saya memilih jenama Sony Ericsson. Saya tidak pernah pakai telefon ini sebenarnya. Apa pun saya gembira. Saya sudah tidak perlu untuk besusah payah untuk membaca mesej (sebelum ini sudah ada kerosakan, skrinnya ada tompok hitam yang besar ; telah menyukarkan saya membaca mesej!!). kini yang baru. Skrinnya yang besar. Bak kata orang kedai telefon “ awak amik telefon baru lah. Awak punyer telefon tak dapat di selamatkan dah”. Dalam hati saya,kalau saya tahu macam  itu tidak pula saya bawa kemari telefon ini duhai saudara!. Maka telefon baru dibeli. Apa pun, rezeki semua du tangan Allah. Lagipun, telefon tua yang rosak tu pun sudah lama saya gunakan. Mungkin sampai masa dan ajal barangkali. Saya Redha. Ada hikmat di sebalik semua ini.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

P/S: Alhamdulillah. Kini masuk bulan ogos. Gaji yang saya tuntut baru ini adalah gaji bulan 6.kini saya sudah menuntut gaji bulan 7.alhamdulillah. semua dokumen ada dan lengkap. Sudah pun saya hantar di pejabat am fakulti. Mudah-mudahan ianya dipercepatkan pembayarannya. Moga-moga duit ini akan dapat saya simpan untuk belanja bayaran yuran sarjana kelak. Saya bersyukur. Ada sesuatu akan saya bawa pulang untuk adik-adik di  Aidilfitri ini. Ameen.

Amar
Pejabat
Tanjong Malim

Coretan Konvokesyen. Langkahan Sulung!

Tanggal  pada hari Rabu,27 JULAI 2011. Bergraduat!

Alhamdulillah. Segapa puji bagi yang MAHA ESA, dengan limpah dan inayahnya. Saya selamat bergraduat. Dengan izin daripada NYA. Segala urusan berjalan degan lancar. Konvokesyen pertama dalam hidup saya. Saya di raikan oleh keluarga tercinta. Walaupun tidak ramai. Tapi saya bahagia dengan susah payah Ayahanda dan Bonda serta adik-adik yang di kejauhan datang meraikan majlis ini. Ayah dan Bonda yang sudah dimamah usia. Biasa lah makin hari kita makin tua. Itu pasti! Semua orang kena ingat! Bermulanya ceritera di pagi rabu. Semua bangun awal. Saya mengejutkan ahli keluarga yang bermalam di hotel bajet. ‘kita akan g awal. Ada perarakan akademik’. Saya berkata pada ayah dan bonda. Merka bersiap awal. Adik-adik pun sama. Kami sarapan bersama di kedai kegemaran ayah dan saya, Kedai mamak!. Saya  bersantap. Santap berjemaah! Ramai rakan-rakan taulan yang hadir. Hadir bersama ahli keluarga yang lain memeriahkan majlis konvokesyen. Saya melihat satu persatu. Wajah-wajah girang! Semuanya gembira. 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Selesai makan. Saya ke Auditorium. Menghadiri taklimat konvo. Puas ditaklimatkan. Kemudian berarak ke dewan SITC. Langkah demi langkah saya atur. Jelas kelaianan terasa. Di tepi, kiri saya, ada orang yang memakain jubah ‘dua jalur’. Geram saya melihatnya! Semasa berjalan, di tepi kiri dan kanan juga, terlihat para hadirin yang hadir memeriahkan majlis. Hadir dengan ceropong mewah! Sunting sana dan sini. Saya tersenyum saja. Sampai di pintu besar SITC, bunyi ahli muzik memainkan alat mengalunkan alunan muzik menyambut para graduan yang masuk. Saya melangkah masuk. Meremang bulu roma. Hari ini saya dihargai! Duduk. Dan melihat rakan taulan yang ada di sebelah. Mendengar segala istiadat protocol yang ada. Saya mendengar.  Dan tibalah saat nama di panggil. Kami berbaris panjang. Saya orang yang ke sebelas. Naik ke pentas. Saya berkata’ Terima kasih Pro Canselor’. Saya menerima ijazah daripada  Pro canselor. Turun dari pentas dan ramailah yang mengucap ‘ Tahniah Amar!’. Saya agak di kenali oleh kawan-kawan dari kursus yang lain. Gembira. Sedih. Semua bercampur baur. Pro Canselor berucap. Saya mendengar dengan penuh khusyuk. Dato Panglima Dr Abdul Rahman Arshad ini orang nya hebat! Bercakap menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Mendengar beliau bercakap seperti saya membaca buku. Kata beliau, “ ini baru permulaan cerita” Hebat! Tekun saya mendengar. Banyak nasihat dan ingatan yang di hamburkan. Istiadat habis. Saya meluru keluar. Bersama rakan-rakan sementara Bonda dan ayahanda masih di dalam dewan. Kami bergambar di depan Perpustakaan Tuanku  Bainun. Sempat juga saya bergambar dengan Dr Mazdi dengan jubah P.hD nya. P.hD Beliau dari UM! Keadaan yang kelam. Saya mendapatkan ayanda dan bonda. Membawa mereka makan-makan  dan berehat di hotel. Di sebelah petang, saya membawa ayahnda dan bonda bergambar di studio. Kami tersenyum puas bergambar.  Sebelah malamnya pula, keluar makan bersama dengan hali keluarga. Kami makan bersama. Alanglah bahagianya!! Keesokannya, family bakal pulang ke kampong. Selaku yang bertanggung jawab, saya menguruskan family. Saya menunggu di stesen bas tanjong malim. Menunggu hingga bas berjalan. Akhirnya. Mereka meninggalkan bumi murabbi ini dengan perasaan yang suka cita. Saya puas. Dapat berkhidmat pada usia mereka yang sudah lanjut. insyaAllah, anakanda akan balas jasa ayahanda dan bonda!!

P/S : Alhamdulillah. Sepanjang saya menguruskan family saya semsa istiadat konvokesyen, tiada apa yang berlaku. Smeuanya baik-baik sahaja. AlhamduLillah. Allah makbulkan doa saya. Semuanya di permudahkan. Biarpun pada masa itu saya tidak lagi mampu sediakan apa yang mewah-mewah buat family saya, saya puas. Berbaktilah apa adanya.! Ini baru langkahan sulung. Meniti hari esok dengan harapan yang lebih jauh!! InsyaAllah
Saya sudah update!! Hehe
Amar
Pejabat
Tanjong Malim.