Pages

Wednesday, June 29, 2011

Hendak Berperang, Tapi Tiada Pedang. Sia-Sia

Ketika entri ini dicoretkan setelah beberapa insiden berlaku pada hari ini. Demikianlah juga  kehidupan sebuah manusia yang dijadikan oleh Allah, taat dan patuh segala suruhan oleh NYA. Hari ini saya belajar beberapa perkara yang saya fikir penting untuk saya renungkan bersama dengan rakan-rakan blog yang lain. Sudah menjadi kewajiban apabila azan berkumandang, maka wajiblah kita solat! Solat itu taing agama, kalau tidak solat pastinya kita sendiri yang meruntuhkan seri tiang agama islam. Hari ini saya hendak solat Zohor. Ya, untu solat haruslah lengkap, baik dari aiar wudhuk nya, temat untuk solat dan yang paling penting adalah PAKAIAN yang di pakai untuk solat. Selaku penjawat Kontrak, dan berkerja, sudah menjadi kelaziman solat di pejabat dan surau yang berdekatan. Hari ini setelah pulang dari menyelesaikan beberapa tugasan dan makan tengahari, saya niat untuk solat di Masji Jamek, Tanjung  Malim. Saya ke sana dan sampai di masjid. Masuk dan mencari kain  pelikat untuk  solat. Seluar yang saya pakai ini agak kotor. Biasalah berkerja dalam penghawa dingin telah memaksa kelenjar endokrin saya untuk merembeskan banyak cecair! Baik yang pejal atau cair! Telah beberapa kali saya ke tanda dengan seluar ini. Pasti, ianya tiadak lagi sah untuk saya solat dengan pakaian yang sebegini. Pasti juga terpalit kotoran walau sekelumit!  Puas saya mencari kain di masjdi yang sebegitu besar. Maka berlalulah saya untuk bertanyakan kepada sorang tua yang bari sahaja bangun dari lenanya (tatkala itu azan zohor sedang berkumandang).Mengantuk atau keletihan agaknya!! .Maka saya bertanya” erm..pakcik, kat sini ada tak kain pelikat? Saya memerlukan kaian pelikat untuk solat. Seluar yang saya pakai ini kotor”. Ujar saya kepada pakcik yang agak berumur itu. Pak cik member respon “ Owh, disni tak ada lah dik kain pelikat. Untuk kaum perempuan ada lah”. Ujar pakcik itu. Dengan raut wajah yang baik dan nada yang hiba pakcik tersebuat menjawab. Dalam hati ini berkelodak menjawab “ haissshh..tak akan  lah masjdi sebesar ini tiada kain pelikat untuk solat???”. Persoalan ini bermain di benak! Saya menghidupkan enjen motosikal saya DAM9402. Meluncur  laju ke dalam kampus. Saya meneliti di Surau Annur. Alhamdulillah. Ada kain pelikat. Kopiah pun ada!! (kalau sebelah luar di panggil ketayap!). saya mencapai kain tersebut dan solat. Hari ini dapat pahala 27. Solat berjemaah!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ 

NOTA PENTING!!
MORAL:  ini sekadar pesanan diri sendiri: kalau dah tahu seluar itu tidak boleh dipakai ketika solat maka, sediakanlah kain pelikat!! Kopiah juga. Rambut awak sudah panjang!
Pengurusan MAsjid Jamek: Untuk memastikan kepuasan dan mewujudkan masjid yang mesra pengguna, sediakanlah Kain pelikat. Warga yang bermusafir boleh gunakan kain yang di sediakan untuk solat. Pada saya, kain pelikat itu perlu ada. Penting! Jadikanlah kepentingan menyediakan kain pelikat untuk orang solat itu sebagaimana kepentingan dan tuntutan kewajiban BERSOLAT!. Ini akan memudahkan pengguna masjid nanti. Kai nada maka solat dapat dikerjakan dengan sempurna. Jika kain tiada?? Ini perlu di teliti semula. 

(sebenarnya, diri sendiri pun perlu sedar tentang kepentingan membawa kain pelikat tatkala seluar kotor. Jadi ini adalah situasi menang-menang. ADIL!)


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

P/s: Solat yang sempurna adalah cukup rukunnya, Khusyuk, tartil bacaannya, beradab ketika mengambil wudhuk dan apa yang paling penting adalah pakaian mestilah bersih!!.  Solat dengan pakaian yang kotor ibarat mencurah air di daun keladi! Sia- sia! Ingatan buat diri sendiri. Fikir dan Zikir!! J