Tanggal 9.10.2011. Ahad.
Pada satu malam saya ada temu janji dengan beberapa sahabat daripada kursus lain di taman bahtera dan kami minum-minum di kedai mamak berhampiran dengan kolej kediaman mereka. Saya hadir sebagaimana yang mereka minta. Saya diminta untuk memberikan pandangan tentang tajuk kajian yang telah mereka lakukan. Saya sekadar memberikan pandangan dan berkongsi pengalaman dahulu semasa menulis tesis. Setelah selesai diskusi, saya diajak oleh sahabat-sahabat ini untuk ke up-town. Saya bertanya ‘up-town’? bukan ke dishah alam?? Mereka tergelak dan menyatakan di taman bahtera juga telah ada up-town??? Sangat terkejut dengan kenyataan beliau. Maka saya turutkan sahaja mereka ke up-town tesebut. Saya sampai disana dan saya lihat hanya ada beberapa geai yang menjaual pakaian dan pentas nyanyian. Maka saya persoalkan pada mereka ‘ APAKAH INI DIKATAKAN UP-TOWN’??? mereka iya kan pertanyaan saya. Sungguh saya berasa sangat tidak selesa. Orang yang datang bukanlah ramai manapun. Saya kira kerugian lebih banyak berbanding keuntungan kalau siapa-siapa yang datang berniaga disini!! Pentas pula berfungsi sebagai tempat para muda mudi melalak! Bising! Maka ramailah anak-anak gadis yang keluar malam dengan pasangan masing-masing berjalan-jalan di UP-Town yang indah itu! megahlah meraka dengan ‘mahkota’ yang terbonjol!! saya tidak selasa dan saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.
P/s: serasa saya tidak perlukan dijadikan sekitar taman bahtera itu sebagai kawasan yang berjual beli sehingga lewat pagi dan ditemani oleh nyanyian lagu-lagu yang pastinya akan mengganggu masa belajar para mahasiswa. Inilah kesannya apabila kawasan kolej kediaman yang tidak berada didalam kawasan kampus. Aktiviti mahasiswa tidak terkawal dan banyak pula anasir-anasir negatif daripada luar!
Up-Town lah sangat! :P