Pages

Saturday, January 8, 2011

Falasi dan merekayasa sebuah cinta


Bunyinya mungkin agak janggal. Saya jarang sekali untuk k bicara fasal-fasal cinta dalam medan ini. Barangkali sudah terkena panahan falasi yang mungkin membuatkan saya terasa ingin menulis barang sebaris dua dipagi hari. Pagi ini, saya  bangkit dari lena agak lewat.  Abah mengambil tugas saya pagi ini menghantar mama ke pasir mas. Masih berda dalam selimut pada jam 7!! Tidur pada waktu pagi sangat lena dan mengasyikkan. Begitu jua falasi sebuah cinta dan rekayasanya haruslah teliti.




Falasi mudah mengatakan bagi orang yang tidak pernah turun ke laut, maka sedikit mabuk barangkali. Bagi seorang penjinak ular tedung misalannya, mungkin pertama kali agar gusar dan takut, akan tetapi apabila dilazimi dan selalu melakukan, ianya seperti ‘Alah bias tegal biasa’ pula. Ini lah falasi bagi sebatang tubuh yang saya nilaikan sebagai manusia. Manusia yang tidak pernah mengalamai kejutan mahupun sebarang teguran akan menjadi sedikit terkejut dengan apa yang dilaluinya. Seseorang yang berkuasa akan menjadi bodoh apabila kuasanya berjaya diturunkan dengan drastik.


Awak tak nak bunga dari saya? merajuk la yer ngan saya...Ahakz!! falasi yang baik akan memberikan pengajaran yang bermakna buat pasangan.



Begitu juga dengan rekayasa dalam cinta. Owh  perncangan itu perlu. Memberikan pengajaran juga wajib dilunaskan agar senantiasa berada dalam landasan yang betul. Seorang manusia yang tidak biasa ditegur dengan falasi yang tinggi, maka dirasakan kesalahannya adalah tinggi sepertimana membunuh seorang manusia!! Ini lah manusia yang tidak pernah difalasikan. Kesilapan mungkin daripada aspek rekayasa cinta itu sendiri. Asasnya, manusia berhak rekayasa cinta sebagaimana apa yang diiginkan. Rekayasa yang baik akan menghasilkan suatu perhubungan yang positif  dan baik. Komunikasi yang BETUL dan serius pada tempatnya akan menghasilkan satu perhubungan yang mencapai maksud. Kesilapan mengatur tutur kata akan menyebabkan komunikasi tidak berjalan dengan lancar. Akibatnya, falasi menjadi perantaraan antara kedua  pihak. Tidak dapat tidak untuk menafikan kesalahan. Akan tetapi komunikasi  yang baik bersulamkan rekayasa cinta yang mantap akan dapat mewujudkan satu perhubungan yang baik. Cukup setakat ini. Sekian.


Saya sekadar menulis apa yang saya rasa. Bersifat bersahaja kerana saya suka menulis. Mana-mana blogger yang terbaca atau membaca oleh beri komentar.





P/S: Falasi yang baik akan mamberikan satu pengajaran yang buat bermakna bagi umat manusia. Tiadak salah untuk berfalasi, tapi biarlah bertempat!! Tegas dan penuh dedikasi. Ahakz! J

Saya mohon maaf. Saya juga insan lemah punyai kekurangan!!



Lain orang.lain ragamnya. Lain rambut, lain juga pekertinya. Hari ini agak mendung, selebat hujan yang mencurah. Saya tidaklah selalu begini. Tidak tahu mengapa. Mungkin sedikit kekecewaan yang agak remeh. Biasalah. Soal hati. Empunya badan sahaja yang tahu. Bilamana soal ini dibangkitkan, maka masing-masing akan cuba menegakkan benang yang basah. Katanya ego tinggi. Saya tidak faham mengapa harus ego juga yang diperdebatkan. Barangkali kaum hawa ini sudah ketandusan idea untuk berbahas soal hati barangkali. Tersntap barangkali dengan kata-kata yang dilemparkan. Kadang, hati jua merasa sakit. Katanya saya tiada perasaan. Mungkin atas sebab inilah saya diperlakukan demikian. Sakit jua hati. Marah bukanlah satu sifat yang baik. Malah bilamana marah, nabi menganjurkan kita supaya merapatkan diri dengan tanah. Saya bukanlah seorang yang baran. Tidak sama sekali. Sesekali, terasa dan terkilan ada juga menjengah di minda. Owh, barangkali saya berhati batu. Makanya sesuka hati sajalah berkata dan diperlakukan. Kekadang maruah juga perlu dijaga!! Jangan sampai memijak kepala.

Natijah akhirnya, saya senyap seribu bahasa. Membalas mesej-mesej daripada seorang kenalan pun sambil bersahaja. Kalimah Yep, owh menghiasi skrin mesej. Saya sudah tiada daya lagi untuk ceria. Agak susah untuk saya moody . bergelak ketawa dengan lirikan senyuman menawan sudah hambar. Hinggalah pada malam ini saya memberikan penjelasan. Penjelasan yang agak terperinci sesuai dengan skema pemarkahan (ahakz). Kaliru dengan identiti, sama ada berserius atau sekadar suka-suka. Kadang-kadang okay lah, tapi bila mana ini dipolitikkan (dalam hubungan), maka saya rasa ia tidak  lagi praktikal. Malah mencabar maruah dan seperti sudah hilang rasa hormat!! Segalanya dihurai dengan panjang lebar. Sudah jelas. Maka saya tertidor di sejadah tatkala sesudah magrib. Hinggalah kini, bangun untuk solat isyak. Segalanya terkawal dan okay.  Saya sekadar menulis apa yang saya rasa. Sekian




P/s=  Saya sekadar memberikan pengajaran. Bila mana tergigit, mudah sahaja diajak clash. Ini mengalah sebelum berperang. Mengajar cara memberikan penghormatan dan nilai pada sebatang tubuh yang tiada nilai ini!! saya juga insan lemah, tiada berdaya!!