Pages

Monday, December 31, 2012

Tahun Baharu 2013



Tahun baharu yang semakin dekat,
umur yang semakin meningkat,
dan hayat semakin lewat,
Beza tingkah masa yang singkat,
Apalah kita sebagai jagat,
Seputar masa yang terdekat,
Menunggu masa membilang hayat!


Kalam Pendeta.
Sembrong. 31.12.12.

Thursday, December 27, 2012

Syukur

Mari pelajari syukur
untuk hati agar tidak takbur
Dengan segala nikmat yang di tabur
Moga rezeki diperoleh tiadalah kabur.

Kalam Pendeta
Sembrong. 271212.

Ikhlaslah duhai hati!

Hari ini mesyuarat guru kali pertama. Sebenarnya semalam lagi mesyuarat berlangsung. Semalam dengan pengisian mukaddimah daripada pihak pentadnir. Manakal hari ini,  koko dan kurikulum. Saya dan beberapa sahabat yang lain mendengar beban tugas guru pada 2013. Seperti biasa, bebanan tugas yang saya kira senantiasa bertambah. Kadang-kadang, betul juga kata penolong kanan, ‘kita tak dapat nk puaskan hati semua pihak’. Dan kadang-kadang saya agak memberontak dengan tugas dan tekanan yang di berikan. Bila saya singkap kembali, tiada gunanya saya emosi dan ikut serta ber ‘empati’ dengan  emosi rakan-rakan yang lain. Kerja yang banyak, maka redha lah. Mungkin dengan kaedah ini rasanya boleh memupuk jiwa supaya ikhlas dan syukur dengan apa yang kita ada. Allah huakbar..sukarnya nk ikhlas.. Kita di bayar gaji. Maka ikhlaslah. Apa pun kita, digolek ke mana pun kita, kita yang di bawah juga yang kena. Hurmmm…Ya Allah, ikhlaskan lah hati ini. Sata mahu gaji yang saya terima itu bukan sekadar gaji, gaji dan pahala yang datang bersamanya. Sukar untuk pupuk keihkhlasan hati. Haish!!

‘Ya allah, ikhlaskanlah hati ini agar segala rezeki yang aku terima dari mu mendapat berkat, dan janganlah engkau jadikan aku hamba yang tidak bersyukur dengan segala rezeki yang telah engkau berikan’. Aamin.

Kalam Pendeta.
Kluang. 271212

Monday, December 10, 2012

Saya Suka Budak Maktab!

Salam alaik.

dan kenangan bersama budak maktab itu tidak juga akan luput dek ingatan ..

1. IPGKKB. Kenangan yang tersimpul rapi. Hampir setiap rusuk kawasannya saya lazimi. Dan hari ini, saya tak mungkin ke 'maktab' lagi. dan  Saya bukanlah 'budak maktab'.

2. Pengkalan chepa. Suatu sisi yang saya kira tidak boleh saya lupakan dalam lipatan kenangan. Semuanya tersemat kejap di benak. Memikirkan apakah ia akan berulang, mungkin? atau tidak. apa pun jika ia berulang sekali pun tidak juga ia bermakna buat saya. :)

3. Kota Bharu. Sebuah daerah rindu yang senantiasa menggamit memori tatkala saya hampiri daerah ini. Dan kini, saya masih lagi ke Kota Bharu, tetapi kini tiada lagi makna. Saya sendirian tanpa seorang teman :)

4. Airport Pengkalan Chepa. Tiada apa yang boleh saya ungkapkan, melaiankan lambang pertemuan dan perpisahan.

Sekian.

Kalam Pendeta.

Sunday, December 9, 2012

Tenang!



Sebulan yang tenang,
Kini, 3 disember mendatang,
Esok dan seterusnya;
hari-hari yang kian bertambah angkanya,
Untuk amanah yang pasti menanti saatnya!

isi rehat ku tafakur,
Melampias syukur,

Alhamdulillah Allahu Akbar!

Kalam Pendeta
03122012. Rantau Abadi.
Amar Al-Bakhtiar

Disember!



Seputar masa
yang pantas tersisa
dengan bersahaja!

Setenang Damai Desa



Tenanglah duhai jiwa,
Setenang air di lubuk perwa,
Setelah berhempas perit,
Dan datanglah tenang sekonyong berkampung,
di lubuk yang paling dalam,
dikampung halaman bertandang jua.

Amar Al-Bakhtiar
Rantau abadi. 19112012.
Fikrah Kalam Pendeta.

Sunday, November 11, 2012

Cerita Jumaat. Bercutilah!


Cerita Jumaat.


Pagi jumaat yang amat suram dengan taklimat yang disampaikan oleh tuan big bos….

‘eh ada taklimat lagi ke pagi ni?’ saya hanya mengangkat bahu dan melemparkan senyuman ngeri buat rakan yang bertanya. “aah. Ada kot. Amanat terakhir sebelum cuti la agaknya’.

Saya cuba memberikan harapan dan jawapan yang positif kepada rakan saya. Jam tepat jam 720 minit pagi dan keadaan sekolah yang sudah hampir lengang. Ada sesetengah pelajar yang lain di cutikan atas sebab-sebab peperiksaan SPM yang kini sedang berlangsung. Saya mara ke dewan mesyuarat dengan hati yang amat gusar dan otak yang penuh dengan segala bagai kerja yang masih menimbun. Bentak hati, aish, mesyuarat apa lagi! Sedikit menegah! Seorang demi seorang rakan-rakan saya meluru masuk ke dewan mesyuarat. Pembesar suara telah pun dihidupkan dan tuan pengetua mula memberikan ucapan. Sebermulanya ucapan, maka mulut saya terus sahaja menguap. Mungkin saya telah menjangkakan apa yang bakal diucapkan oleh pengetua menyebabkan saya bertindak menguap memberikan respon negetif kepada ucapan pengetua :P. apa boleh buat. Saya jujur. Itu sahaja yang boleh saya pamerkan pada big bos tercinta J. Sorotan demi sorotan intipati mesyuarat di umpil. Saya mendengar dan sesekali mengiyakan apa yang di ceritakan. Mesyuarat tamat. Ada amanah yang perlu saya lunaskan. Melunaskan tugas-tugas HEM sebelum balik bercuti dan melengkapkan notis serahan tugas kepada bigbos. Alhamdulillah. Segalanya setel walaupun agak perit di pertengahhnya J

Usai solat jumaat. Ada lagi yang tertinggal. Surat untuk PK KOKO. Meluru ke sekolah dan selesaikan lagi apa yang patut. Dan akhirnya saya sudah agak malas ke sekolah lagi. Setelkan apa-apa kerja yang patut dan saya tinggalkan SMKSS dengan jayanya. Balik ke rumah dan diajak oleh rakan rumah sebelah untuk keluar bersama memeriahkan jamuan kelasnya. Saya turutkan sahaja kemahuannya. Kami ke KFC dan makan-makan. Ada anak-anak didik saya. Kami makan bersama. Suasana biasa sahaja, mungkin sebab di KFC. Ramai orang yang tidak di kenali. Makan-makan dan minum, saya ke panggung wayang. Bercadang  untuk tengok cerita yang menarik. Em saya memilih skyfall. James Bond 007. Ok lah jugak. J cerita tengok wayang tidak habis di sini. Ada rakan lain lagi mengajak saya jalan-jalan di kluang Mall. Saya turutkan sahaja. usai solat magrib bersama, saya mengajak rakan saya tengok wayang lagi. Haha. Kali ni saya pilih Soar in to the sun. cerita korea. Best lah jugak. Usai tengok wayang pukul 10. Saya menunggu rakan yang lain datang. Ada member ajak karok. Saya layankan saja. Kami berkarok hingga pukul 2 pagi. Haha lama jugak tak buat kerja gila cam ni. Balik ke rumah jam 3 lagi. Usai supper, terus balik ke rumah. Solat dan key in markah PBS. PBS setel. Alhamulillah. Saya tidur dengan nyenyak tanpa memikirkan apa-apa lagi tugasan J

Rasanya, agak lama saya tidak merasi nikmat hidup yang begini. Saya betul-betul release tekanan. Alhamdulillah. Kekadang perlu juga hiburan dengan rakan-rakan. Perlu masa yang berkualiti dan rehat yang cukup. Rehat yang cukup. Tidak perlu fikir tentang kerja yang menimbun J

Apa pun, cikgu-cikgu, nikmatilah cuti yang berbekal ini. Nikmatilah. Dan kembalilah bertugas pada tahun 2013 dengan penuh kesegaran dan semangat! J

Selamat bercuti!

Kalam Pedeta.
Kluang. Sembrong.
111112

Wednesday, October 17, 2012

Cerita gaji.



Setiap bulan, mana-mana penjawat awam akan dapat gaji. Gaji? Siapa yang tak nak kan. Gaji seperti upah kita bekerja. Sebagai panjawat awam, gaji dan berhenti kerja adalah hak kita. Kita berhak keatas dua perkara ini. Setiap bulan juga kita akan berkira-kira apakah yang ingin kita lakukan dengan gaji yang kita dapat. Belanjawan mestilah memadai dan tahu apa itu erti berjmat cermat. Alhamdulillah sepanjang gaji yang telah saya terima ini, saya cukup dengan apa yang saya dapat. Walaupun hampir 60% saya gunakan wang gaji saya untuk menolong emak di kampong, saya masih lagi boleh makan, pakai, minum, bayar rumah sewa, internet dan segala bagai. Alhamdulllah. Semoga keberkatan ini berpanjangan. Baharu sahaja saya lihat slip gaji tadi di ANM. Berbunga hati. insyaAllah, jika tiada aral tahun ini akan habislah segala hutang piutang. Akan memikirkan pula apa yang bakal saya belanjakan pada tahun depan. Matlamat mesti ada.

**saya sedang mengimpikan sebuah ‘belati besi’ untuk saya bergerak balik ke kampong dan untuk urusan  rasmi sebagai seorang guru. Moga-moga ada rezeki untuk saya kelak! Aamiin J



Sunday, October 14, 2012

Ahad: Hari berkhutub khanah!


Hari ini, 
Berkhutub khanah,
Melangsaikan segala amanah,
Yang terpikul selama mana diamanah,
Setahun lamanya;
Moga bermanfaat, moga tiada kalut
di hari depan kelak!

aamin :)

Sembrong. 14102012.

Saturday, October 13, 2012

Lepas



Telah ku lepaskan ia sendirian,
olehnya yang inginkan segala kebebasan,
Semoga ia menjadi pengajaran,
untuk lebih tegar mendamba impian.

Masa hadapan,
Semoga ada peluang di lain masa dan tika,
Untuk aku lebih memahami,
apa itu erti pengorbanan dan harapan.




Kalam Pendeta.
13102012.Kluang.

Friday, October 12, 2012

Hari-hari seorang pendeta.



Meniti hari yang penuh berbalam. Semangat mengajar tetap utuh namun ia kadang di matikan oleh segala tugas yang tiada kaitan. Kuli yang berada di bawah akan terus di tekan oleh sang ketua  untuk dapatkan apa sahaja yang di inginkan.  Apa sahaja, dalam erti kata arahan yang penuh makna yang tersirat. Kita sebagai orang bawahan dengar sahaja apa yang di ertikan. Mudah dan tidak perlu banyak bunyi. Jangan banyak komentar tentang apa sahaja yang di arahkan. Dengar sahaja dan buat. Jika tiada di lunaskan tunggu sahaja padahnya. Apa pun saya syukur dengan adanya rezeki yang Allah kurniakan ini. Tak semudah yang kita sangkakan menjadi seorang ketua bukanlah mudah. Bukan mudah untuk kita puaskan hati semua pihak. Ada juga pihak yang akan tidak berpuas hati dengan segala kerja buat kita. Kita kena positif. Kena senantiasa ada sifat sabar dan redha dengan segala ketentuan Allah. Saya redha dengan saya menarik diri daripada meneruskan pengajian sarjana. Saya redha walau dalam hati penuh rasa yang amat kecewa dengan diri. Saya tetap doakan apa yang saya lakukan ini adalah untuk masa depan saya. Mengejar sesuatu impian yang telah lama saya idamkan. Kini saya kuburkan dahulu seketika. insyaAllah ada rezeki di lain hari. Meskipun ada juga yang ingin menolong, saya katakan ‘ kamu hanya tahu mengatur dan menulis merahan sana dan sini, yang menanggungnya aku!!’. Ini realiti sebenar. Mungkin saya silap percaturan. Dan mungkin juga niat saya pada mulanya tidak ikhlas. Apa pun saya syukur jika ini bukan lagi rezeki saya. Mungkin di lain masa. insyaAllah. Saya malu pada mahaguru saya, saya mohon maaf. Saya tidak cukup kuat untuk menangkis segala cabaran ini. Mungkin tuan tidak berada di tempat saya. Jika saya andaikan tuan berada di tempat saya, mungkin juga tuan akan begini.  Cukup sahajalah tuan doakan saya berjaya kelak. insyaAllah tuan masih ramai orang yang boleh di harapkan. Saya doakan juga agar tuan dapat capai cita-cita tuan dengan jayanya. InsyaAllah. Aammiin. J

Kekanda Amar 
13102012.Sabtu.
Kluang, Johor.

Henti!


Kita henti sahaja di sini
Ia sudah tidak bererti,
Maharaja tertua bangkit menyendi,
Dan pada ketika ia bingkas berdiri,
Kekuatan ini mulai mati,
Dan semakin tiada erti,
Menunggu sahaja hari berganti, 
Esok atau lusa tiada sudah bererti
Segala harapan hancur tiada tinggal berbaki.

Saki kenangan





Saya lepaskan segala kenangan menimba ilmu sebagai pelajar sarjana. Moga ia ada hikmah dan berikan saya kekuatan untuk harungi segala kesusahan dan keperitan di sini. Ujian mu amat besar. Moga ada rezeki di lain hari. 





Saya mohon maaf!

Kekanda Amar Al-Bakhtiar
10102012. Sembrong.

Thursday, September 13, 2012

Dendam

Dendam semalam
Yang masih di pendam
Tak kan sekali ku padam
Dek angan yang berbalam. 

Fikrah kenangan.
Kalam Pendeta
02092012. Sembrong.

Tongkat Bonda


Di jalanan,
Tongkatnya mulai hencut,
Belakangnya keperitan,
Langkahan rezeki mulai kecut,
Dek usia yang kendur!

Setiap kalam doaku,
Mendoakan agar kesihatan Ma baik-baik sahaja. 
Amen.

rindu Ibu.
Anakanda Kekanda Amar Al-Bakhtiar
06092012

Guru



Didik ajar mu guru,
ditempatnya segala ilmu,
agar pekerti mu tidak dungu
untuk bekalan ke anak cucu!

Dedikasi khas buat Anak Sembrong 
Kalam Pendeta. Sembrong. 
10092012. Kekanda Amar Al-Bakhtiar

Wednesday, August 1, 2012

Sepuasnya!


Baharu kini ku rasakan,
Kepuasaan hidup,
yang tiada pernah redup,
dek awan yang selalu rawan!

Kalam Pendeta
Sembrong! 30072012

Monday, July 30, 2012

Sepuasnya!


Baharu kini ku rasakan,
Kepuasaan hidup,
yang tiada pernah redup,
dek awan yang selalu rawan!

Kalam Pendeta
Sembrong! 30072012

Monday, July 23, 2012

Telapak Bonda nan Ramadhan Kareem.



Ramadhan ini,
Masih lagi ku ingat jemari,
Yang memberi seulas kasih dan rasa,
Untuk anak-anaknya merasa,
Onde-onde dan markisa,
Kala kita sama berbuka.

Ramadhan ini,
Saat itu tiada lagi,
Seputar di rantau ini,
Masih lagi ku merindui,
Telapak jemari,
Tunjuk itu dan ini,
Untuk anakmu merasa;
Kasih yang tiada bertepi.

Ramadhan ini,
Beruntunglah mereka,
Yang masih luang masa,
Bersama bonda berbuka,
Menikmati ramadhan penuh bahagia!

Anak Rantau,
Terasing hiba,
Kala ramadhan menjelma!

Merindui bonda!

Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
18072012.Sembrong. Kluang!

Korban cita




Apa yang di pendam,
Kini hanya tinggal sebuah dendam,
Yang tidak tahu bilakah akan terpadam,
Dek ruang dan masa yang sentiasa suram,
Disaat cita dan amanah bertikam,
Redhalah hati walau cita yang ditikam!

Tinggalah cita sejenak,
demi amanah yang mendesak!

YaAllah. Ku lepaskannya demi amanahmu. Ya allah gantikanlah ia dengan kegembiraan yang hakiki agar tidak ku bersedih meratapi cita yang lama ku idamkan. Dengan kuasamua ya Allah, pemberi segala rezki dan rahmat untuk hambamu yang sering meminta-minta!

Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
16.07.2012. Sembrong!

Seikhlas Adanya!




Jadilah yang ikhlas,
Agar hidup beroleh berkat.

Jadilah yang ikhlas, 
Agar senang ditimbang berat.

Jadilah ikhlas,
Moga pahala yang di balas,

Jadilah Ikhlas,
Agar Senang beribadat.

Jadilah Ikhlas,
dan;

Bersabar atas segala ujiannya,
yang padanya,
adalah yang tidak terhitung banyaknya!! 

Ya allah, jadikanlah aku sebagai hambamu yang senantiasa syukur dan ikhlas dalam melaksanakan apa jua tugasan amanahku. Allah.

Ku Bersimpuh, 
Manadah ampuh
Memohon kekuatan,
Meneruskan kehidupan!!

Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
04072012. Sembrong.

Lama Dahulu




Lama dahulu, 
Angin ini tidak pernah berhenti,
Sehingga kini, masih lagi ku menanti,
Bahawa segala janji manis mu akan tepati.

Lama dahulu,
Semangat ini senantiasa sebati,
Hari-hari yang di lalui penuh peri,
Dengan harapan ia menjadi realiti,
Tantang cita yang tidak pernah berbelah bagi ini!

Ku diuji sekuatnya! 
Ya Allah bantulah!

Kalam Pendeta
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
28062012

Bohong!




Tika bibit bibir anak muda mula berbohong,
Maka jadilah lagenda siakap senohong,
Bahawa tiada sekelumit rasa pun mengatakan dusta pada orang tua mu;
Yang lama mendidik, tutur dan beri mu wang,
Yang lama berperah keringat demi impian anak mu,
Yang kini tiada lagi mengenal erti syukur dalam usahamu.


Ya Allah. janganlah engkau jadikan anak-anak ini pewaris kepada anak-anak yang menipu orang tua dan jadikanlah anak-anak ini sebagai anak-anak yang pandai mengenal erti syukur dan nikmat hidup atas muka bumi Allah ini. amen.


Dedikasi khas puisi ini buat tingkatan 3 inovasi.

Kekanda Amar Al-Bakhtiar
PPAS. Selangor. 12072012

Wednesday, May 30, 2012

Sekitar SMKSS

Tanggal 30 Mei 2012
Rabu.

Hari semalam merupakan hari yang ketiga dalam program OGB 2012. Saya berkesempatan untuk mengambil gambar dan potret sekitar sekolah untuk dijadikan bahan atau bukti semasa menulis laporan kelak. Gambar-gambar ini diambil pada waktu pagi dan saya masukkan sebahagian gambar yang telah saya ambil ke dalam blog untuk tatapan para pengunjung sekalian. 

Sekolah setahun jagung,
banyak kerja yang terpaksa di tanggung!




   Logo sekolah. SMK. Seri Sembrong, Kluang, Johor.
Sekolah ini mengamalkan konsep sekolah penyayang. 



 Stesen di mana para pelajar menunggu ibu bapa dan penjaga datang menjemput pelajar.
Fasiliti yang menarik dan lengkap. 

 Pandangan dari sebelah luar sekolah. Jika dalam perjalanan melalui jalan lama menuju ke daerah Mersing, sekolah ini berada di sebelah kanan.

 Susur masuk  ke SMKSS. 

 SMKSS

 Bangunan yang dihadapan merupakan pejabat pentadbiran dan pejabat sekolah.

 Pejabat sekolah. Pandangan daripada sisi dalam.

 Hari-hari saya memanjat tangga ini menuju ke pejabat dan ke bilik guru. 
Bilik guru berada di aras dua, manakala bagi pejabat aras satu. 
dan bagi suatu tempoh yang panjang,35 tahun yang akan datang, 
tangga ini jugalah yang akan saya panjat bagi menghabiskan sisa-sisa perkhidmatan seorang guru

 SMKSS. Di hadapannya adalah padang sekolah.

 Kerusi rezeki. 35 tahun saya di sini kelak. Dengan meja dan kerusi yang sama.
 Mencari rezeki, meneruskan kelangsungan hidup. 
Tempelan memo-memo tugsan yang belum lagi terlaksana!

 Ini merupakan dataran perhimpunan. Setiap pagi isnin, perhimpunan akan di adakan di dataran ini. 400 orang pelajar akan berkumpul mendengar amanat daripada guru-guru.

Sudah menjadi kebiasaan, setiap pagi jumaat akan di adakan bacaan yasin secara berjemaah. Semua guru muslim dan pelajar muslim akan berkumpul di dewan terbuka ini untuk sama-sama membaca yasin. Akan ada seorang guru atau murid yang akan mengepalai bacaan yasin. InsyaAllah. 



Lampiran gambar-gambar sulung yang saya ambil di sekolah ini merupakan rakaman pertama kerjaya saya sebagai seorang guru di sekolah ini. Doakan agar semuanya akan baik-baik sahaja kelak. Apa pun, sekolah baharu, banyak perkara baharu yang perlu di pelajari. Doakan agar semuanya baik-baik sahaja. Amen.


Kalam Pendeta.
Kekanda Amar Al-Bakhtiar
Bumi Rezeki. Sembrong. Kluang Johor.
31.0502012


Tuesday, May 29, 2012

Orientasi Guru Baharu! (OGB)



OGB bermula 28 Mei  hingga 1 Jun 2012. 

Alhamdulillah. Kami guru-guru baharu  didera selama 5 hari di sekolah berikutan program  orientasi guru baharu. Tiada apa  yang kami buat di sekolah melainkan menjalankan tugas-tugas pengkeranian yang sangat banyak dan membebankan. Bayangkanlah, sekolah yang baharu sahaja setahun jagung dengan sistem pegurusan yang juga masih baharu telah menjadikan kami guru guru baharu mencuba sesuatu yang juga baharu! Apa pun ini pengalaman yang amat bernilai. Menimba pengalaman dariapda inkuiri pengalaman dan penerokaan adalah lebih baik daripada tidak belajar. Sekurang-kuranya saya kini tahu apa tugas-tugas sebagai seorang ketua panitia geografi di sekolah. Untuk rekod, sekolah ini tidak mempunyai guru geografi yang  opsyen. Hanya saya seorang sahaja guru yang opsyen mengajar geografi. Selebihnya dalah guru daripada opsyen lain yang di berikan tugas untuk mengajar geografi di tingkatan satu, dua dan tiga.  Senario ini merupakan perkara biasa yang berlaku di sekolah. Apa pun tugasan rasmi yang bakal saya dapat adalah selepas dariapda cuti kelak. Bermulanya persekolah penggal kedua maka bermulalah tugas-tugas berat yang bakal di bebani. Saya tidak tahu sama ada boleh hadapi ini atau tidak. Memikirkan pengajian sarjana yang masih lagi boleh belum di sentuh. Memikirkan juga bagaimana untuk ke Tanjung Malim untuk berjumpa dengan penyelia dan juga sering kali juga memikirkan apakah tanggapan penyelia setelah sekian lama tidak berjumpa dengan beliau. Saya telah mula segan-segan kucing untuk berjumnpa dengan beliau. Ini lah yang mebebanklan firkiran saya. Gaji masih lagi belum kunjung  tiba. Mungkin sebelum raya dapatlah gaji ini. Apa pun, untuk ke tanjung malim memerlukan persediaan yang rapi. Saya ada menerima nasihat daripada sabahat saya, kata beliau......”amar keje dulu, dah stabil baru fikir cam ne nak teruskan. Amar di bayar gaji untuk berkerja untuk menajdi seorang guru, maka laksanakanlah tanggungjawab dengan sebaiknya”. Ini kata beliau. Ada juga betulnya. Inilah cabaran, sebelumya  laptop saya rosak dan tidak dapat di baiki, maka saya terpaksalah berhutang dengan rakan saya untuk mendapatkan sebuah laptop yang baharu dengan harapan akan dapat menulis kajian. Tapi harapan ini hanya tinggal harapan, saya masih lagi tiada masa untuk semua itu. Oh tuhan mu, apakah ini dugaan yang terpaksa aku hadapi?? Apakah impian ini akan terkubur? Atau apakah ia akan di gantikan dengan rezeki yang lain??. Semoga saya di positifkan kelak.

Seperti tiada akal...
Hanya ketabahan yang berbekal...... J


Kekanda Amar Al-Bakhtiar
Sembrong. 29052012.
Bumi Rezeki