Pages

Monday, July 25, 2011

Raikanlah; Apa adanya. Saya bersyukur.

Lama sudah saya tidak mencoret. Kesibukan!

Tanggal 27 Julai 2011, esok adalah hari konvokesyen saya. Hati melonjak girang. Girang kerana bakal memakai jubah dan mortar di kepala. Lambang pakaian akademik bagi pelajar-pelajar yang bakal bergraduat. InsyaAllah, bakal memakai jubah yang lagi berbaki dua kali. Jika ini diizinkan oleh NYA. Pada konvo kali ini, saya sedikit merasa kosong. Kosong mungkin sebab memikirkan gaji yang tidak kunjung tiba. Agak terbatas bila ingin berbelanja. Biarlah. Adalah rezeki saya nanti. Menantikan busana baharu untuk berkonvo mungkin tidak lagi. Saya  memakai apa adanya pada hari besok. Biarlah tidak berbaju baru sekalipun, apa yang penting hari konvokesyen wajib diraikan. Berkata seorang pensyarah saya ‘ Raikanlah hari itu. Belajar menghargai apa yang ada’. Saya mendengar dan mengambil iktibar.  Ada juga yang ingin memberikan bantuan membeli baju, saya menolak kerana biarlah baju yang saya beli itu adalah titik teluh dengan duit saya kerja. Walau  apapun perasaan. Saya tetap dengan wajah ini. Senantiasa ceria dan girang. Petang ini ayahanda dan bonda serta adik-adik akan sampai di bumi ilmu. Meraikan kejayaan abangnya barangkali. Kami tidak biasa ke negeri luar. Mungkin ini adalah pengalaman pertama adik-adik. Saya menelfon mereka tatkala berada dalam bas. Mereka girang dan gembira. Teruja ingin ke Majlis istiadat konvokesyen. Saya terharu. Lalu berkata’ datanglah adik-adik, abang hidangkan apa yang ada sahaja, insyaAllah.’

Hari esok pasti diraikan. Meraikan dan belajar menghargai diri sendiri, penat lelah berhempas pulas selama 4 tahu demi segulung ijazah.  Hari yang diraikan oleh para-para graduan. Para konglomerat-konglomerat gambar dan bunga sibuk berniaga. Saya ada menempah juga gambar. Ketika mampu  dahulu! Biasa-biasa sahaja. Sekadar kenangan di hari konvokesyen. Bergambar bersama ahli keluarga sementara mereka masih ada. Ketika menelefon tadi, ayahanda girang. Katanya ‘Kami datang meraikan amar, kejayaan amar’. Saya terkedu. Kadang-kadang kata-kata ayah juga berbisa. Saya gelak kecil. Biasa sahaja ayahanda. Ini baharu ijazah. Biasa sahaja. Itu pun ijazah kelas kedua atas. Ramai yang dapat kelas pertama. Saya bukanlah pandai manapun. Biasa sahaja.  

Ya, pastinya esok hari untuk saya menghargai diri sendiri. Penat lelah belajar. Sungguh tidak di sangka-sangka. Saya juga mampu memiliki ijazah. Walhal saya bukanlah orang yang pandai. Cuma  sedar diri akan kelemahan dan kekurangan, senantiasa ingin lebih daripada orang dan berusaha untuk mendapatkannya. IsnyaAllah, untuk konvo sarjana nanti. Saya akan dapatkan juga baju baharu. Untuk saya kenakan dengan jubah “dua line dan bersongket labuh kebawah”.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
P/S: Buat teman-teman sekuliah dan pernah berkerja dengan saya sewaktu dalam sesi pengajian. Tahniah. Ini adalah hari untuk kita menghargai diri sendiri. Apa adanya kita pada hari itu, itu lah kita. Menantikan raut wajah ayahanda, bonda dan adik-adik. Cukuplah sekadar mereka mengembirakan hati yang sedang membujuk layu ini. Agar hari esok lebih tenang dan damai. IsnyaAllah.

Amar
Bumi Ilmu
Tanjong Malim
26 Julai 2011
Pejabat.