Pages

Tuesday, October 18, 2011

Cukup-Cukuplah!

Tanggal 18.10.2011 (Selasa)

Hari ini penyelia saya agak ‘kesibukan’ menyediakan geran penyelidikan yang baru dan beberapa urusan birokrasi yang lain. Biasalah. Itu perkara normal kepada penjawat awam yang telah bekerja. Hari ini saya ditanya ‘ untuk geran yang baru ini macam mana amar, mahu dibayar gaji bulan atau mengikut hari’ ujar beliau. Beliau menjelaskan lagi, kalau untuk gaji bulan, Cuma dapat bertahan sepanjang 3 bulan sahaja. Kalau untuk gaji hari, mungkin boleh bertahan sehingga lebih daripada 3 bulan. Saya diberikan masa untuk berfikir dan membuat keputusan. Semasa saya memandu motosikal menuju ke sebuah pekan buku UM yang tidak jauh daripada kampus, saya memikirkan masa depan saya. Memikirkan borang penempatan perguruan yang masih lagi belum dibuka dan tidak tahu bila tarikh posting nya, maka saya memikirkan peluang dan jangkaan masa panjang.  Biarlah saya dibayar gaji hari, walaupun tidak banyak (bezanya dalam RM 500), tapi melalui cara ini mungkin saya dapat bekerja di sini dengan lebih panjang lagi. Memikirkan untuk mencari kerja lain adalah sesuatu yang mustahil bagi saya. Biarlah saya di sini. Lebih selesa bekerja dengan orang yang sudah kita kenal.  Harapan agar ini akan dapat membantu saya untuk menyiapkan tesis sarjana yang lagi berbaki ini. Saya kira dengan wang hidup RM 800 sudah cukup  untuk menyara kehidupan saya di sini. Berjimat cermat. Saya mungkin sudah terbiasa sebegini. Insya-Allah. Semoga ada keberkatan. Amen. 


P/s:  Saya memikirkan, ‘cukup-cukup’ lah saya di sini dengan apa yang saya ada. Berbanding dengan orang lain yang tiada punya apa-apa dalam senggang waktu yang ada ini. Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan ini. Moga ini akan dapat terus memandu saya supaya menjadi insan yang senantiasa bersyukur pada rahmat MU.

Terima kasih Dr Mazdi. Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan budi tuan. InsyaAllah.


Amar
Pejabat
Anjung Ilmu. Tanjung Malim.

Sunday, October 16, 2011

Bengkel Analisis Data SPSS : Peringkat Permulaan


Tanggal 16.10.2011. Ahad. 

Berpagi-pagi lagi bangun dan mengerjakan subuh di pagi hari. Seperti biasa, saya akan mandi dan solat seperti mana  biasa. Hari ini ada majlis ilmu di kampus. Sebelumnya saya mendaftar nama di IPS sebagai salah seorang peserta mengikuti bengkel SPSS bagi peringkat permulaan. Makanya, pagi ini saya bangun dengan penuh bersemangat dan penuh iltizam. Saya sampai di makmal komputer awal sedikit. Pintunya masih belum dibuka lagi. Tetapi pensyarahnya sudah hadir bagi memberikan ilmu! Inilah kelemahan apabila bengkel dibuat pada hari bercuti. Orang yang di pertanggungjawaban untuk melunaskan apa yang perlu tidak efektif melakukan tugas. Sempat juga saya dan beberapa peserta lain menunggu di luar makmal selama 15 minit sebelum pintu dibuka. Majlis bermula. Dr Jamal daripada FPE sebagai moderator pada bengkel kali ini. Beliau juga merupakan kenalan kepada penyelia saya. Lulusan Doktor Falsafah Pengurusan Pendidikan dari UUM. Sebuah universiti pengurusan yang saya fikir tempat orang-orang hebat statistik berkutub khanah. Beliau memulakan bengkelnya. Segala inputnya bernas dan jitu. Sama seperti mana apa yang diajar oleh penyelia saya. Saya juga ditanya oleh beliau, daripada Fakulti mana dan kursus apa yang diambil. Saya memberikan penjelasan mengatakan saya daripada FSK, pengkhususan Geografi (Pengangkutan), maka beliau terus menyapa, mengatakan adakah penyelia saudara Dr Mazdi? Saya mengiakan pertanyaan beliau dan menyatakan ‘ awak hubungi dia pun boleh kalau nk blaja statistik’. Sebelumnya saya ditegah oleh penyelia saya agar tidak memaklumkan yang saya merupakan anak buah kepada Dr Mazdi. Tapi apakan daya, beliau bertanya dan saya menjawab secara jujur. Kelas dan bengkel diteruskan. Secara kasarnya, sememangnya kelas ini adalah untuk bagi mereka yang baru sahaja ingin memulakan penyelidikan. Diajar secara asas dari memasukkan data sehinggalah cara analisis data deskriptif dan sedikit statistik inferens. Secara keseluruhannya, saya hanya pergi ‘memanaskan’ nasi sahaja. Alhamdulillah. Banyak juga yang saya recall ilmu sarjana muda dahulu sewaktu menulis tesis. Di akhir bengkelnya, beliau menyarankan agar ke kelas analisis data Intermediate agar pemahaman tentang konsep analisis data yang lebih tinggi dapat diketahui. Saya menunggu kelas yang berikutnya. Dan target saya, kalau boleh semua kelas atau bengkel SPSS yang dianjurkan oleh IPS aya akan ikuti bagi menambah ilmu yang sedia ada dengan harapan jika saya ada peluang untuk sambung ke peringkat kedoktoran kelak, saya tiada masalah bagi bab analisis data. Insya-Allah.  



P/S: Setakat ini, apa yang diajar boleh saya faham dan ada beberapa ilmu baharu yang saya terima. Perlu dan senantiasa menambah ilmu. Janganlah kita sombong dan bongkak dengan ilmu yang kita ada. Kerana apa? Ilmu yang kita miliki juga hak Allah. Hak yang pastinya untuk dikongsi. Tidak rugi berkongsi ilmu dan terang menerang antara satu dengan yang lain agar apa yang kita peroleh senantiasa dimurnikan.  Dalam menulis kajian, konten haruslah mantap, penulisan dan kesantunan berbahasa yang baik dan Kemahiran mengupas dan analisis data amat diperlukan bagi memastikan tesis yang ditulis adalah mantap dan ada kebaharuan dalam dunia akademik.

Kata salah seorang pensyarah saya ‘kita menulis tesis bukanlah kita ingin menyelesaikan masalah dunia, tetapi apa yang kita tulis ini merupakan latihan akademik yang melayakkan kita diijazahkan sebagai penerima ijazah kedoktoran, perlu melalui beberapa fasa dan proses mematangkan kita’. Kata-kata ini akan saya ingat. Tambah beliau, ‘secangkir daripada apa yang kita tulis cubalah cari novelty nya. Ini baharu dikatakan sebagai mencerna dan membina cabang ilmu’ .. Ingat ya, carilah noveltynya! Pasti ada! Barulah P.hD! hehe' Ujar beliau.


Akan terus melangkah, tiada noktahnya!

Amar
Teratak Damai. Ketoyong. Tanjung Malim.

Tuesday, October 11, 2011

Kini, Tiada Lagi Kesalahan Ejaan!

Tanggal 12.10.11. Rabu. (urutan nombor nya yang menarik!)

Semalaman saya bersama penyelia menunggu seorang hamba Allah yang baik hati datang untuk memberikan pertolongan kepada saya. Nama hamba Allah itu adalah saudara Zahari. Asal saudara Zahari ini daripada Kelantan. Kerjanya adalah menolong orang! Diberitakan kehadiran beliau adalah pada waktu tengah hari dan saya menunggu beliau untuk datang ke bilik memberikan pertolongan. Pada masa yang sama, penyelia saya juga sibuk dengan tugasan harian meninggalkan amanah kepada saya supaya ‘mengaktifkan perisian’ tersebut ke dalam laptop nya juga. Saya menunggu. Sehingga pada jam 4 juga masih belum datang.  Sehinggalah pintu bilik ini diketuk. Saya telah menerima kunjungan daripada saudara Zahari. orang ini belum saya kenali. Ini merupakan pertama kali saya berkenalan dengan beliau. Orang nya agak mesra dan baik hati. Maka saya berborak lah dengan beliau beberapa kerat sambil melakukan kerja yang diamanahkan. Sebelumnya, penyelia saya meminta agar saudara Zahari ini mengaktifkan kedua-dua laptop perisian E-kamus untuk digunakan. Program ini dibangunkan oleh beliau dan membeli pangkalan data bahasa daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Ini kenyataan daripada beliau. Beliau juga merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Komputer daripada Universiti Malaya. Orangnya hebat. Saya kagum dengan beliau. Bukanlah orang sombong dan membangga diri. Peramah dan baik hati. Di laptop saya juga diaktifkan perisian E-Kamus tersebut. Dan tatkala ini saya sedang menulis ini, perisian E-Kamus sedang giat menjalankan kerjanya membetulkan kesalahan ejaan yang sedang saya lakukan! Perisian ini akan menunjukkan tanda merah pada ayat dan perkataan yang kita taip kiranya ayat tersebut silap dieja atau sebaliknya dan diberikan perkataan yang sebetulnya untuk diubah. Sebetulnya, saya memerlukan perisian sebegini keran inilah kelemahan utama yang ada pada diri ini. Sering kali tersilap  eja!!

P/S: Kata penyelia saya ‘ Saya sudah serik untuk membebel pada awak amar, ejaan selalu silap dan di dekat dan di jauh juga selalu ada’, ujar beliau dengan nada yang bersahaja. Dan  semalam, semasa beliau ingin pulang, raut wajahnya memberikan makna yang tersendiri. Beliau tersenyum! Saya katakan pada beliau ‘nanti dah tak da lagi dah Dr silap eja’ sambil saya gelak kecil dan beliau berkata ‘ada E-Kamus ni dah tak ada dah silap eja Amar’. Saya tergelak sendirian. Alhamdulillah. Satu masalah besar saya kira telah pun Allah selesaikan. Terima kasih Dr Mazdi dan Saudara Zahari. Allah utus kan kalian untuk berjumpa dengan hamba ini bagi meleraikan kekusutan. Kini mutu penulisan semakin baik! Insya-Allah. 


***Tiada lagi tanda merah kelihatan pada word ini! Hehe 

Sunday, October 9, 2011

Kursus Induksi Ijazah Sarjana Mod Penyelidikan dan Program Doktor Falsafah

Tanggal  9.10.11 (Cantik tarikh ini, berurutan nombornya!)

Saya di minta untuk hadir ke kursus induksi ini. Saya ditelefon oleh telefonis IPS dan sebelumnya telah menerima mesej daripada UPSI yang menjelaskan ada kursus yang perlu saya hadiri. Saya hadir bersama sahabat yang sefikrah yang lain. Alhamdulillah. Berpagi lagi bangun. Atas kapasiti yang sama. Sewaktu mendaftar saya disapa oleh beberapa kenalan ‘tua’ yang turut sama mendaftar bagi mendapatkan input pada sesi induksi pada kali ini. Tidak ramai yang hadir. Mungkin tidak ramai yang ingin menyambung pelajaran barangkali! Seharusnya ramai kerana tempat yang ditempah adalah Auditorium! Luas! Tetapi pada induksi kali ini ia dihuni  oleh beberapa orang sahaja pada mulanya. Dan semakin ramai dan memenuhi ruang tengah dewan.  Teruja juga. Ramai yang mendaftar pengajian siswazah di UPSI. Sesi ceramah bermula dengan ceramah yang disampaikan oleh Dr Syafinaz (TESL). Ceramahnya disampaikan dalam bahasa penjajah. Saya dengar sahaja! Bahasanya biasa sahaja dan mampu difahami oleh isi dewan. Mendengar ceritera orang yang belajar tinggi dan berkongsi pengalaman dalam menyiapkan tesis. Sebenarnya bukan mudah. Mungkin mudah bagi mereka yang tahu berbahasa inggeris. Ceritanya lagi, perjalanan bagi mereka yang menulis tesis dalam kalangan orang-ornag yang sudah berumah tangga adalah lebih manis. Manis kerana suda duka dikongsi bersama, bagi mereka yang bujang, keluargalah tempat mengadu kasih. Mendengar daripada mereka yang berpengalaman, teruja dan terasa momentum untuk menyiapkan tesis bertambah-tambah. Pada sebelah petangnya hujan lebat mencurah-curah. Curahan yang menyebabkan saya basah kuyup! Dan sebelumnya saya dan rakan-rakan menrancang untuk ke kedai Mr. Rahim, The Famous Cendol In Tanjong  Malim. Saya ke kedainya. Minum bersama. dan kembali ke dewan untuk mendengar sesi seterusnya. Harapan saya kali ini adalah untuk mendengar taklimat daripada wakil Springerlink (pengkalan data jurnal eletronik) tetapi agak malang, yang menyampaikan ceramah hanyalah wakil pustakawan sahaja! Kecewa kerana intipati taklimatnya agak biasa dan semua orang sudah tahu cara akses kepada jurnal eletronik di Perpustakaan Tuanku Bainun. Saya dengar sahaja. Mengantuk pun ada. Taklimat bersurai. Dalam banyak-banyak taklimat yang saya hadiri, taklimat pasca siswazah inilah yang saya kira agak sempoi dan relax. Barangkali pihak penganjur maklum pelajar-pelajar pasca siswazah tediri daripada guru-guru lama dan pensyarah IPG. Banyak ruang dan peluang diberikan agar kebebasan untuk bergerak dan menerima ilmu lebih selesa. 

P/S: Sering sahaja saya teringatkan Mr Rahim. Sering sahaja! Cendolnya yang sedap membuatkan saya terasa hari-hari mahu berkunjung ke sana! Ada masa dan ruang, ingin juga saya mengajak penyelia saya untuk bersama-sama menikmati cendol Mr. Rahim! Pastinya memukau! Yeah! Hehe

Mr. Rahim. J Marvelous!!

Saturday, October 8, 2011

Up-Town di Taman Bahtera??


Tanggal 9.10.2011. Ahad.

Pada satu malam saya ada temu janji dengan beberapa sahabat daripada kursus lain di taman bahtera dan kami minum-minum di kedai mamak berhampiran dengan kolej kediaman mereka. Saya hadir sebagaimana yang mereka minta. Saya diminta untuk memberikan pandangan tentang tajuk kajian yang telah mereka lakukan. Saya sekadar memberikan pandangan dan berkongsi pengalaman dahulu semasa menulis tesis. Setelah selesai diskusi, saya diajak oleh sahabat-sahabat ini untuk ke up-town. Saya bertanya ‘up-town’? bukan ke dishah alam?? Mereka tergelak dan menyatakan di taman bahtera juga telah ada up-town??? Sangat terkejut dengan kenyataan beliau. Maka saya turutkan sahaja mereka ke up-town tesebut. Saya sampai disana dan saya lihat hanya ada beberapa geai yang menjaual pakaian dan pentas nyanyian. Maka saya persoalkan pada mereka ‘ APAKAH INI DIKATAKAN UP-TOWN’???  mereka iya kan pertanyaan saya. Sungguh saya berasa sangat tidak selesa. Orang yang datang bukanlah ramai manapun. Saya kira kerugian lebih banyak berbanding keuntungan kalau siapa-siapa yang datang berniaga disini!! Pentas pula berfungsi sebagai tempat para muda mudi melalak! Bising! Maka ramailah anak-anak gadis yang keluar malam dengan pasangan masing-masing berjalan-jalan di UP-Town yang indah itu! megahlah meraka dengan ‘mahkota’ yang terbonjol!! saya tidak selasa dan saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

P/s: serasa saya tidak perlukan dijadikan sekitar taman bahtera itu sebagai kawasan yang berjual beli sehingga lewat pagi dan ditemani oleh nyanyian lagu-lagu yang pastinya akan mengganggu masa belajar para mahasiswa. Inilah kesannya apabila kawasan kolej kediaman yang tidak berada didalam kawasan kampus. Aktiviti mahasiswa tidak terkawal dan banyak pula anasir-anasir negatif daripada  luar!

Up-Town lah sangat! :P