Cerita Jumaat.
Pagi jumaat yang amat suram dengan taklimat yang disampaikan
oleh tuan big bos….
‘eh ada taklimat lagi ke pagi ni?’ saya hanya mengangkat
bahu dan melemparkan senyuman ngeri buat rakan yang bertanya. “aah. Ada kot. Amanat
terakhir sebelum cuti la agaknya’.
Saya cuba memberikan harapan dan jawapan yang positif kepada
rakan saya. Jam tepat jam 720 minit pagi dan keadaan sekolah yang sudah hampir
lengang. Ada sesetengah pelajar yang lain di cutikan atas sebab-sebab
peperiksaan SPM yang kini sedang berlangsung. Saya mara ke dewan mesyuarat
dengan hati yang amat gusar dan otak yang penuh dengan segala bagai kerja yang
masih menimbun. Bentak hati, aish, mesyuarat apa lagi! Sedikit menegah! Seorang
demi seorang rakan-rakan saya meluru masuk ke dewan mesyuarat. Pembesar suara
telah pun dihidupkan dan tuan pengetua mula memberikan ucapan. Sebermulanya ucapan,
maka mulut saya terus sahaja menguap. Mungkin saya telah menjangkakan apa yang
bakal diucapkan oleh pengetua menyebabkan saya bertindak menguap memberikan
respon negetif kepada ucapan pengetua :P. apa boleh buat. Saya jujur. Itu sahaja
yang boleh saya pamerkan pada big bos tercinta J.
Sorotan demi sorotan intipati mesyuarat di umpil. Saya mendengar dan sesekali
mengiyakan apa yang di ceritakan. Mesyuarat tamat. Ada amanah yang perlu saya
lunaskan. Melunaskan tugas-tugas HEM sebelum balik bercuti dan melengkapkan
notis serahan tugas kepada bigbos. Alhamdulillah. Segalanya setel walaupun agak
perit di pertengahhnya J
Usai solat jumaat. Ada lagi yang tertinggal. Surat untuk PK
KOKO. Meluru ke sekolah dan selesaikan lagi apa yang patut. Dan akhirnya saya
sudah agak malas ke sekolah lagi. Setelkan apa-apa kerja yang patut dan saya
tinggalkan SMKSS dengan jayanya. Balik ke rumah dan diajak oleh rakan rumah
sebelah untuk keluar bersama memeriahkan jamuan kelasnya. Saya turutkan sahaja
kemahuannya. Kami ke KFC dan makan-makan. Ada anak-anak didik saya. Kami makan
bersama. Suasana biasa sahaja, mungkin sebab di KFC. Ramai orang yang tidak di
kenali. Makan-makan dan minum, saya ke panggung wayang. Bercadang untuk tengok cerita yang menarik. Em saya
memilih skyfall. James Bond 007. Ok lah jugak. J
cerita tengok wayang tidak habis di sini. Ada rakan lain lagi mengajak saya
jalan-jalan di kluang Mall. Saya turutkan sahaja. usai solat magrib bersama,
saya mengajak rakan saya tengok wayang lagi. Haha. Kali ni saya pilih Soar in
to the sun. cerita korea. Best lah jugak. Usai tengok wayang pukul 10. Saya menunggu
rakan yang lain datang. Ada member ajak karok. Saya layankan saja. Kami berkarok
hingga pukul 2 pagi. Haha lama jugak tak buat kerja gila cam ni. Balik ke rumah
jam 3 lagi. Usai supper, terus balik ke rumah. Solat dan key in markah PBS. PBS
setel. Alhamulillah. Saya tidur dengan nyenyak tanpa memikirkan apa-apa lagi
tugasan J
Rasanya, agak lama saya tidak merasi nikmat hidup yang
begini. Saya betul-betul release tekanan. Alhamdulillah. Kekadang perlu juga
hiburan dengan rakan-rakan. Perlu masa yang berkualiti dan rehat yang cukup. Rehat
yang cukup. Tidak perlu fikir tentang kerja yang menimbun J
Apa pun, cikgu-cikgu, nikmatilah cuti yang berbekal ini. Nikmatilah.
Dan kembalilah bertugas pada tahun 2013 dengan penuh kesegaran dan semangat! J
Selamat bercuti!
Kalam Pedeta.
Kluang. Sembrong.
111112