Pages

Sunday, September 7, 2014

Karma

Karma yang ku ludahi senjakala dulu,
Kini kujilat kembali tatkala rindu beradu.

Sungguh aku menyesal!

Merindui suasana yang dahulu....

Kluang,
08092014.

Episod 7 September 2014

Maka secara nomboriahnya genaplah umur aku 27 tahun. Hari ini sama seperti yang terdahulu. Tiada apa yang menggembirakan melainkan rasa tua dan perlu fikirkan beberapa hal dunia dan ukhrawi yang tertangguh. Moga aku dikurniakan kekuatan untuk semua ini.  Mari nikmati hidup ini dengan rasa ceria dan syukur.

Selamat Hari Lahir Amar. Rewards diri sendiri :)

kbai.

07092014
Kluang, Johor.

Monday, March 31, 2014

Senjakala Merindu..


Tatkala senjakala,
Ku lukiskan sastera cinta,
dan dihamparan rindu,
Telah ku tanam kejap rasa itu,
di ujana qalbu.


AstanaGuruMuda
31032014. Kluang.

Friday, February 14, 2014

Hari Lahir Mama

Tanggal 14 Februari merupakan tarikh keramat buat bonda. Hari lahirnya. Dek fikiran yang bercelaru dan jiwa yang kurang bersedia menulis, maka pada tahun ini tiada puisi untuk mama. Sebaliknya saya menelefon mama pagi tadi. Hampir sejam kami berbual tentang rasa dan harapan. Seperti biasa mama yang sentiasa dengan perancangannya, bila mana cuti tiba maka banyaklah tempat yang ingin pergi meskipun kala ini adik saya yang kedua masih lagi berada di kampung halaman. Mungkin sudah biasa dengan anaknya yang sulung ini, maka banyak program yang diatur cuti bulan tiga nanti. Tengok sajalah. Saya turutkan sahaja kemahuannya kelak. Bawa sahaja kemana dia mahu pergi. Saya yakin, mama saya akan gembira. Gembira anaknya melayan kerenahnya. InshaAllah, selagi saya masih belum mendirikan masjid, maka emaklah yang saya dahulukan. InshaAllah. Saya mahu jadi anak yang baik. Ameen. Doa saya buat mama semoga terus kuat dan tabah walaupun anak-anak dikejauhan. Anakmu sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mu. Semoga terus dipanjangkan umur, dimurahkan segala rezeki dan inshaAllah mama, kita akan bersama-sama ke Makkatal Mukarramah nanti mengerjakan haji. InshaAllah. Saya akan jadi mahram mama nanti. Ya Allah, kabulkanlah permintaanku ini. amin.

Sekian.
Qalampendeta
Kluang.Astana guru muda.
14.02.2014.

Thursday, January 23, 2014

Seindah Firdausi.


Sesuci alunan zikir pagi,
Ku alunkan buat leluhur yang telah pergi,
Buat mu mohd firdaus fahmi,
Moga tenang di syurga firdausi.

Seindah nama;
Firdaus,
Sekudus syurga;
Firdausi,
Moga tenanglah jua;
Menghadap rabbul izzati.

Al- fatihah. Aamiin.

(Salam belasungkawa buat anak didik saya mohd firdaus fahmi yang telah berpulang ke rahmat allah pagi tadi.)


Astana Guru Muda.
2312014. Kluang.

Mandala Sukma

Di khutub khanah lamanya,
Ku hadam mandala sukma,
Buat Pengubat jiwa,
Tatkala lara,
Tiba.

Menghadam koleksi puisi setengah dekad pak samad.

Librari sekolah. 21012014.


Sunday, January 19, 2014

Desiran Rhu.



Pada rhu dan ombak,
Masih segar;
walau jauh meninggalkan jejak,
Pada sinar;
Secerah benderang menerangi pasak,
Kini rindu kembali menapak,
Tanpa gusar;
Dan kan ku ulangi,
Sejarah ini,
Walau berkali,
Sebagai memori abadi.

Merindui teluk ketapang.
19012014. Kluang.


 Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Ganu!!




 Rembat basikal budak...pheww..

Saturday, January 11, 2014

Angin senja.


Dingin senja,
Sedingin angin menyapa;
'Bawalah rindumu,
Ke ufuk paling syahdu,
Agar terus ia bersemadi,
Kekal dan mewangi'.

Kedai zubir.
11012014.kluang.

Sunday, January 5, 2014

Kiranya Ya Allah.



Kiranya,
Apa yang ku rasa,
Adalah kurnia,
Dari Mu Ya Allah Azzawajalla,
Maka aku redha,
Ku titipkan doa,
Ku panjatkan sehabis rasa,
Agar segalanya,
Berakhir bahagia.

Ya Allah,
Cukupkanlah segala,
Apa yang aku rasa.

Kluang. 05012014

Sepenggal cuma.


Hari ini,
Sepenggal waktu,
Rasa sendu dan rindu yang bertalu,
Mengingatkan aku;
Pada bonda,
Dan cerita,
Tentang damai desa,
Yang ku cinta.

Rindu mama.
512014. Kluang.

Thursday, January 2, 2014

Panas..



Tok payoh duk kerah keng,
Kalu mari nk tunjuk bekeng,
Demo bekeng,
Kawe pun bekeng,
Braso kerah,
Mari luar skoloh kito gocoh.
Xira la mu sapo,
Kito tengok sapo ngoko.

Ah braso kerah teh!

Mu mari lagi esok, wak kuca pelik2 aku ajok gocoh trik ni!! Agah x kena tepat mu nih.

Tahun baharu 2014.


Tahun ini dan sebelumnya,
Ku rasa hambar dan hampir biasa,
Esok dan lusa masih lagi sama,
Entah bila akan berubah warna.

Ku bajakkan bicara,
Pada malam tahun baharu.
112014. kluang.